loading...

Saturday, 13 August 2022

Hina agama, Nur Syazwani akan dikenakan tindakan undang-undang - Menteri



Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman menggesa wanita yang didakwa mengerjakan umrah dengan berpakaian ihram lengkap seperti lelaki didakwa kerana menghina agama. 


Baca: (Video) 'Kau tak insaf Nur Syazwani?!' - Individu didakwa Pengkid, memakai ihram lengkap lelaki tunai umrah di Mekah


Beliau berkata, tindakan itu perlu bagi mengelakkan lebih banyak kes seumpama itu berlaku. 


"Pertama, hukum wanita menyerupai lelaki atau sebaliknya dilaknat Allah SWT, maknanya ia berdosa. Orang ini tidak mendapat rahmat daripada Allah SWT.


"Tindakannya menunaikan umrah dengan menyerupai lelaki adalah menghina agama dan patut didakwa mengikut enakmen yang ada," katanya.


Sementara itu, Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Idris Ahmad, telah menghubungi Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan memohon membuat siasatan lanjut ke atas Nur Syazwani apabila dia kembali ke Malaysia. 


Idris juga meminta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) untuk menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan tegas terhadap agensi yang menguruskan wanita terbabit. 


Pada Februari 2020, ahli perniagaan, Muhammad Sajad Kamaruzzaman turut melakukan perbuatan yang sama dengan menggenakan pakaian jemaah wanita ketika mengerjakan umrah. Bagaimanapun lelaki itu telah melarikan diri ke Australia kerana takut dikenakan tindakan undang-undang.


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/lvb3z8X
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/aJLjIbm
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...