Foto Sinar Harian |
Seorang pelajar di sebuah institut latihan kemahiran didakwa di Mahkamah Sesyen Melaka hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan yang dikenalinya melalui media sosial.
Bagaimanapun, tertuduh, Muhammad Adib Hishamuddin, 20, membuat pengakuan tidak bersalah terhadap dua pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam.
Mengikut pertuduhan, tertuduh yang menuntut dalam jurusan elektrik tahun akhir di dakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang dikenali melalui media sosial sejak beberapa bulan lalu, di Jalan KS 1/5, Taman 1 Bukit Beruang, Melaka antara jam 4 petang hingga 9 malam, 14 November lalu.
Tertuduh juga didakwa atas satu lagi pertuduhan sama dengan cara meraba bahagian sulit mangsa di tandas awam dan bilik persalinan perempuan di sebuah kompleks tenis di Ayer Keroh pada jam 12 tengah hari, 20 November.
Bagi dua pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual terhadap kanak-kanak 2017. Jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, N. Sivashangari yang memohon jaminan sebanyak RM10,000 dikenakan dengan mengambil kira kesalahan dilakukan tertuduh adalah sangat serius kerana melibatkan kanak-kanak bawah umur.
Hakim Darmafikri memutuskan jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Januari 2022 untuk tarikh sebutan semula kes. Selain it u, tertuduh yang diwakili peguam Andrew Lourdes, juga diarahkan untuk tidak mengganggu mangsa dan juga saksi pendakwaan.
Sumber: Astro Awani
from The Reporter https://ift.tt/kmcA6FK
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/EL5OIFm
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment