loading...

Monday, 12 December 2022

Buruh binaan liwat anak perempuan berusia 7 tahun, dipenjara 8 tahun, 4 sebatan

Foto Zatul Iffah Zolkiply | Harian Metro


Padah meliwat dan melakukan seks oral terhadap anak perempuan berusia tujuh tahun, seorang buruh binaan dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini. 


Tertuduh berusia 45 membuat pengakuan bersalah terhadap dua pertuduhan itu sebelum Hakim Nooriah Osman menjatuhkan hukuman tersebut. 


Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa sengaja meliwat anak perempuannya tanpa kerelaan mangsa yang ketika itu berusia tujuh tahun, dalam kejadian yang berlaku antara 1 Disember 2020 hingga 30 Januari 2021 di sebuah rumah di Dungun. 


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan bagi setiap kesalahan itu. 


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin, manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nik Ismail Nik Lah. 


Selepas tertuduh mengaku bersalah, mahkamah terus menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan dua sebatan bagi setiap pertuduhan. 


Tertuduh diarahkan menjalani hukuman itu secara serentak bermula dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 15 April 2021. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/OSzbVTr
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/XHhiKtw
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...