Seorang Pro Gamer di China viral di media sosial baru-baru ini selepas dia mendakwa telah dibayar oleh dua pasangan suami isteri untuk menewaskan anak-anak mereka dalam permainan video, sekali gus memusnahkan keyakinan diri mereka.
Permainan video tidak memudaratkan sekiranya dimain secara berpada-pada, tetapi pada masa ini kebanyakan kanak-kanak menjadi begitu obses dengan dunia permainan video sehingga mula mengabaikan kehidupan realiti, sekolah, termasuk keluarga mereka.
Untuk mengembalikan mereka ke dunia nyata adalah satu cabaran yang sukar dan ramai ibu bapa terpaksa berhempas pulas untuk berbuat demikian.
Sebagai contohnya di China, ada sesetengah ibu bapa mendaftarkan anak-anak mereka menyertai kem ketenteraan, manakala ada juga yang menggunakan teknik berbeza dengan mengupah Pro Gamer untuk menewaskan anak-anak mereka dalam permainan video kegemaran sehingga koyak dan berhenti bermain.
Pro Gamer berkenaan baru-baru ini mendedahkan dia telah dibayar oleh pasangan suami isteri untuk menewaskan anak lelaki mereka dalam permainan video kegemarannya.
Menurut pasangan itu, anak mereka sebelum ini merupakan pelajar contoh di sekolah dan sangat mendengar kata. Tetapi apabila menginjak ke usia 10 tahun, kehidupannya berubah akibat terjebak dengan permainan video.
Kebanyakan masanya dihabiskan dengan bermain permainan video dan berimpian menjadi gamer profesional. Ibu bapanya tidak dapat menerima hal itu dan cuba menasihatkannya, tetapi gagal. Hal itu memaksa pasangan itu terpaksa mencari kaedah lain untuk membantu mereka.
Tidak diketahui bagaimana pasangan itu berhubung dengan Pro Gamer terbabit, tetapi mereka bersetuju membayarnya upah 50 yuan (RM31) per jam untuk menewaskan anak mereka dalam permainan video tersebut.
Pro Gamer itu kemudian bermain permainan tersebut dengan kanak-kanak itu sebanyak lima pusingan yang memakan masa selama lima jam.
Pada pusingan pertama, dia mengambil sedikit masa untuk menewaskan kanak-kanak itu dan kemudian berterusan menewaskannya dalam empat pusingan seterusnya, seperti mana yang diminta oleh pasangan berkenaan.
Kecewa dengan kekalahan sebanyak lima kali berturut-turut, kanak-kanak itu berhenti bermain dan harapannya menjadi pro player dalam permainan video itu turut musnah. Di kesempatan itu, suami isteri berkenaan menasihatkan anak mereka agar berhenti bermain game dan fokus pada pelajaran demi masa depan yang cerah.
Setakat ini, gamer itu mendakwa dia telah berjaya membantu dua pasangan untuk menangani masalah anak mereka ketagih bermain permainan video. Kejayaan itu juga membuatkan dia berasa sangat berpuas hati.
Sumber: Star Video
from The Reporter https://ift.tt/u3hpJZ7
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/HrM5xft
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment