Seorang pereka dalaman didapati bersalah atas pertuduhan membunuh bekas bapa tirinya selepas wanita itu menemui gambar bogelnya dalam komputer milik mangsa.
Jade Janks, 39, didakwa memberi dadah dan mencekik mangsa, Thomas Merriman, 64, sehingga mati pada 31 Disember 2020.
Ketika dalam perbicaraan, Janks menegaskan dia tidak membunuh Merriman, sebaliknya mangsa mati akibat penyakit. Namun, pihak juri menyabitkan tertuduh melakukan pembunuhan tahap pertama pada 21 Disember 2022.
Mengikut fakta kes, sebelum kejadian itu berlaku, Janks mengemaskan kediaman mangsa pada Disember 2020 semasa Merriman dimasukkan ke hospital. Tertuduh kemudian ternampak komputer mangsa dan terpapar jelas gambar dirinya yang tidak berpakaian dijadikan sebagai screensaver.
Curiga dengan penemuan itu, tertuduh memeriksa komputer tersebut dan menemui lebih 100 gambar dirinya dalam simpanan Merriman.
Difahamkan, gambar-gambar tersebut diambil lebih sedekad yang lalu oleh tertuduh semasa masih menjalinkan hubungan dengan bekas teman lelakinya. Namun, tidak diketahui bagaimana gambar-gambar itu berada di dalam simpanan Merriman.
Mayat Merriman ditemui pada 2 Januari 2021 di bawah kotak kadbod di jalan masuk ke kediamannya.
Dalam teks yang ditunjukkan kepada mahkamah, Janks bercakap tentang bagaimana dia 'membunuh' mangsa selepas membawanya pulang dari hospital.
"Saya akan memukul kepalanya ketika dia bangun".
Pendakwa Raya berkata, Janks mengaku membunuh Merriman kepada dua orang berbeza. Pihhak berkuasa mendedahkan, Merriman mati akibat terlebih dos dadah.
"Kematian mangsa bukan disebabkan kemalangan, tetapi dibunuh secara terancang," kata Timbalan Peguam Daerah, Jorge Del Portillo.
Bagaimanapun, peguam mewakili Janks, Marc Carlos menegaskan tiada bukti bahawa anak guamannya mencekik mangsa sehingga tidak bernyawa.
Janks kini berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup.
Sumber: Daily Star
from The Reporter https://ift.tt/jqgdrO0
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/DkNsELC
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment