loading...

Friday, 9 December 2022

Kementerian Pertanian nafi keluar kenyataan 'Bekalan telur kurang kerana ayam enggan bersetubuh'



Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPTM)menafikan gambar tular yang mendakwa pihaknya mengeluarkan kenyataan punca kekurangan bekalan telur adalah disebabkan ayam enggan bersetubuh. 


Dalam kenyataan KPTM di Facebook menjelaskan, gambar posting tajuk berita yang tular di media sosial bersama dengan gambar Menteri Pertanian Mohamad Sabu, adalah palsu. 


"Maklumat melalui akaun media sosial tersebut adalah palsu. Untuk makluman, ini merupakan suntingan akaun palsu dan bukan akaun rasmi Astro Awani. 



"Orang ramai diminta tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu," katanya. 


Sementara itu, Astro Awani juga tampil menafikan posting tersebut. 


"Astro Awani tidak pernah mengeluarkan laporan seperti yang tular di media sosial. Laporan ini dipercayai disunting oleh pihak yang tidak bertanggungjawab". 




Di ruangan komen, netizen menggesa kerajaan bertindak pantas dalam menangani sebarang info palsu yang sedang berleluasa ditularkan di media sosial. 


"Harap kerajaan lebih tegas tentang fake news. Cari dan heret pelakunya ke mahkamah dan hukum dengan akta sedia ada. Kalau berterusan, boleh merosakkan mentaliti rakyat," kata netizen. 



from The Reporter https://ift.tt/IJPYhAn
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/NoO5fxF
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...