Susulan tular video seekor tikus menjamah ayam goreng dalam pemanas makanan di sebuah restoran, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengarahkan premis terbabit ditutup selama 14 hari.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pemeriksaan yang dijalankan oleh penguatkuasa kesihatan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Jabatan Kesihatan Selangor serta Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat di premis itu mendapati tahap kebersihan makanannya tidak begitu memuaskan.
Sehubungan itu, notis penutupan premis selama 14 hari telah dikeluarkan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.
Sementara itu, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) pula mengeluarkan Notis Pengesahan Pembatalan Lesen (NPPL) serta-merta terhadap premis tersebut.
Yang Dipertua MPAJ, Mohd. Fauzi Mohd. Yatim berkata, tindakan itu selaras dengan tindakan KKM yang telah mengeluarkan Notis Perintah Tutup pada Sabtu lalu.
Berdasarkan rekod pemeriksaan MPAJ pada Jun 2021, tahap kebersihan premis tersebut diberi penarafan Greb B dan terbaru adalah pada Januari 2022.
Ekoran pembatalan lesen itu, MPAJ hanya akan mempertimbangkan permohonan lesen baru sekiranya pemilik premis memenuhi semua syarat terutamanya yang berkaitan dengan kebersihan dipatuhi sepenuhnya.
Sumber: Kosmo, Berita Harian
from The Reporter https://ift.tt/czSk4CM
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/iHJo5uD
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment