Polis menahan seorang remaja lelaki yang disyaki membunuh seorang wanita dalam kejadian di Kampung Pandan, semalam.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, suspek berusia 19 tahun ditahan berdekatan dengan lokasi kejadian sebelum sempat melarikan diri.
Terdahulu, pihaknya menerima laporan dari seorang wanita yang memaklumkan kenalannya iaitu suspek meminta bantuan untuk mengambilnya di Kampung Pandan kerana dia sudah menekup muka mangsa menggunakan bantal sehingga tidak sedarkan diri.
Pihak polis bergegas ke lokasi kejadian dan menemui mangsa berusia 24 tahun dalam keadaan terbaring tidak bernyawa di atas katil di sebuah bilik rumah berkenaan.
Petugas kesihatan yang turut berada di lokasi mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dan tiada sebarang kesan kecederaan ditemui pada badannya.
Semakan juga mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau. Suspek bertindak menekup bantal pada muka mangsa sehingga mati kerana tidak berpuas hati mangsa ingin memutuskan hubungan mereka.
Suspek direman selama seminggu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/vh3qiI4
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/F2RfGB3
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment