loading...

Monday, 26 December 2022

Restoran bertikus: KKM arah tutup 14 hari, MPAJ batalkan terus lesen niaga premis kotor



Susulan tular video seekor tikus menjamah ayam goreng dalam pemanas makanan di sebuah restoran, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengarahkan premis terbabit ditutup selama 14 hari.


Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pemeriksaan yang dijalankan oleh penguatkuasa kesihatan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Jabatan Kesihatan Selangor serta Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat di premis itu mendapati tahap kebersihan makanannya tidak begitu memuaskan. 


Sehubungan itu, notis penutupan premis selama 14 hari  telah dikeluarkan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983. 








Sementara itu, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) pula mengeluarkan Notis Pengesahan Pembatalan Lesen (NPPL) serta-merta terhadap premis tersebut. 


Yang Dipertua MPAJ, Mohd. Fauzi Mohd. Yatim berkata, tindakan itu selaras dengan tindakan KKM yang telah mengeluarkan Notis Perintah Tutup pada Sabtu lalu.


Berdasarkan rekod pemeriksaan MPAJ pada Jun 2021, tahap kebersihan premis tersebut diberi penarafan Greb B dan terbaru adalah pada Januari 2022. 


Ekoran pembatalan lesen itu, MPAJ hanya akan mempertimbangkan permohonan lesen baru sekiranya pemilik premis memenuhi semua syarat terutamanya yang berkaitan dengan kebersihan dipatuhi sepenuhnya. 


Sumber: Kosmo, Berita Harian



from The Reporter https://ift.tt/czSk4CM
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/iHJo5uD
via IFTTT

Friday, 23 December 2022

Wanita bunuh bekas bapa tiri selepas temui gambar bogel dirinya dijadikan sebagai screensaver pc



Seorang pereka dalaman didapati bersalah atas pertuduhan membunuh bekas bapa tirinya selepas wanita itu menemui gambar bogelnya dalam komputer milik mangsa. 


Jade Janks, 39, didakwa memberi dadah dan mencekik mangsa, Thomas Merriman, 64, sehingga mati pada 31 Disember 2020.


Ketika dalam perbicaraan, Janks menegaskan dia tidak membunuh Merriman, sebaliknya mangsa mati akibat penyakit. Namun, pihak juri menyabitkan tertuduh melakukan pembunuhan tahap pertama pada 21 Disember 2022. 


Mengikut fakta kes, sebelum kejadian itu berlaku, Janks mengemaskan kediaman mangsa pada Disember 2020 semasa Merriman dimasukkan ke hospital. Tertuduh kemudian ternampak komputer mangsa dan terpapar jelas gambar dirinya yang tidak berpakaian dijadikan sebagai screensaver. 


Curiga dengan penemuan itu, tertuduh memeriksa komputer tersebut dan menemui lebih 100 gambar dirinya dalam simpanan Merriman. 


Difahamkan, gambar-gambar tersebut diambil lebih sedekad yang lalu oleh tertuduh semasa masih menjalinkan hubungan dengan bekas teman lelakinya. Namun, tidak diketahui bagaimana gambar-gambar itu berada di dalam simpanan Merriman. 


Mayat Merriman ditemui pada 2 Januari 2021 di bawah kotak kadbod di jalan masuk ke kediamannya. 


Dalam teks yang ditunjukkan kepada mahkamah, Janks bercakap tentang bagaimana dia 'membunuh' mangsa selepas membawanya pulang dari hospital. 


"Saya akan memukul kepalanya ketika dia bangun". 


Pendakwa Raya berkata, Janks mengaku membunuh Merriman kepada dua orang berbeza. Pihhak berkuasa mendedahkan, Merriman mati akibat terlebih dos dadah. 


"Kematian mangsa bukan disebabkan kemalangan, tetapi dibunuh secara terancang," kata Timbalan Peguam Daerah, Jorge Del Portillo. 


Bagaimanapun, peguam mewakili Janks, Marc Carlos menegaskan tiada bukti bahawa anak guamannya mencekik mangsa sehingga tidak bernyawa. 


Janks kini berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup.


Sumber: Daily Star



from The Reporter https://ift.tt/jqgdrO0
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/DkNsELC
via IFTTT

YouTuber buat tatu Messi cium trofi World Cup buat netizen tergamam sebab ia kelihatan seperti...



Persembahan hebat Lionel Messi sepanjang pertandingan Piala Dunia di Qatar telah membuahkan hasil apabila Argentina berjaya menjulang trofi yang diidamkan, sekali gus menamatkan penantian warga Argentina selama 36 tahun menunggu trofi itu kembali semula ke pangkuan mereka.


Sejak dari itu, peminat di seluruh dunia juga memberi penghormatan terhadap pemain berusia 35 tahun itu dalam pelbagai cara. Namun, cara seorang streamer Twitch yang dikenali sebagai Rob 'BigRobEnergy' Tramonte, membuatkan ramai netizen terkejut. 


Content creator itu baru-baru ini berkongsi gambar tatu baharunya di Twitter, dengan gambar Messi mencium trofi Piala Dunia.


"Ada tatu baru, nak tunjuk kasih sayang kepada Lionel Messi," tulisnya pada ciapan gambar itu. 



Tetapi gambar tatu barunya itu mengundang reaksi yang tidak dijangkakan dari lebih 18,000 pengikutnya yang menyedari tatu trofi itu kelihatan seperti alat kemaluan lelaki. 


"Perincian pada trofi itu sangat halus dan lembut sentuhannya pada setiap titisan dakwat," kata salah seorang pengikutnya. 


Walaupun tidak diketahui apa reaksi yang Messi fikirkan apabila melihat lakaran tatu itu, Messi juga telah menerima beribu-ribu penghormatan lain antaranya seperti, mural yang memukau di jalan-jalan di Buenos Aires. 




Badan induk kewangan negara Amerika Selatan itu juga dilaporkan sedang mempertimbang untuk meraikan kemenangan Argentina pada World Cup Qatar 2022 dengan meletakkan wajah Messi pada wang kertas 1,000 peso. 


Sumber: Daily Star



from The Reporter https://ift.tt/Tz6juZC
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/xUSVJGr
via IFTTT

Guru didakwa rogol 2 pelajar sekolah di Bintulu, telah berjaya ditahan PDRM - Sumber

Foto Bintulu News Page


Seorang penjawat awam yang dikehendaki pihak polis kerana disyaki terbabit dalam kes rogol dua pelajar perempuan Tingkatan Dua di sebuah sekolah di Sebauh, Bintulu, dilaporkan telah ditahan. 


Menurut sumber dari Bintulu News Page, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapat maklumat bahawa suspek yang berasal dari Tumpat, Kelantan itu bersembunyi di Thailand. 


Bertindak di atas maklumat itu, PDRM dengan bantuan pihak berkuasa Thailand telah menahan suspek, Tengku Nasrul Haizal Mohd Nasir untuk siasatan lanjut. 




Gambar suspek ditahan juga tersebar di media sosial, mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata mengucapkan syabas kepada PDRM yang komited menjalankan tugas. 


Pada Ogos lalu, dua pelajar yang menjadi mangsa rogol tampil membuat laporan polis mendakwa telah dirogol oleh suspek di bilik muzik, sekolah di daerah Sebauh.


Mangsa turut mendakwa mereka telah diugut oleh suspek untuk tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa menyebabkan mangsa terpaksa berdiam diri selama dua bulan. 


Baca laporan berkaitan:


Kejadian itu terbongkar selepas perubahan mangsa yang kelihatan murung menimbulkan tanda tanya keluarganya lalu mendesak mangsa untuk menceritakan apa sebenarnya yang telah berlaku. 


Sumber: Bintulu News Page




from The Reporter https://ift.tt/juicTV3
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/lmKXYZw
via IFTTT

Anwar mahu hapuskan aktiviti ejen monopoli lesen tapak perniagaan yang selalu kaut untung atas angin



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu amalan membenarkan ejen atau orang tengah memonopoli lesen tapak perniagaan penjaja dan tapak bazar Ramadan dihapuskan di seluruh negara. 


Beliau berkata, aktiviti itu menyebabkan penjaja dan peniaga sukar mencari tempat untuk berniaga sekali gus menjejaskan peluang golongan itu untuk berniaga. 


"Berapa ramai yang nak cari tempat perniagaan begitu susah. Saya percaya sama juga seperti pasar Ramadan itu dimonopoli beberapa kalangan orang yang mahu berniaga. 


"Mereka bangun pagi, masak pada bulan puasa dan waktu berbuka puasa kerana perlu bayar sewa tapi bayar ejen yang monopoli tapak terbabit," katanya di Konvensyen Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan Tahun 2022, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) semalam. 


"Usaha ini tidak sukar sama sekali bagi membantu penjaja dan peniaga kecil. Sekiranya boleh dilakukan, sebahagian besar masalah boleh dileraikan, kemudian kita angkat (naik taraf) tempat perniagaan lebih baik. 


"Saya mahu jelaskan, sekiranya awal tahun hadapan ia (masalah) tidak selesai, saya akan turun ke Pasar Keramat untuk selesaikan," katanya. 



Sumber: Utusan Malaysia



from The Reporter https://ift.tt/4fb98Np
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/AUzYhv7
via IFTTT

'Sombong & angkuh betul, ye ye kau sampaikan hasrat penduduk Putrajaya' - Netizen dakwa Radzi Jidin claim hasil kerja PM Anwar Ibrahim



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengumumkan pengurangan cukai taksiran bagi kediaman berharga di bawah RM300 ribu di Putrajaya bermula tahun 2023. 


"Saya mendengar rungutan dan pandangan daripada penduduk di Putrajaya bahawa cukai taksiran yang dikenakan ke atas premis kediaman mereka agak tinggi berbanding kawasan sekitarnya. 


"Setelah mendapat penerangan lanjut daripada pihak berwajib, saya bersetuju bahawa semua kediaman yang berharga di bawah RM300 ribu akan diberikan potongan sebanyak 30 peratus dari jumlah cukai taksiran yang dikenakan. 


"Pengurangan ini selaras dengan hasrat Kerajaan Perpaduan untuk mengurangkan bebanan rakyat terutamanya yang melibatkan golongan M40 dan B40 yang memiliki kediaman mampu milik di Putrajaya," katanya dalam kenyataan media, Khamis, 22 Disember 2022. 




Pengumuman itu mendapat banyak reaksi positif dari rakyat khususnya mereka yang menetap di Putrajaya. Namun, ada juga netizen yang meluahkan rasa kurang senang dengan Ahli Parlimen Putrajaya yang didakwa menuntut pengumuman itu hasil usahanya sendiri.


Tambah netizen, dalam hantaran Radzi Jidin di Facebooknya semalam, tiada sedikit pun penghargaan mahupun ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri atas pengumuman berkenaan. 



"Sombong dan angkuh betul. Pengurangan cukai taksiran ini bukan di bawah kuasa ahli parlimen, tetapi kuasa menteri. 


"Langsung tak nak bagi penghargaan kat Perdana Menteri dalam posting. Seolah-olah dia sebagai Ahli Parlimen yang bagi arahan dan buat keputusan," kata Aiman Hafidz. 


"Ye ye kau sampaikan hasrat penduduk Putrajaya. Kenapa 33 bulan jadi kerajaan, tak ada pun dengar? Nak ambil kredit usaha Perdana Menteri ke?" kata Zahir Mat Ali. 


"Hahaha! Masuk bakul, angkat sendiri? Tuan ada kuasa ke nak turunkan cukai tu?" kata Imran Fahmi.


Sumber: Twitter Laga Cawan, Facebook Dr Radzi Jidin




from The Reporter https://ift.tt/GiZdLCQ
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/lyzjbJm
via IFTTT

Thursday, 22 December 2022

'Hentikan penganjuran majlis besar-besaran, elak pembaziran' - Perdana Menteri



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu agensi kerajaan menghentikan penganjuran majlis besar-besaran serta pembelian pakaian baharu bagi sesuatu majlis untuk mengelak pembaziran perbelanjaan.


Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata sekiranya amalan itu dapat dihentikan, peruntukan yang digunakan untuk tujuan tersebut dapat disalurkan kepada golongan yang memerlukan.


“Tiap agensi perlu mengurangkan pembaziran, menghentikan pembaziran. Mengurangkan acara-acara yang meriah dan megah.


Ada jabatan-jabatan umpamanya, tiap kali majlis atau perayaan, akan ada pakaian baharu, batik baharu dan beberapa persiapan baharu. Saya katakan, kita akan hentikan amalan ini,” katanya ketika merasmikan Konvensyen Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan 2022 (HPPK2022) di sini hari ini.


Anwar berkata sekiranya perlu untuk membuat pembelian pakaian baharu bagi sebarang majlis, ia boleh dikhususkan untuk diedarkan kepada kakitangan gred rendah sahaja.


“Kalau nak bagi, sediakan kepada yang miskin, pekerja gred rendah atau golongan B40. Jangan beri kepada saya, menteri dan ketua setiausaha,” katanya.


Beliau berkata langkah itu mungkin disifatkan perkara kecil namun dapat dimanfaatkan sekumpulan besar golongan miskin di negara ini.


“Ada orang kata ini perkara kecil (seperti) saya tolak kereta Mercedes, saya tidak ambil gaji, tetapi semua yang kecil ini jika dihentikan, maka peruntukan dapat dipulangkan kepada rakyat miskin,” katanya. 


Sumber: Bernama



from The Reporter https://ift.tt/hpnUwAu
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/dpRBFs4
via IFTTT

'Doktor, ada bom dalam bontot saya' - Bom Perang Dunia Kedua tersangkut dalam rektum warga emas, cetus kegemparan warga hospital



Doktor terkejut selepas seorang lelaki Perancis berusia 88 tahun datang ke hospital dan mengadu bom Perang Dunia Pertama tersangkut di rektumnya (lubang dubur). 


Warga emas yang tidak didedahkan namanya itu datang ke Hospital Sainte Musse di Toulon, selatan Perancis pada petang Sabtu lalu dengan harapan bom berukuran 8 inci itu dikeluarkan dari rektumnya. 


Kedatangan lelaki itu mencetuskan ketakutan ramai kerana doktor bimbang bahan letupan antik itu akan meletup.


Bagaimanapun, pakar pemusnah bom berkata orang ramai tidak perlu bimbang kerana hanya sedikit risiko bahan letupan itu akan meledak dalam badan warga emas terbabit. 


Difahamkan, lelaki itu memasukkan bom tersebut ke dalam rektumnya untuk kepuasan seksual. 


Jurucakap Hospital Sainte Musse berkata, pihaknya mengambil masa hampir tiga jam untuk menangani masalah lelaki itu, yang juga melibatkan campur tangan dari pakar pemusnah bom dan pesakit dewasa serta kanak-kanak perlu dipindahkan ke kawasan selamat. 


Walaupun dalam keadaan takut dan bimbang dengan keselamatan diri, doktor berjaya mengeluarkan bom tersebut melalui pembedahan, sambil dibantu oleh pakar pemusnah bom yang menentangkan mereka. 


Semakan mendapati, bom tersebut merupakan barang pengumpul dari Perang Dunia Pertama dan lazimnya digunakan oleh tentera Perancis pada awal 1900-an. 


Sumber: Daily Mail



from The Reporter https://ift.tt/7MxJ0o6
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/GKIU7bF
via IFTTT

'Tiada lagi berita palsu daripada kamu' - Hamzah selar Anwar burukkan imej Perikatan Nasional



Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin melancarkan serangan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa kempen PRU15 Perikatan Nasional (PN) menggunakan dana daripada cabutan khas loteri. 


Setiausaha Agung PN itu menegaskan bahawa, memandangkan Anwar kini merupakan menteri kewangan, jika terdapat sebarang salah laku, beliau sepatutnya mengambil tindakan terhadap mereka. 


"Beliau adalah perdana menteri sekarang, bukan Ketua Pembangkang lagi. Saya Ketua Pembangkang," katanya dalam hantaran di Facebook semalam. 


"Jangan buat tuduhan sembrono lagi. Tiada lagi berita palsu daripada kamu," tegasnya. 


Sambil merujuk kepada kemenangan PN di 74 kerusi Parlimen, Hamzah mendakwa sokongan rakyat terhadap PN adalah kukuh dan tidak boleh ditohmah sebagai sokongan yang dibeli dengan wang perjudian. 


"Jangan timbulkan persepsi yang bukan-bukan terhadap PN," katanya. 



4 Disember lalu, Anwar mendakwa ada parti Melayu dan parti Islam menggunakan dana daripada cabutan khas loteri untuk membiayai kempen pilihan raya mereka. 


6 Disember, Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan berkata PN akan mempertimbangkan untuk menyaman Perdana Menteri sekiranya beliau gagal mengemukakan bukti berhubung dakwaannya itu. 


Sumber: Malay Mail



from The Reporter https://ift.tt/3ECRPW2
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/rvSmZUH
via IFTTT

Telur sudah diimport, kartel sudah ditekan tetapi kenapa rakyat masih susah nak dapatkan telur?



Bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan telur di pasaran sejak beberapa bulan lalu, kerajaan telah mengimport bekalan telur dari beberapa negara lain. 


Dalam sidang Dewan Rakyat baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan, masalah kekurangan bekalan telur di pasaran berpunca dari kartel yang mahu mengaut keuntungan lebih, berbanding menjaga kemashalatan rakyat di negara ini. 


Keputusan membenarkan import telur dari luar negara dilihat sedikit sebanyak dapat menekan golongan berkenaan. Tetapi laporan media tempatan pula menunjukkan kesan sebaliknya. 


Lapor Harian Metro, peniaga dan pengguna di ibu kota masih sukar mendapatkan bekalan telur. Tinjauan di beberapa buah kedai runcit dan pasar raya mendapati, hanya telur ayam jenis Omega yang banyak dijual berbanding telur ayam biasa.


"Pergi ke mana-mana kedai runcit kebanyakan kedai memang kehabisan bekalan telur ayam biasa. Yang ada hanya telur Omega dan setengah kedai telur ayam Omega pun sudah habis. 


"Pagi ini saya nak beli yang 10 biji telur ayam atau telur Omega pun tiada stok. Terpaksa pergi ke kedai lebih jauh untuk dapatkan telur ayam," kata suri rumah, Saidah Mokhtar. 


Peniaga kedai runcit, Ashraff Salim, 29, berkata, kedainya hanya menjual telur ayam Omega kerana ketiadaan bekalan telur ayam biasa. 


"Saya buat pesanan untuk tempahan telur daripada pembekal, tetapi yang sampai telur Omega sahaja. 


"Telur Omega hanya untuk kegunaan bukan harian kerana peniaga memang tidak mahu menggunakannya kerana mahal. Sebab itu telur Omega banyak berbaki kerana permintaan rendah. 


"Telur Omega dijual pada harga RM7,50 hingga RM11.90 dengna kuantiti 10 hingga 15 biji," katanya. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/azqPsER
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/BEbWDL6
via IFTTT

Wednesday, 21 December 2022

Johor, Pahang, Perak, Selangor, Terengganu & Sabah dijangka dilanda banjir kilat dalam tempoh 24 jam



Banjir kilat mungkin melanda Johor, Pahang, Perak, Selangor, Terengganu dan Sabah dalam tempoh 24 jam jika berlaku hujan lebat atau ribut petir yang signifikan, menurut Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).


Berdasarkan notis PRABN yang dikeluarkan 7 pagi ini, kawasan terlibat di Johor ialah Kota Tinggi sekitar Sedili Kechil dan Ulu sungai Sedili Besar, Muar (Bandar, Bandar Maharani dan Jalan Bakri) serta Mersing (Bandar Padang Endau).


Di Pahang, tiga daerah terlibat iaitu Kuantan sekitar Bandar Kuantan, Hulu Kuantan, Kuala Kuantan, Pulau Manis dan Sungai Karang, Maran (Pekan) serta Pekan (Bebar, Pekan dan Langgar).


Sementara itu, di Perak dua daerah dan kawasan sekitar yang dijangka terjejas ialah Bagan Datuk (Pekan Simpang Empat) dan Hilir Perak (Durian Sebatang) manakala di Selangor membabitkan Klang.


Bagi Terengganu pula, kawasan diramal terjejas adalah Marang (Bukit Payung) dan Kuala Terengganu (Batu Buruk, Chendering dan Kuala Terengganu) manakala di Sabah ialah Tuaran (Kampung Berungis dan Pekan Tenghilan).


Notis kesiapsiagaan itu dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutama di kawasan berisiko berwaspada dengan kemungkinan berlaku banjir kilat dalam tempoh tersebut.


“Sila patuhi arahan pihak berkuasa atau agensi-agensi pengurusan bencana banjir. Sila layari laman sesawang https://ift.tt/USzOI0Q atau Facebook @PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir untuk maklumat lanjut dari semasa ke semasa,” menurut notis itu.


Sumber: Bernama



from The Reporter https://ift.tt/jyCSAVY
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/9pd8rZ5
via IFTTT

Berang lamaran ditolak kerana cacat, lelaki bunuh pelajar sekolah & mayatnya dibuang dalam telaga



Mayat seorang pelajar sekolah menengah ditemui mati dalam telaga di kebun jagung, Desa Serbajadi, Sumatera Utara, Indonesia pada 15 Disember 2022. 


Mangsa, Lidya Patmos Sitinjak, 17, ditemui dalam telaga tersebut dalam keadaan terlungkup dan masih memakai seragam sekolah yang lengkap, dengan lehernya dijerut menggunakan tali leher miliknya sendiri. 


Sehari selepas mayat mangsa ditemui, suspek lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes itu juga telah ditahan polis untuk tindakan lanjut. 


Siasatan awal mendapati, suspek yang dikenali sebagai Rizky Lewa atau Riza, 25, berkenalan dengan Lidya melalui media sosial. Selepas sekian lama berkenalan, kedua-duanya merancang untuk berjumpa. 


Pada hari kejadian, Riza telah menjemput Lidya dengan menunggang motosikal dan dibawa ke sebuah pondok berdekatan dengan kebun jagung. 


Di situ, Riza bertanya sama ada Lidya sudi menerima lamarannya. Pada awalnya, Lidya hanya mendiamkan diri. Lalu mereka berpindah tempat duduk di bawah pokok jambu. 


Di situ, suspek mengulang kembali soalan yang sama sambil memegang tangan Lidya, apakah dia sudi menjadi kekasihnya. Spontan Lidya menarik tangannya dan berkata dia tidak dapat menerima lamaran itu kerana suspek cacat dan sumbing. 


Bahkan, Lidya berkata cara percakapan Riza juga tidak normal. Apabila bercakap, terdengar bunyi 'au... au...'. 


Kesal dihina sedemikian rupanya, Riza menjadi bengang dan terus menjerut leher Lidya menggunakan tali lehernya sendiri sehingga tidak bernyawa. 


Panik melihat mangsa yang sudah mati, Riza membuang mayat Lidya ke dalam telaga sebelum beredar dari lokasi kejadian dengan membawa beg tangan dan telefon bimbit milik Lidya. Riza kemudian pergi ke rumah saudaranya di daerah lain dan membuang beg tangan mangsa bagi menghilangkan jejak. 







Namun, usaha Riza cuba melarikan diri menemui kegagalan apabila polis berjaya menjejak telefon bimbit mangsa yang membawa kepada penangkapannya pada 16 Disember 2022. 


Pihak berkuasa dikatakan sedang menunggu hasil keputusan ujian saringan sama ada Riza melakukan jenayah itu di bawah pengaruh dadah atau sebaliknya. Jika sabit kesalahan, Riza akan dikenakan hukuman penjara selama lima tahun. 


Sumber: Tribun Medan



from The Reporter https://ift.tt/v0feVR3
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://susuviral.blogspot.com/2022/12/berang-lamaran-ditolak-kerana-cacat.html
via IFTTT

(Video) 'Editor berita takut nak tunjuk punca masalah kekurangan telur' - Netizen dakwa stesen TV tak siar ucapan penuh PM di Parlimen, masih di takuk lama



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada Selasa memaklumkan, masalah kekurangan bekalan telur adalah berpunca dari sikap tamak kartel telur di negara ini yang lebih mementingkan keuntungan berbanding menjaga keperluan rakyat. 


"Masalah kita ini, kartel (telur). Masalahnya ialah menetapkan kepada syarikat-syarikat besar untuk menentukan harga dan pengeluaran. Mesti ada tekad politik untuk menyatakan dalam dasar ekonomi ini, kemashalatan rakyat itu diutamakan. 


"Maka kita telah membuat perubahan dengan memberi keizinan import pada 15 Disember 100,000 biji telur dan mulai 22 Disember dua hingga 10 juta biji telur sehari akan dibawa masuk sehingga keadaan stabil dan keupayaan pengeluaran tempatan terjamin," katanya. 



Bagaimanapun ada netizen mendakwa dua buah stesen televisyen tempatan langsung tidak menyiarkan kenyataan Anwar Ibrahim yang mendedahkan masalah telur berpunca daripada kartel. Sebaliknya, hanya menyiarkan kenyataan kerajaan membenarkan pengimportan bekalan telur dari luar pada 15 dan 22 Disember. 


"Editor Berita *** dan *** takut nak tunjuk punca masalah telur ini adalah dari kartel. Ini scene apa yang telah disebut oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim tentang punca masalah kekurangan telur di pasaran," kata Rashid Yusoff. 



Netizen juga mendesak Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Fahmi Fadzil, mengkaji semula penyiaran stesen televisyen berkenaan dan memastikan ucapan Perdana Menteri disiarkan secara sepenuhnya. 


"Boleh dah dan boleh sangat Fahmi Fadzil kaji balik penyiaran *** ini. Pastikan ucapan-ucapan Perdana Menteri dibuat secara penuh dan juga press conference buat secara live dan speenuhnya. Kenapa masa PM dulu boleh buat dan PM sekarang tak boleh? Lantiklah editor baru," kata Lan. 



Sumber: Twitter Rashid Yusoff



from The Reporter https://ift.tt/U8Yknmx
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/gczUtuC
via IFTTT

Tuesday, 20 December 2022

'Ingatkan dah habis dah budaya macam ni, masih diteruskan ya?' - Netizen kritik Menteri KDN buat majlis pelancaran bantuan banjir

Foto: Samantha Tan Chiew Tieng/BERNAMA


Media hari ini melaporkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, melancarkan misi bantuan banjir ke beberapa negeri di Pantai Timur. 


Menurut laporan dari Twitter Bernama, majlis pelancaran misi bantuan itu dilakukan di depan pintu utama Kementerian Dalam Negeri (KDN). 


Bagaimanapun di media sosial, netizen mengkritik budaya membuat majlis pelancaran yang dikatakan tidak sensitif dan mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh pemimpin kerajaan sebelum ini. 



"Ingatkan dah habis dah budaya macam ni, masih diteruskan ya? Hampa ingat pesta? Nyawa orang melayang tau dak? Bencana woi, bukan festival nak adakan pelancaran bagai. 


"...pegawai punyalah ramai, takkan takdak seorang pun yang reti fikir dan boleh buka mulut cakap 'Halo brader, better kita jangan buat pelancaran ni, unnecessary dan bad for optics'. Dan hang sebagai menteri, takleh fikir?


"Punya berderet orang maki PN buat majlis pelancaran si Peja dengan Rina Harun sebelum ini, takkan tak baca? Takkan tak tengok? Kenapa mesti jadi buta dan ******** sangat? Ini semua punca la. Bukan saja bola tanggung untuk pihak lawan, penyokong sendiri pun meluat," kata pempengaruh media sosial, Injang Nation. 





Walaupun begitu, ada yang berpendapat majlis sedemikian perlu dibuat bagi memberitahu kepada umum mengenai sumbangan yang diberikan kepada mangsa-mangsa banjir. Ini kerana sumbangan tersebut melibatkan dana awam. 


"Rasanya majlis ini lebih kepada declaration pada public bagi acknowledge tu sumbangan. Sebab sumbangan lebih melibatkan dana awam. Kalau yang macam ni atleast ada rekod berapa banyak dan dalam bentuk apa sumbangan tersebut," kata Fredy. 


"Itulah masalahnya. Sekarang ni kalau buat senyap-senyap, orang tak tahu. Semua pakat kutuk. So this is one of the way to show they are doing their job. Tak ada dah budaya buat dan senyap," kata Tuna. 


"Setuju tunjuk, tapi tak perlu buat majlis pelancaran siap dengan banner bagai tu. Perabih duit dan masa," kata Albaniah. 




Sumber: Twitter Bernama, Injang Nation, Malaysia Gazette

from The Reporter https://ift.tt/CW4Igt8
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/cOPVYax
via IFTTT

'Inilah waktu kritikal & rakyat perlukan MB!' - Netizen kecewa MB keluar negara tatkala negeri dilanda bencana banjir



"Tak malu ke orang Terengganu dapat Menteri Besar macam Dr Ahmad Samsuri ni?" demikian soalan yang diajukan oleh seorang pengguna Twitter, @LagaCawan, yang meluahkan rasa kecewanya terhadap wakil rakyat berkenaan. 


Menurut Laga Cawan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ru Rendang itu berada di luar negara ketika rakyat di Terengganu sedang berdepan dengan bencana banjir. Malah, individu itu turut menyertakan tiga gambar dokumen membuktikan MB Terengganu berada di luar negara.




"Boleh tak kau sebagai MB negeri yang paling terdedah dengan banjir musim tengkujuh keluar negara waktu macam ni? Setiap tahun, inilah waktu kritikal, inilah waktu rakyat perlukan arahan MB! 


"Bukan biasa-biasa banjir kali ini di negeri Terengganu. Ada kawasan yang kata, ini banjir terburuk selepas 30 tahun. 



"Sebenarnya ramai juga terkejut bila Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi melawat situasi banjir di Terengganu, tetapi MB langsung tak sambut. Ini bukan protokal biasa, rupanya MB tak ada di Malaysia!


"Pada hari kedua Dr Ahmad Samsuri di luar negara, kematian pertama sudah berlaku di Terengganu akibat bencana banjir," kata Laga Cawan. 



Ciapan terkini Twitter bekas perdana menteri Najib Razak turut menarik perhatian ramai. Ciapan 'sinis' itu dipercayai berkaitan dengan seorang wakil rakyat di Terengganu yang keluar negara tatkala negeri di bawah pimpinannya sedang dilanda musibah banjir. 



Menurut dokumen yang dikongsikan Laga Cawan, Menteri Besar Terengganu dijangka pulang dari Australia pada Khamis, 22 Disember 2022.


Sumber: Twitter Laga Cawan



from The Reporter https://ift.tt/LKUWuiD
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/A8GctvF
via IFTTT

Fitnah terima gaji RM15 juta, Anwar Ibrahim saman Muhyiddin Yassin



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasai memfailkan saman terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung ucapan berbaur fitnah mengenai dakwaan beliau menerima gaji sebanyak RM15 juta ketika berkhidmat sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.


Anwar, 75, memfailkan saman itu menerusi Tetuan SN Nair & Partners di Mahkamah Tinggi di sini, dengan menamakan Muhyiddin, 75, sebagai defendan tunggal.


Berdasarkan pernyataan tuntutan, Anwar mendakwa pada 5 Disember lalu, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) membuat kenyataan itu dalam satu ucapan semasa 'Grand Finale Perikatan Nasional Padang Serai' di Taman Selasih, Kulim sebagai menyokong calon PN Datuk Azman Nasrudin bagi Pilihan Raya Umum ke-15 dengan ratusan pengunjung menghadiri ceramah berkenaan.


Pengerusi Pakatan Harapan itu mendakwa ucapan dalam ceramah itu diterbitkan atau menyebabkan penerbitan semula di aplikasi TikTok di bawah nama "@beritakini8", yang mendapat tontonan melebihi 1.1 juta kali, 6,061 komen, melebihi 21,400 butang 'like', melebihi 1,360 butang 'favourite', dan 2,169 kali perkongsian setakat tarikh notis tuntutan plaintif bertarikh 7 Disember.


Dakwanya, kenyataan fitnah itu dipetik MalaysiaKini dan ia diterbitkan menerusi artikel di portal berkenaan bertajuk MB's aide to Muhyiddin: Anwar paid RM1 as S'gor economic adviser pada hari sama (7 Disember).


Anwar mendakwa, pada keesokannya, keseluruhan ucapan dalam ceramah tersebut diterbitkan atau menyebabkan penerbitan semula oleh Muhyiddin di akaun Facebooknya di bawah nama 'Muhyiddin Yassin' dengan mendapat tontonan melebihi 42,000 kali, 506 komen, melebihi 2,800 reaksi dan 48 perkongsian setakat tarikh pemfailan saman itu.


Menurut Anwar, kenyataan fitnah itu antaranya membawa maksud beliau seorang yang tidak boleh dipercayai dan tidak jujur mengenai penerimaan jutaan ringgit daripada Kerajaan Selangor sebagai Penasihat Ekonomi dan menipu orang ramai dengan menyatakan bahawa beliau menerima RM1 sebagai gaji untuk perkhidmatan beliau sebagai Penasihat Ekonomi.


Beliau mendakwa kenyataan-kenyataan fitnah itu dirancang terlebih dahulu bertujuan untuk memperlekehkan, memfitnah reputasi serta perwatakan plaintif secara serius selain memburukkan nama baik dan karakternya yang juga seorang penyokong teguh kedaulatan undang-undang serta reformasi sosial.


"Dalam memberi kenyataan dalam ucapan itu, jelas defendan berniat jahat dengan tidak mengendahkan jawapan rasmi bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri (Abdul) Khalid Ibrahim semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor pada 27 Mac 2012, yang beliau (Khalid) telah menyatakan secara jelas bahawa gaji saya sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor hanyalah jumlah simbolik RM1," dakwa plaintif dalam pernyataan tuntutan itu.


Anwar mendakwa Muhyiddin juga keberatan untuk memohon maaf dan menarik balik kenyataan itu, malah terus menerbitkannya dan tidak memadamkannya sehingga kini, walaupun beliau menafikannya.


Sehubungan itu, Anwar menuntut Muhyiddin antaranya ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, ganti rugi pampasan dan selain perintah injunksi untuk menghalangnya daripada terus menerbitkan atau mengedarkan kenyataan fitnah serupa.


Peguam Datuk SN Nair, yang mewakili Anwar, ketika dihubungi Bernama berkata saman itu difailkan pada 10.30 pagi Selasa.


Sumber: Bernama



from The Reporter https://ift.tt/QUY63k2
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/azXgyum
via IFTTT

Friday, 16 December 2022

'Diberi lesen tanam sayur, tapi dia pergi pacak khemah' - Pengusaha tapak perkhemahan di lokasi tanah runtuh beroperasi secara haram sejak 2020



Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mengesahkan tiga tapak perkhemahan yang terjejas akibat tanah runtuh awal pagi tadi mengakibatkan kematian orang awam, telah beroperasi secara haram sejak 2020

Menurut beliau, tiga tapak berkenaan sebaliknya hanya diberi kebenaran untuk melakukan aktiviti pertanian organik yang diluluskan oleh Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) pada 2019


Susulan tragedi yang telah mengorbankan banyak nyawa itu, pengusaha tapak perkhemahan terbabit telah didapati melanggar peruntukkan di bawah Akta Jalanan Saliran dan Bangunan 1974 (Akta 133), jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tiga tahun dan denda maksimum RM50,000


"Kerajaan akan mengambil tindakan tegas (ke atas pengusaha). Kedaulatan undang-undang adalah Rukun Negara kita, tiada siapa yang boleh melangkaui undang-undang. 


"Malah, tindakan ini bukan hanya tertakluk kepada pengusaha tapak ini, sebaliknya akan diperluaskan ke seluruh negara. 


"Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) boleh mengeluarkan kompaun, manakala Pejabat Peguam Negara (AGC) akan membuat pertuduhan di mahkamah. 


"(Semua pengusaha tapak perkhemahan tidak berlesen diminta) hentikan operasi masing-masing. Segera memohon lesen sebelum tindakan diambil," tegasnya. 


Dalam masa yang sama, beliau telah mengarahkan semua tapak perkhemahan berhampiran sungai dan mana-mana lokasi berisiko tinggi di seluruh negara diarahkan tutup selama tujuh hari berkuatkuasa serta-merta. 


Arahan telah dikeluarkan kepada 155 PBT pagi tadi berikutan ramalan hujan lebat dijangka akan berterusan selama lima hari ekoran Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka berlaku esok. 


"Saya tidak mahu lihat lagi kejadian seperti ini berulang. Semua tapak perkhemahan di tepi sungai, air terjun, dan lereng bukit yang berbahaya akan dikosongkan selama tujuh hari sehingga kerajaan keluar arahan baharu," katanya. 


Sumber: Berita Harian



from The Reporter https://ift.tt/Mz26i3c
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/k48mDPl
via IFTTT

Thursday, 15 December 2022

(Video) 'Dah pegang bebird anak, dipegang plak makanan pelanggan' - Netizen jijik tengok video tukang masak pengotor



"Apa pengotor sangat perangai ni? Tak boleh ke ajar anak kencing di tandas?" demikian kata netizen yang jijik melihat video tular di media sosial. 


Sejak awal pagi tadi, tular video menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki membuang air kecil di dapur kedai, mengundang rasa meloya netizen. 


Tindakan dua individu dewasa yang dipercayai ibu bapa, tidak melarang dan membiarkan saja kanak-kanak itu berbuat demikian menambahkan lagi kemarahan ramai. 


"Awak berniaga tetapi kenapa buat macam tu? Itu tempat awak mencari rezeki tu. Orang bayar nak makan kat kedai awak," kata Cty Hawa, yang memuat naik video tersebut. 


Berdasarkan video berdurai hampir dua minit itu, si ibu terdahulu kelihatan sedang menyiapkan masakan yang dipesan pelanggan sebelum didatangi anak lelakinya yang mahu membuang air kecil. 


Kanak-kanak itu terus membuat seluar dan menghala kemaluannya ke bawah sinki sambil diperhatikan oleh ibu bapanya. 


Sebaik saja selesai, si ibu mengelap kemaluan anaknya menggunakan jari dan dibasuh (sekali celup) dalam bekas air di sinki. Dengan tangan yang sama, si ibu memindahkan masakan ke dalam pinggan pelanggan. 


Tukang masak itu kemudian mengambil senduk memasak dan dicelup ke dalam air yang sama untuk membasuh tangannya tadi, lalu digaul pada masakan lain.


Menurut pengadu, kedai dalam video tular ini berdekatan dengan premis H&M di Jalan Seri Warisan 2, Pekan Kota Tinggi. 



"Pelaris ke apa tu? Adoi! Kat situ masak, kat situ tempat kau buang. Auto nak termuntah!" kata Siti Aisyah. 


"Aiseh.. tempat masak awak buat tempat kencing berak wei. Macam mana la awak bagi orang makan wei.. adei.. kembang tekak. Tak baik buat macam tu, tempat mencari rezeki buat begitu," kata Norfazilla. 


"Main calit-calit gitu, gila kotor! Ishh! Pastu satgi air tu la digunakan untuk memasak," kata Nur Afiqah. 


"Nak aku hempok juga perempuan yang masak tu. Sudahlah tangan pegang kemaluan anak selepas kencing, pengotor betul. Kemudian serve orang makan. Memang celaka betol," kata Yatt. 


"Tak boleh blah. Dia celup tangan dekat air dalam mangkuk untuk cuci kencing anak. Lepas tu dia cuci tangan dia dalam tu balik. Ambil senduk, dicelupnya air tu. Lepas tu masak guna air yang sama," kata Nor Syaqirah. 


Jijik melihat sikap pengotor tukang masak berkenaan, netizen menggesa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang terhadap premis tersebut yang sudah terbukti dengan jelas dan nyata tukang masaknya mengabaikan aspek kebersihan dan keselamatan premis serta makanan. 


Sumber: Facebook Cty Hawa



from The Reporter https://ift.tt/AHUINKo
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/6047bZh
via IFTTT

Tular video kanak-Kanak ditemui menangis di sisi mayat ibunya



Tular di media sosial video menunjukkan seorang kanak-kanak menangis di sisi mayat seorang wanita yang dipercayai ibu kandungnya. 


Kejadian itu berlaku di Kampung Titingan, Tawau, Sabah, pada jam 6 petang Khamis di mana mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan tikaman objek tajam, dipercayai dibunuh. 


Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, mengesahkan kejadian itu dan pihaknya sedang giat menjalankan siasatan.


"Kes bunuh berkenaan masih dalam siasatan di tempat kejadian dan maklumat akan disalurkan dari semasa ke semasa," katanya. 


Menurut sumber tidak rasmi, mangsa merupakan warga asing dan telah diragut sebelum dibunuh.


Sumber: Astro Awani, Telegram Isu Semasa



from The Reporter https://ift.tt/C53Gky8
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/NoqpeBT
via IFTTT

Suami isteri upah Pro Gamer untuk tewaskan anak mereka dalam game kegemaran sehingga 'koyak teruk'



Seorang Pro Gamer di China viral di media sosial baru-baru ini selepas dia mendakwa telah dibayar oleh dua pasangan suami isteri untuk menewaskan anak-anak mereka dalam permainan video, sekali gus memusnahkan keyakinan diri mereka. 


Permainan video tidak memudaratkan sekiranya dimain secara berpada-pada, tetapi pada masa ini kebanyakan kanak-kanak menjadi begitu obses dengan dunia permainan video sehingga mula mengabaikan kehidupan realiti, sekolah, termasuk keluarga mereka. 


Untuk mengembalikan mereka ke dunia nyata adalah satu cabaran yang sukar dan ramai ibu bapa terpaksa berhempas pulas untuk berbuat demikian. 


Sebagai contohnya di China, ada sesetengah ibu bapa mendaftarkan anak-anak mereka menyertai kem ketenteraan, manakala ada juga yang menggunakan teknik berbeza dengan mengupah Pro Gamer untuk menewaskan anak-anak mereka dalam permainan video kegemaran sehingga koyak dan berhenti bermain. 


Pro Gamer berkenaan baru-baru ini mendedahkan dia telah dibayar oleh pasangan suami isteri untuk menewaskan anak lelaki mereka dalam permainan video kegemarannya. 


Menurut pasangan itu, anak mereka sebelum ini merupakan pelajar contoh di sekolah dan sangat mendengar kata. Tetapi apabila menginjak ke usia 10 tahun, kehidupannya berubah akibat terjebak dengan permainan video. 


Kebanyakan masanya dihabiskan dengan bermain permainan video dan berimpian menjadi gamer profesional. Ibu bapanya tidak dapat menerima hal itu dan cuba menasihatkannya, tetapi gagal. Hal itu memaksa pasangan itu terpaksa mencari kaedah lain untuk membantu mereka. 


Tidak diketahui bagaimana pasangan itu berhubung dengan Pro Gamer terbabit, tetapi mereka bersetuju membayarnya upah 50 yuan (RM31) per jam untuk menewaskan anak mereka dalam permainan video tersebut.


Pro Gamer itu kemudian bermain permainan tersebut dengan kanak-kanak itu sebanyak lima pusingan yang memakan masa selama lima jam. 


Pada pusingan pertama, dia mengambil sedikit masa untuk menewaskan kanak-kanak itu dan kemudian berterusan menewaskannya dalam empat pusingan seterusnya, seperti mana yang diminta oleh pasangan berkenaan. 


Kecewa dengan kekalahan sebanyak lima kali berturut-turut, kanak-kanak itu berhenti bermain dan harapannya menjadi pro player dalam permainan video itu turut musnah. Di kesempatan itu, suami isteri berkenaan menasihatkan anak mereka agar berhenti bermain game dan fokus pada pelajaran demi masa depan yang cerah. 


Setakat ini, gamer itu mendakwa dia telah berjaya membantu dua pasangan untuk menangani masalah anak mereka ketagih bermain permainan video. Kejayaan itu juga membuatkan dia berasa sangat berpuas hati. 


Sumber: Star Video



from The Reporter https://ift.tt/u3hpJZ7
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/HrM5xft
via IFTTT

Henry Cavill sahkan dia dipecat dari watak Superman', 2 bulan selepas pihak studio sahkan dia akan kembali membintangi filem itu



Bintang Hollywood, Henry Cavill, 39, yang terkenal dengan watak adiwira 'Superman' memaklumkan beliau tidak akan kembali dalam filem terbitan Warner Bros itu. 


Cavill, 39, yang baru-baru ini muncul di penghujung filem Black Adam yang dibintangi oleh Dwayne Johnson's, memaklumkan perkara itu melalui akaun Instagramnya hari ini yang mempunyai 23 juta pengikut. 



Dalam pertemuan dengan James Gunn dan Peter Safran, Cavill diberitahu dia tidak akan kembali dalam filem itu walaupun dua bulan lalu pihak studio memberitahu perkara sebaliknya. 


Walau bagaimanapun, Cavill reda dan menghormati keputusan itu serta mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pihak yang terlibat dengan pembikinan filem Superman yang seterusnya. 


"Mereka yang berada di sisi saya selama ini, kita boleh berkabung sebenar. Tetapi kita harus ingat, Superman masih ada. Semua yang diperjuangkannya masih wujud. Contoh yang dia tunjukkan untuk kita juga masih ada. Giliran syaa memakai jubah itu sudah berlalu, tetapi apa yang diperjuangkan oleh Superman masih diteruskan," katanya. 


Sementara itu, para peminat filem Superman di Malaysia meluahkan rasa kecewa dan menganggap keputusan itu adalah satu kesilapan yang besar.


"Sedih bagi saya sebagai peminat Superman. DC studio buat kesilapan besar dengan melepaskan Henry. Tindakan mengarut dari James Gunn yang memusnahkan DC, bukan menyelamatkannya," kata Croix. 


"DC ni parah betul. Henry perlu beralih ke Marvel dan jadi superhero di sana. Sebab itu makin ramai peminat DC sendiri dah jemu dengan reboot diorang ni." kata Shah Ikmal. 


Sumber: Instagram Henry Cavill



from The Reporter https://ift.tt/kh8EDiK
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/KhZoD5Q
via IFTTT
loading...