Pukul isteri dan anak kerana tak dibelikan rokok, seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara selama sembilan tahun.
Tertuduh, Rony Abraham, 37, mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan dalam dua prosiding berasingan di Mahkamah Sesyen dan Majistret Ayer Keroh.
Mengikut satu pertuduhan di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail, tertuduh didakwa mencederakan isterinya, Nazifah Mohd Salleh, 38, dengan mencucuh puntung rokok di lengan tangan kanan dan bahagian mata sebelah kiri mangsa.
Rony turut mengaku bersalah di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman atas tiga pertuduhan memukul isteri dan dua anaknya yang berusia 12 dan 13 tahun.
Mengikut pertuduhan, tertuduh telah menyebabkan kecederaan terhadap isteirnya dengan memukul pipi kiri dan seluruh badan wanita itu menggunakan tangan, selain menumbuk mulut anak perempuannya berusia 13 tahun serta menendang belakang badan anak lelakinya berusia 12 tahun.
Kesemua kesalahan itu dilakukan tertuduh di kediaman mereka di Bukit Tembayan, Tanjung Kling, Melaka Tengah pada 17 Oktober 2022.
Difahamkan, kejadian itu bermula di mana Rony berang dengan isterinya yang tidak membelikannya rokok. Mangsa kemudian keluar membeli rokok tersebut.
Namun, Rony masih tidak berpuas hati dan mengarahkan mangsa duduk di atas katil, dicucuh dengan puntung rokok. Tertuduh turut memukul dua anaknya sebelum secara tiba-tiba naik ke atas bumbung rumah dan meminta tolong.
Prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazri Ali Rahim dan Fiqri Hakim Zamri. Tertuduh pula tidak diwakili peguam.
Hakim Mohd Sabri menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap tertuduh dari tarikh tangkapan. Manakala Majistret Sharda Shiena pula menetapkan hukuman penjara dua tahun bagi setiap tiga pertuduhan yang berjalan serentak daripada tarikh sabitan.
Sumber: Astro Awani
from The Reporter https://ift.tt/ItUsoLJ
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/xjpV7IB
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment