loading...

Wednesday, 10 August 2022

NGO tuntut migran Indonesia di Malaysia diberi layanan baik, terutamanya di Depot Tahanan Imigresen Tawau

Foto hiasan | Berita Harian


Kira-kira 16 ahli Koalisi Buruh Migran Berdaulat (KBMB) semalam mengadakan demonstrasi aman di hadapan kompleks Kedutaan Malaysia di Kuningan berhubung layanan terhadap tenaga kerja Indonesia di Malaysia.


Mereka menuntut supaya jawatankuasa siasatan bebas bersama Malaysia-Indonesia dibentuk bagi menyiasat dakwaan pelanggaran hak asasi tenaga kerja Indonesia di Malaysia selain layanan serta kemudahan bagi migran di Depot Tahanan Imigresen Tawau, di Sabah ditingkatkan.


Mereka yang berkumpul selama tiga jam sejak 10 pagi bersama sepanduk juga menggesa kerajaan Indonesia mengkaji punca berlakunya kemasukkan tenaga kerja warganya ke Malaysia tanpa dokumen serta melalui laluan tidak sah.


Wakil KBMB Harold Aron yang melawat Depot Tahanan Imigresen di Tawau dari 19-22 Julai lepas mendakwa keadaan di depot itu masih buruk dengan pelbagai bentuk perlakuan layanan yang tidak menyenangkan masih berlaku dan boleh menyebabkan jumlah kematian tahanan meningkat.


Harold berkata KBMB menyertai lawatan ke depot tahanan itu bersama Pengarah Perlindungan Rakyat Warga Negara Indonesia dan Bantuan Guaman Indonesia di Kementerian Luar Negeri, Konsulat Republik Indonesia Tawau, dan Badan Perlindungan Pekerja Migran Indonesia (BP2MI) Nunukan.


Pada Julai lalu, Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Khairul Dzaimee Daud dalam penjelasannya berkata pengurusan depot imigresen Malaysia menepati piawaian dan standard ‘The Mandela Rules’ serta memberi layanan baik kepada semua tahanan termasuk tahanan Indonesia.


Rawatan kesihatan awal turut diberikan oleh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia yang ditempatkan secara kader di semua depot imigresen, manakala kes kesihatan serius dibawa ke hospital.


Penjelasan itu dibuat susulan laporan yang dikeluarkan KBMB yang mendakwa berlaku kematian dan layanan tidak berperikemanusiaan terhadap tahanan warga Indonesia di depot tahanan imigresen di Tawau, Sabah.


Sumber: Bernama



from The Reporter https://ift.tt/NaCG2AR
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/Ks9PTdb
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...