loading...

Tuesday, 23 August 2022

'Pembuli MRSM Kuantan telah dipindahkan ke tempat lain' - Timb Menteri



Beberapa minggu lalu, seorang wanita mendakwa anak perempuannya telah menjadi mangsa buli di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan sehingga melibatkan kerosakkan pada harta benda. 


BACA: 'Rambut anak digunting ketika tidur, pakaian diconteng & digunting' - Ibu dakwa anaknya menjadi mangsa khianat di MRSM Kuantan


Tidak dinafikan, sejak media melaporkan kes itu terdapat beberapa spekulasi liar di media sosial yang mendakwa perbuatan khianat seperti mengunting baju seragam sekolah dan rambut pelajar adalah dilakukan oleh mangsa sendiri atas anggapan kononnya mangsa enggan tinggal di asrama. 


Bagaimanapun, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Hasbi Habibollah memaklumkan, MRSM Kuantan telah mengambil tindakan disiplin terhadap beberapa pelajar yang dilaporkan membuli mangsa. 


Pelajar-pelajar terbabit telah dipindahkan dan tindakan itu dibuat tanpa didedahkan kepada umum bagi tujuan memastikan MRSM terus menjadi pusat pembelajaran yang kondusif dan selamat. 


"Walaupun kes itu terpencil, MARA tidak berdiam diri dan tindakan telah diambil dengan memindahkan pelajar yang membuli ke tempat lain," katanya memetik laporan dari Sinar Harian, Isnin, 22 Ogos 2022. 


Namun, masih tidak bersetuju dengan tindakan MRSM itu kerana pembuli terbabit tidak dikenakan tindakan tegas dan memindahkan pelajar-pelajar terbabit ke tempat lain bukannya menyelesaikan masalah, sebaliknya menimbulkan masalah pada pelajar lain yang akan menjadi mangsa buli seterusnya.



from The Reporter https://ift.tt/mJWu1HC
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/tg2CBRV
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...