Seorang bayi berusia enam bulan meninggal dunia selepas dibawa menaiki motosikal dan menempuh perjalanan yang mengambil masa 12 jam, hanya kerana bapanya mahu menonton perlawanan bola sepak pasukan kegemarannya.
Insiden menyayat hati yang menimpa bayi berusia enam bulan itu selepas dibawa menaiki motosikal dari Tegal ke Surabaya dikongsi oleh bapanya snediri di Twitter.
Menurut bapanya, Al Fajri, perjalanan itu telah meragut nyawa anaknya.
"Pada awalnya, kami sekeluarga menaiki motosikal dengan penuh semangat untuk menyaksikan perlawana tuan rumah yang pertama. Bertolak dari Tegal pada jam 5.38 petang Sabtu dan tiba di Surabaya pada jam 7.15 pagi Ahad.
"Anak saya mengalami batuk berkahak dan sukar bernafas. Kemudian kami membawa dia ke Hospital Ewa Pangalila untuk mendapatkan rawatan.
"Tetapi kami tidak mendapat bantuan yang mencukupi kerana peralatan perubatan di hospital itu tidak lengkap, lalu dirujuk ke hospital lain. Ketika itu juga, kami sukar mendapatkan khidmat ambulans, lalu mengambil keputusan untuk membawa anak kami menggunakan motosikal.
"Setelah menempuh perjalanan yang lama, akhirnya kami sampai di hospital. Tetapi doktor memaklumkan keadaan anak kami terlalu lemah dan akhirnya disahkan meninggal dunia walaupun mereka telah mencuba sedaya upaya," katanya.
Kini, Al-Fajri digelumangi dengan perasaan kesal tanpa henti dan dia mengakui keterujaannya yang mahu menonton perlawanan itu telah menyebabkan zuriatnya meninggal dunia.
"Kali ini saya cuai, cuai dalam melindungi keluarga saya. Saya mengakui kesilapan saya, kecuaian saya sebagai bapa. Saya yang bodoh, saya bukan seorang bapa yang baik, tolong jangan mengulangi kesilapan saya," katanya.
Di media sosial, ramai netizen yang kesal dengan tindakan Al-Fajri, tetapi tidak kurang juga yang mengucapkan takziah dan memberi sokongan kepadannya.
Sumber: Tribun News
from The Reporter https://ift.tt/qLesu8V
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/LojDW7F
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment