Seorang lelaki ditemui mati di kediamannya di Presint 11, Putrajaya, pada pagi Selasa.
Ketua Polis Daerah (IPD) Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima makluman mengenai penemuan mangsa pada jam 10.22 pagi dari jirannya yang ternampak duda berkenaan dalam keadaan tergantung.
Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) kemudian dikerahkan ke lokasi dan memecah masuk ke dalam rumah dan mendapati mangsa berusia 43 tahun itu dalam keadaan tergantung dengan tali berlapik kain di leher di tepi tangga di tingkat bawah rumahnya.
Pegawai Perubatan Kementeri Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi kemudian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.
Menurut jiran, kali terakhir dia melihat mangsa adalah pada Sabtu lalu kira-kira jam 10 pagi.
Siasatan pasukan forensik mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan mangsa dipercayai menggantung diri.
Difahamkan, mangsa tinggal bersendirian selepas berpisah dengan isterinya sejak empat tahun lalu. Tiga orang anaknya tinggal bersama bekas isteri kerana mangsa mengalami masalah kesihatan mental.
Terdapat laporan perubatan daripada Klinik Psikiatrik Hospital Putrajaya yang menunjukkan mangsa menghidap penyakit Bipolar Disorder tahap satu fasa kemurungan dan sedang menerima rawatan di klinik tersebut sejak September tahun ini.
Mangsa juga mengambil ubat rawatan jenis Risperidone yang membantu dengan gejala beberapa keadaan kesihatan mental seperti Skizofrenia.
Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Putrajaya untuk dibedah siasat.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/0lgGzRE
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/ki1ar2H
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment