Kemenangan calon Perikatan Nasional (PN) di Padang Serai semalam dianggap sebagai bukti rakyat menolak penipuan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).
Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin berkata, calon PN yang mendapat majoriti besar di kawasan parlimen tersebut menunjukkan tanda positif.
"Ini bukti rakyat tidak mempercayai gabungan PH dan BN. Mereka tidak yakin dengan kemampuan kerajaan campuran yang diterajui oleh PH ini untuk mentadbir negara.
"Kecewa dengan penipuan pemimpin PH dan BN semasa kempen PRU15, ramai penyokong kedua-dua parti ini telah beralih arah menyokong PN," katanya.
Bagaimanapun, Pengerusi PH Kedah, Mahfuz Omar, menyangkal kenyataan Muhyiddin itu. Sebaliknya calon PN menang di Padang Serai adalah kerana pengundi terpengaruh dengan agenda perkauman dan agama yang dimainkan oleh PN.
"Keputusan Padang Serai tidak ada kena mengena dengan kerjasama PH-BN... Apa yang berlaku di Padang Serai ia adalah rentetan gelombang ditiup dengan membawa sentimen perkauman, keagamaan sempit yang menakutkan masyarakat dan rakyat dalam berpolitik," katanya.
Sumber: MalaysiaKini, Free Malaysia Today
from The Reporter https://ift.tt/lxFGg01
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/tYqlLeC
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment