SIBERIA - Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara 18 tahun kerana membunuh isterinya di hadapan tetamu pada hari majlis perkahwinan mereka.
Stepan Dolgikh, 25, didakwa membunuh isterinya dengan memukul mangsa sehingga mati kerana percaya wanita itu curang.
Mayat Oksana Poludentseva, 36, kemudian dibuang ke dalam gaung oleh suaminya yang ketika itu berada di bawah pengaruh alkohol, pada Oktober.
Kejadian itu dikatakan berlaku di majlis perkahwinan yang diadakan di sebuah rumah persendirian di Prokudskoye. Tetamu dilaporkan terlalu takut untuk campur tangan dalam hal itu tetapi sempat memaklumkan kepada polis.
Ketua penyiasat, Kirill Petrushin berkata, Stepan mula menumbuk dan menendang mangsa di luar rumah. Malah rambut mangsa turut ditarik sebelum dipukul dan ditolak ke luar jalan sebelum membelasahnya tanpa belas kasihan.
Insiden itu berlaku hanya beberapa jam selepas pasangan itu bertukar ikrar di majlis perkahwinan mereka dan Stepan mengaku membunuh mangsa ketika dia ditahan pihak berkuasa.
Petrushin berkata, "Suspek memukul mangsa dalam tempoh yang agak lama di hadapan para tetamu. Dia juga mengaku salah di atas perbuatannya itu semasa disoal-siasat.".
Stepan sebelum ini pernah disabitkan kesalahan membunuh, tetapi berkawan dengan Oksana ketika di penjara. Oksana menjalinkan hubungan dengan Stepan kerana merasakan dia dapat membantu lelaki itu berubah ke arah yang lebih baik.
Kes keganasan rumah tangga di Rusia adalah masalah yang serius. Data pada tahun 2018 menunjukkan, 5,000 wanita di negara itu terbunuh di tangan suami mereka sendiri. Aktivis mendakwa, pada tahun 2021, seramai 16.5 juta wanita di Rusia mengalami keganasan rumah tangga setiap tahun.
Sumber: Mirror
from The Reporter https://ift.tt/f4R1ZSY
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/AdMxqoD
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment