13 Ogos, program RXZ Members 4.0 diadakan di Terengganu International Drag Strip, Gong Badak, yang telah berjaya mengumpul penyertaan seramai 40,000 peserta dan sekali gus mencatatkan rekod penyertaan terbesar setelah empat kali diadakan bermula tahun 2017.
Lapor Bernama, program itu dirasmikan oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang turut bercadang membina sebuah litar khusus untuk perlumbaan drag di setiap negeri. Cadangan itu juga akan dimasukkan dalam Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan Oktober ini.
Malangnya, selepas selesai program tersebut, Bernama melaporkan ramai pengunjung yang hadir tidak menjaga kebersihan dan dapat dilihat begitu banyak sampah sarap di lokasi program tersebut.
Sampah sarap terdiri daripada bekas plastik, sisa makanan, sisa minuman yang ditinggalkan begitu sahaja tanpa sebarang rasa bersalah meskipun tong sampah telah disediakan.
Tindakan pengunjung yang tidak bertanggungjawab itu menunjukkan tahap kesedaran rakyat Malaysia terhadap kebersihan alam sekitar masih rendah dan lebih memalukan, golongan tidak bertanggungjawab ini terlalu malas membuang sampah sendiri sehingga sentiasa bergantung harap kepada pekerja pembersihan.
Di media sosial, gambar-gambar yang dirakam lensa wartawan Bernama itu mengundang pelbagai reaksi netizen.
"Dalam Parlimen punya banyak sampah, inikan pula di tengah padang," kata Saha Mongkol.
"Tak mahu cakap, nanti ramai geng-geng depa datang back up," kata Shah Boy Lai Lai.
"Mentaliti segelintir rakyat Malaysia masih dalam kelas ketiga," kata Zarma Nurhaidan.
Sumber: Sinar Harian, Bernama
from The Reporter https://ift.tt/4lLCFUX
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/iZGcafk
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment