Seorang murid mengalami kecederaan parah gara-gara sebuah penunggang motosikal melanggar lampu isyarat merah di Kilometer 110, Jalan Johor Bahru-Melaka semalam, lapor Kosmo Online.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kejadian itu berlaku pada jam 7 pagi yang membabitkan murid Tahun Lima, penunggang motosikal berusia 29 tahun dan sebuah kereta.
"Siasatan awal mendapati, kanak-kanak berusia 11 tahun itu sedang melintas jalan di tempat lintasan pejalan kaki. Ketika melintas, murid berkenaan dirempuh oleh penunggang motosikal," katanya.
Video rakaman dashcam turut tular di media sosial yang menunjukkan mangsa terdahulu sedang berdiri di tepi jalan untuk menunggu lampu isyarat pejalan kaki bertukar hijau.
Sebaik saja lampu isyarat pejalan kaki bertukar hijau, masih ada beberapa buah kenderaan berdegil untuk meneruskan perjalanan menyebabkan pengawal keselamatan sekolah terpaksa menghentikan pengguna jalan raya.
Melihat kedatangan pengawal keselamatan itu, mangsa segera melintas jalan. Malangnya dia dirempuh penunggang motosikal terbabit, yang jelas sekali sengaja melanggar lampu isyarat tersebut.
Akibat dari kejadian itu, motosikal tersebut menggesel bahagian kiri sebuah kereta yang berhenti untuk membelok ke kanan.
Mangsa yang dirempuh disahkan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan sedang dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat. Manakala penunggang motosikal pula mengalami kecederaan ringan dan telah dibawa ke balai untuk diambil keterangan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
from The Reporter https://ift.tt/bv9zgAF
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/KLNIRj1
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment