loading...

Friday 5 August 2022

(Video) 2 anggota polis trafik iringi anak ahli politik dikenakan tindakan disiplin



7 Mei lalu, viral di media sosial video berdurasi 20 saat yang menunjukkan anak kepada Ahli Parlimen Baling, iaitu Mohamed Khairul Anwar, diiringi polis sepanjang melalui Jalan Bukit Gambir, Georgetown, mengundang kemarahan orang ramai di media sosial. 


Bagaimana di Parlimen semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan telah mengambil tindakan disiplin terhadap dua anggota trafik terbabit yang bertindak menjadi pengiring kereta anak kepada ahli politik itu. 


Dalam jawapan bertulis, Menteri Dalam Negeri, Hamzah berkata, kertas siasatan terhadap dua anggota itu telah dibuka dan mendapati mereka telah mengiringi kenderaan berkenaan. 


Atas kesalahan itu, mereka telah dikenakan tindakan disiplin mengikut Peraturan 36, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 


@saladintivi Dasyat,..anak Aziz Rahim Baling pun pakai escort polis. Apa kelayakan dia? #saladintivi #fyp #malaysiaviralnews ♬ original sound - SaladinTiVi


Terdahulu, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim bertanya kepada Kementerian Dalam Negeri mengenai status kes anak ahli politik yang menyalahgunakan kemudahan polis pengiring dan apa tindakan yang diambil terhadap mereka yang terlibat. 


Pada awal penularan video itu, polis turut menyiasat Mohamed Khairul Anwar mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia yang memuat naik video tersebut di akaun Instagramnya. 


Dalam video itu menunjukkan, seorang anggota polis trafik memberhentikan sebuah kereta yang mahu membelok, bagi membolehkan kenderaan Khairul Anwar melanggar lampu isyarat merah. 


Kereta orang awam berkenaan terpaksa membrek mengejut bagi mengelak merempuh anggota polis berkenaan. 


Sumber: MalaysiaKini



from The Reporter https://ift.tt/RcPxYBi
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/0GYbXzV
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...