loading...

Friday, 30 April 2021

'Selalu kacau bini orang, siap ajak bersetubuh' - Warga asing mati dibunuh dengan tombak sawit


Padah selalu menganggu isteri orang sehingga berani mengajak bersetubuh menyebabkan seorang lelaki warga Indonesia dibunuh oleh rakan senegaranya dalam kejadian di Kampung Siang Siang Laut, Lawas, Sarawak. 


Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Roslan Leman berkata, mayat mangsa, Imran, 40-an, ditemui terapung di dalam parit ladang sawit pada Rabu, oleh orang ramai. 


Ketika ditemui pada jam 9.30 pagi, mayat mangsa tidak berbaju dan hanya memakai seluar jeans berwarna hitam dan dibaluti dengna kanvas. 


Pemeriksaan pada mayat mangsa mendapati, ada beberapa kesan kecederaan di bahagian kepala iaitu kesan tetakan, selain kecederaan di bahagian belakang badan dan lutut kiri. 


Susulan penemuan mayat itu, polis telah menahan seorang suspek berbangsa Bugis berusia 32 tahun (warga Indonesia) pada jam 12.10 tengah hari di sebuah kuarters Ladang Trusan pada hari yang sama. 


Suspek mengaku bergaduh dengan mangsa pada Isnin lalu kerana mangsa kerap mengganggu isterinya termasuk mengajak isterinya melakukan hubungan intim. 


Jelas suspek, dia membunuh mangsa bersendirian menggunakan tombak sawit. Suspek menikam mangsa sehingga mati sebelum dibalut menggunakan kanvas lalu di buang di lokasi mayat mangsa ditemui oleh orang awam. 


Difahamkan, suspek datang ke Malaysia sejak enam bulan lalu melalui jalan tikus Sindumin, Sabah-Lawas, yang juga membawa dua anaknya berusia dua dan enam tahun, bersama dengan isterinya pada waktu malam. 


Polis cuba mencari semula pergelangan tangan mangsa dan juga senjata yang digunakan suspek pada radius 100 meter dari lokasi kejadian, tetapi tidak berjaya menemuinya. 


Suspek direman selama seminggu untuk disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. 


Sumber: Utusan Borneo



from The Reporter https://ift.tt/3xuVVZL
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3e5Axmc
via IFTTT

Thursday, 29 April 2021

'Kalau rasa RM20,000 mahal, kahwin je dengan orang kampung Sabah, dapatlah RM500 centu' - Komen wanita ini undang rasa tak puas hati netizen


Media sosial sepatutnya digunakan dengan baik, tujuan baik tanpa perlu menyakitkan hati mana-mana individu atau pihak. Tetapi tidak dinafikan ada yang terlanjur melakukan kesilapan itu dan akibatnya? Dikecam netizen dari setiap sudut sehinggalah dikorek segala data peribadi untuk dijadikan sebagai bahan tohmahan. 


Baru-baru ini, seorang wanita memuat naik komen di Facebook yang mengatakan golongan lelaki boleh melupakan hasrat untuk berkahwin sekiranya tidak mampu menanggung hantaran RM20,000. 


Ayat pertama mungkin masih boleh diterima, tetapi ayat yang seterusnya mengundang rasa tidak puas hati netizen khususnya netizen Sabah yang merasakan komen tersebut jelas sekali menghina orang Sabah. 


"Haha kalau takde duit, takyah gatal nak kahwin. Kalau rasa RM20,000 mahal, kahwin je dengan orang kampung Sabah ke, yang duduk kat rumah panjang tu. Dapatlah RM500 centu," tulisnya. 


Apa lagi di media sosial, ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati dan menuntut wanita itu memohon maaf. 


"Yala kami ni orang kampung, duduk hutan. Kesian bah kami ni. Nda apalah, kami ok saja ba. Yang penting kami pandai masak nasi, pandai tanam padi, pandai menyumpit, pandai tangkap katak, pandai buat rumah, pandai angkat tong gas, pandai segala-galanya. Nda rugi hantaran murah serba boleh," balas Almy Abd Rasak yang turut menyertakan gambar dirinya membuatkan banyak 'Lacoste' membalas komennya itu. 


"Sah dia tak pernah Sabah atau Sarawak sampaikan rumah panjang pun tak tahu. Rumah panjang kat Sarawak dik non oi!" tulis Rosdi Yusof yang hairan dengan sikap segelintir orang yang masih gagal membezakan asal usul rumah panjang. 


Menyedari komennya telah menimbulkan kekecohan di media sosial, Nur Alea segera membuat laporan polis berikutan ada yang memuat naik komen berunsurkan ancaman terhadapnya. Nur Alea juga membuat permohonan maaf melalui Facebooknya pada 28 April 2021. 



"Saya dengan merendah diri ingin memohon maaf atas kesalahan yang telah saya lakukan, mengecilkan hati pihak tertentu sehingga berlakunya kekecohan di mana komen saya telah diviralkan. Saya menarik balik apa yang saya cakap dan saya mengaku itu adalah salah saya. 


"Di sini saya lampirkan laporan polis kerana isu ini telah semakin besar sehingga mendatangkan ancaman kepada saya dan segala butiran saya telah didedahkan oleh individu tertentu. 


"Jadi saya rasa isu virla ini telah memberi ancaman keterlaluan sehingga boleh mengancam keselamatan saya. Saya tak ada Facebook lain selain Facebook ini, Twitter dan Instagram pun saya tak ada. 


"Yang banyak post-post yang dikeluarkan itu semua adalah akaun palsu yang ingin mengeruhkan lagi keadaan dan mengambil kesempatan. Saya hanya mengeluarkan komen itu sahaja, tiada tokok tambah tentang isu ini. Akhir kata saya ingin memohon maaf sekali lagi," tulisnya. 


Sumber: Facebook Nur Alea Afiqah



from The Reporter https://ift.tt/2S6Un7S
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/331qwQy
via IFTTT

'Jangan kecam, kami kerja siang malam cari wang buat rumah & beli kereta' - Isteri peniaga burger tegaskan mereka tidak mengambil kesempatan


Pembaca Astro Awani baru-baru ini dipuji netizen kerana berani melemparkan kata-kata pedas terhadap pihak berkuasa yang mengenakan kompaun RM50,000 kepada peniaga di Kelantan. 


"Sekarang ini, ramai yang hidup secara ala kadar. Ketika otak yang letaknya di atas, tetapi ada yang bertindak seolah-olah otak di lutut.. mengenakan kompaun RM50,000 kepada penjaja kecil yang hanya berniaga di kawasan kampung sendiri," kata pembaca berita berkenaan. 


Semuanya bermula dengan kisah seorang peniaga burger dikenakan kompaun RM50,000 kerana beroperasi melebihi had waktu yang ditetapkan ketika PKP. 


Ramai yang menawarkan diri untuk membantu peniaga berkenaan membayar kompaun tersebut, termasuk golongan selebriti. Namun, peniaga itu enggan menerima kerana masih menunggu keputusan rayuan. 


Pada masa yang sama, ada beberapa individu yang mendedahkan mengenai gaya hidup peniaga berkenaan yang dikatakan mewah dan sebelum ini pernah dikenakan kompaun atas kesalahan yang sama. 


"Kedai dia lama sangat dah duk langgar SOP. Buka kedai sampai pukul 1-2 pagi. Sejak dari PKP pertama lagi. Pastu jadi port lepak sampai penuh kereta depan tangga rumah dia. 


"Polis pernah datang beri amaran sebab langgar SOP dan orang kampung pun report sebab jadi port lepak sampai jam 1.2 pagi. Sebab itulah dia kena saman, langgar SOP," dedah pengguna Facebook bernama BUX. 



Turut didedahkan, peniaga berkenaan memiliki rumah mewah dan kereta Honda Civic (ketam) selain berbelanja di restoran mahal di Tomahawk di mana perbelanjaan makan sekeluarga sahaja mencecah RM896.60. 


Pendedahan itu membuatkan netizen terfikir, apakah peniaga ini layak diberi bantuan berbanding dua lagi peniaga colek dan kedai runcit yang sememangnya orang susah. 


Tidak berdiam diri, isteri kepada peniaga burger berkenaan, Norlaili Shafien, 37, tampil memberi penjelasan.


"Saya tidak pernah kata hidup susah atau meminta bantuan. Namun jumlah kompaun RM50,000 itu terlalu besar bagi kami yang mencari makan dengan berniaga. Kami juga tidak mahu perkara ini dikenakan kepada peniaga lain," katanya memetik laporan dari Harian Metro, 29 April 2021. 


"Saya tidak menerima bantuan itu (dari orang ramai) kerana masih tidak tahu jumlah sebenar kompaun yang dikenakan kepada kami. Memang ramai nak bantu dan minta nombor akaun bank, namun setakat ini kami tidak mahu menerima bantuan berkenaan kerana tidak mahu menimbulkan sebarang isu," katanya. 



Menjelaskan mengenai rumah dan kereta mewah mereka seperti yang viral di media sosial, Norlaili menegaskan rumah yang didiami keluarganya itu adalah di atas tanah pusaka dan dibina hasil dari simpanan berniaga burger selama 16 tahun, menjual kuih muih dan tudung dari jam 6 petang sehingga 7 pagi. 


Selain itu, Norlaili terpaksa menjual barang kemas sebanyak RM30,000 serta meminjam daripada ibu dan adik beradiknya yang sehingga kini difahamkan masih belum dibayar sepenuhnya. 


"Kami kerja siang malam mencari wang untuk membuat rumah dan membeli kereta kerana selama ini kami menumpang di rumah ibu selama 11 tahun bersama tiga beradik lain," katanya. 



Mengenai gambar mereka sekeluarga makan di restoran mewah, Norlaili menjelaskan bayaran itu dikongsi bersama tiga beradiknya yang lain. 


"Saya minta orang ramai tidak mengecam kami kerana kami tidak pernah mengambil kesempatan terhadap isu ini," katanya. 


Sumber: Harian Metro, Facebook Nia



from The Reporter https://ift.tt/3b8d7e7
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3e4qMVd
via IFTTT

'Dia tawar RM2,000, buat saya jadi seperti penjenayah' - Anas kesal dengan pensyarah UUM yang mempertikaikan bantuan diterimanya dari YB Steven Sim


Tindakan seorang pensyarah universiti tempatan meletakkan harga atau ganjaran wang tunai bagi mereka yang dapat memberi maklumat mengenai pekerja Food Panda yang dibantu oleh pemimpin politik (DAP), mengundang rasa kesal tuan empunya badan. 


Ini kerana, perbuatan pensyarah berkenaan yang meletakkan harga pada dirinya seperti menjadikan dia seorang penjenayah yang dikehendaki. Terdahulu Kamarul Yusoff memuat naik kenyataan berikut: 


"Saguhati RM2,000 untuk mencari pekerja Food Panda yang dibantu oleh Steven Sim. 


"Disebabkan oleh beberapa misteri yang menyelubungi diri beliau, sukacita dimaklumkan bahawa saya serta dua rakan Facebook dengan ini menawarkan saguhati sebanyak RM2,000 kepada sesiapa sahaja yang mampu memberi maklumat seperti nombor telefon, alamat tempat tinggal atau alamat tempat kerja anak Kelantan sehingga beliau dapat dipertemukan dengan saya untuk tujuan pemberian sumbangan tertentu kepada beliau," tulisnya sebelum akaun Facebook dinyahaktifkan. 



Status Facebooknya itu sedikit sebanyak mengundang netizen yang mempertikaikan perkara itu termasuk mempersoalkan basikal yang diguna oleh lelaki itu tidak sesuai dengan ketinggiannya, lalu mengandaikan pemberian sumbangan termasuk hadiah sebuah motosikal itu hanyalah wayang semata-mata. 


Bukan itu sahaja, harga motosikal tersebut juga dikatakan tidak logik. Apatah lagi beg Food Panda yang digunakan juga bukan jenis yang biasa digunakan oleh Food Panda walker. 


"Aku sendiri dah WhatsApp Chung Seng Motor. Wakil kedai itu reply yang YB tu mulanya nak beli motor Alpha 110 saja. Tetapi the next day budak tu mai kedai beritahu dia minat Honda Dash 125. So budak tu tambah duit sendiri lebih kurang RM1,500. 


"Aku terus pening, so aku ambil keputusan untuk rumuskan ini semua scam. Dari gambar-gambar yang YB tu tunjuk, cerita yang dia taip sampailah statement kedai motor semua tak tally," tulis Ahmad Nazri.



"Saya rider Food Panda. Walker tak pakai bag macam tu tuan. Itu beg rider saja. Walker ada beg tersendiri. Tak salah, cuma menjadi benda yang musykil di situ, dalam banyak-banyak member saya walker tak ada seorang pun pakai beg macam tu," kata Muhd Hassannudin Abd Ghafur. 



28 April 2021, Steven Sim mengadakan sidang media untuk membuktikan kepada semua bahawa sumbangan yang diberikan kepada penghantar makanan berkenaan, Anas Hazmi Ahmad, adalah benar, sekali gus menjawab seorang pensyarah kontroversi Kamarul Yusoff. 


Anas juga mengesahkan bahawa bantuan yang diterimanya itu adalah benar, malah menunjukkan sijil pemilikan kenderaan yang tertera namanya sendiri. 



"Saya telah meminta Steven jangan mendedahkan identiti saya selama ini. Terima kasih kepada media bersungguh-sungguh melindungi diri saya walaupun diserang dan dituduh macam-macam. 


"Saya berasa amat kesal, ada yang sanggup menawarkan wang RM2,000 untuk maklumat diri saya seperti penjenayah. Tetapi saya tidak melakukan sebarang kesalahan. 


"Harap orang ramai menghentikan tindakan fitnah ke atas saya dan YB Steven dan benarkan saya meneruskan kehidupan tanpa gangguan sebegini," katanya. 


Sementara itu, Steven mengecam tindakan Kamarul Yusoff yang melibatkan Anas dalam serangan politiknya. 


"Saya orang politik, dia (Kamarul) nak serang saya, hentam saya, nak lawan saya, saya terima. Apa yang saya tidak boleh terima ialah dia meletakkan harga atas kepala seorang penerima bantuan. Itu sudah melampau.


"Berpolitik perlu ada batasnya, kalau tidak rosak masyarakat," katanya. 


Sumber: Facebook Oh Media, MalaysiaKini



from The Reporter https://ift.tt/3aMPNSD
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3gRhcXA
via IFTTT

Wednesday, 28 April 2021

'Kalau dah seksi sangat, saya pun teringin nak r***l' - Remaja tuntut permohonan maaf dari netizen termasuk guru yang dikesan muat naik komen lucah


Remaja perempuan yang mendedahkan mengenai guru lelaki membuat gurauan lucah berhubung gangguan seksual ketika mengajar subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK), Ain Husniza Saiful Nizam, meluahkan rasa kesal dan menuntut permohonan dari netizen yang memuat naik komen berbaur lucah, penghinaan dan body shaming terhadapnya di media sosial. 


Antara komen yang dimuat naik netizen, "16 tahun macam umur 19 tahun. Asli ke atau pam sendiri. Serah pada polis jer, tak perlu nak femes," tulis Adi Mohd Nor. 


Turut dikesan, seorang wanita yang dipercayai guru juga mengambil peluang untuk memerli pelajar itu. 


"Nak lihat lepas 20 tahun, jadi orang ke dok. (Jawab komen balas netizen) Takpa sedih sekarang. InsyaAllah selepas dua puluh tahun nanti, mak bapak dia akan sedih. 


"Saya dah menyaksikan banyak perkara dalam kehidupan ini. Bukan cerita dongeng semata-mata, wait and see. Kita lihatlah nanti, karma pasti ada," tulis Ummi Anam sebelum bertindak menyahaktifkan akaun Facebook setelah dikecam teruk oleh netizen.


"Bahaya gambo tu, mengancam bulan pose ni," tulis Zali Sura yang juga dipercayai seorang guru. 


"Tingkatan berapa budak nie? Dah macam mak-mak orang anak 9 jerr," tulis Sarozi Abu Bakar, akaun Facebook telah dinyahaktifkan. 



Sementara itu bapanya, Saiful Nizam berkata, tindakan guru yang memuat naik komen sedemikian menjejaskan imej perguruan.


"Dari isu lawak rogol, kemudian ugutan rogol oleh pelajar, seterusnya kini body shaming dan buli siber. Jika inilah mentaliti kebanyakan guru yang ada, memang tak hairanlah anak-anak kita juga makin hancur akhlaknya. Lihatlah sendiri betapa sakitnya masyarakat kita.


"Wahai lelaki, berhentilah berfikir menggunakan zakar," katanya. 


Sumber: Facebook Saiful Nizam



from The Reporter https://ift.tt/330c2At
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3t2h9dK
via IFTTT

Budak 3 tahun maut akibat selepas tertinggal dalam kereta selama 5 jam


Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ditemukan meninggal dunia setelah ditinggalkan beberapa jam di dalam kereta oleh neneknya di Sungai Tiram, Ulu Tiram, di sini, Ahad lalu.


Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, pihaknya menerima satu laporan daripada pihak Hospital Sultan Ismail (HSI) mengenai kes 'Brought In Death' membabitkan kematian seorang kanak-kanak berumur 3 tahun pada 6.41 petang.


Beliau berkata, hasil siasatan mendapati pada hari sama, nenek mangsa berusia 59 tahun membawa mangsa bersama kakaknya ke sekolah di sekitar Sungai Tiram lebih kurang 1 tengah hari dengan menaiki kenderaan Perodua Alza.


Menurutnya, mangsa kemudian ditinggalkan di dalam kereta di rumahnya di Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram tanpa disedari nenek mangsa dan enjin kereta turut dimatikan.


"Pada 6 petang, ibu mangsa menyedari mangsa tiada di dalam rumah dan telah mencari di sekitar kawasan rumah namun tidak menjumpai.


"Nenek mangsa kemudiannya mula menyedari mangsa berada di dalam kereta dan mendapati mangsa tidak sedarkan diri di lantai bawah tempat duduk belakang.


"Hasil bedah siasat doktor di HSI pada Isnin mendapati keadaan tubuh badan mangsa adalah sihat dan tiada sebarang kesan lebam atau luka akibat didera," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.


Beliau berkata, doktor mengesahkan punca kematian mangsa adalah disebabkan 'Heat Stroke Due To Vehicular Entrapment' iaitu strok haba akibat terperangkap di dalam kenderaan.


Menurutnya, kes disiasat menurut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun atau dengan denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya.


Sumber: Bernama



from The Reporter https://ift.tt/3gMpJeb
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/32VkzVd
via IFTTT

'Beli lagi kereta mahal, nak kahwin takde duit' - Penganalisis buat laporan palsu kereta hilang untuk tuntut wang insurans


Belum kahwin dah menipu, itulah perbuatan tidak bertanggungjawab seorang lelaki berusia 25 tahun yang sanggup membuat laporan palsu kononnya kereta miliknya, Subaru Forester, hilang.


Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, lelaki itu membuat laporan palsu berhubung kehilangan keretanya agar dia dapat menuntut wang dari pihak insurans dan kemudian wang itu digunakannya untuk berkahwin. 


Berdasarkan laporan palsu itu, lelaki berkenaan mendakwa keretanya hilang di tempat letak kereta di Lukut Prima, Port Dickson pada jam 9.30 malam, 20 April 2021. 


Dia terdahulu kononnya meletakkan kereta di situ pada jam 8 malam untuk pergi makan bersama rakan. Namun sebaik kembali ke tempat letak kereta pada jam 9 malam, dia mendapati keretanya sudah tiada lalu pergi ke balai untuk membuat laporan. 


Isnin, jam 1.30 petang, polis melakukan siasatan dan mendapati keterangan lelaki itu mencurigakan. Setelah puas didesak, akhirnya lelaki itu mengakui dia sengaja membuat laporan palsiu untuk mendapatkan tuntutan insurans. Kereta Subaru Forester itu sebenarnya disimpan di tempat lain. 


Dia mengaku membuat laporan palsu agar dapat memperolehi wang tuntutan insurans yang digunakan untuk mengadakan majlis perkahwinan. 


Suspek yang bekerja sebagai penganalisis data itu kini masih ditahan di Lokap Polis Port Dickson sehingga esok dan kereta miliknya yang disorok di belakang sebuah pasar raya di Lukut, juga dirampas untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara enam bulan atau denda atau kedua-duanya sekali. 


Sumber: Berita Harian



from The Reporter https://ift.tt/2R3HZoS
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3vpZxtZ
via IFTTT

'Melencong habis nak salahkan ayah aku' - Individu tampil pertahankan bapanya yang didakwa buat gurauan lucah ketika mengajar PJK


Viral di media sosial, seorang individu berkongsi mesej WhatsApp yang diperolehinya berhubung kes guru membuat lawak lucah ketika mengajar subjek Pendidikan Jasmani di sekolah. 


Individu yang dikenali sebagai Shaffxx itu memuat naik kenyataan tersebut di Twitter dan mengundang banyak reaksi netizen. Menyedari ramai yang mengecam perkongsian itu, Shaffxx terus memadamkan tweet tersebut. Namun sempat discreenshot oleh netizen. 


Berdasarkan penjelasan individu berkenaan dalam WhatsApp:


Ayah aku ajar Pendidikan Jasmani (PJ). Time tu waktu dia yang mengajar kelas tersebut dan itu kelas pertama dia dengan pelajar perempuan serta dia kena ajar tajuk 'Gangguan Seksual' dalam buku PJ yang mana dia buntu nak ajar macam mana. 


Dia cuba berfikir cara untuk mengekpresi dan menjelaskan perkara mengenai gangguan seksual tetapi sukar mencari perkataan yang bersesuaian dengan situasi. 


Kemudian dia buat gurauan di mana dia kata, "Kamu kalau nak rogol bla.. bla.. bla.. tapi haaa nasib la kamu, kena sebatan, kena penjara... Negara kita tak boleh buat macam tu..." 


Nampak macam dia bergurau pasal rogol atau nampak macam dia cuba nak menyampaikan, nak memberi contoh visual kes yang banyak berlaku di Malaysia, kepada pelajarnya dan kesan dari perbuatan itu? 


Disebabkan gurauan itu, oh.. perkataan 'sedap' memang ada tetapi perempuan itu kata bapa aku macam menggalakkan rogol sebab rogol itu sedap. Padahal ayah aku tak cakap dengan perempuan, dia bercakap kepada pelajar lelaki.


"Betullah kamu rasa rogol itu sedap kan? Tetapi cuba kamu fikir balik, tindakan kamu itu betul ke? Apa yang kamu dapat dari buat semua itu? Kalau tak boleh bagi contoh, cuba jelaskan."


Ayah dia menggalakkan anak perempuannya membuat laporan polis. Selesai lapor, polis mula siasat. Ayah aku bawa buku teks dan beri penjelasan mengenai apa yang berlaku. 


Tidak beberapa lama kemudian, budak itu buat laporan lagi yang dia dapat ugutan rogol. Dia buat laporan kedua terhadap ayah aku. Dah dua kali kena siasatan. 20 orang polis turun ke sekolah sekali dengan KPM untuk siasat semua pelajar terlibat dan ayah aku. 


Budak clean, ayah aku Alhamdulillah sekali lagi clean. Budak tu triggered, suruh KPM paksa ayah aku mengaku salah. Memang taklah. Pengetua pun pelik, kenapa nak mengaku bersalah kalau tak bersalah. 


Budak itu tokok tambah, kata ayah aku ini tiada sesiapa yang berani lapor sebab asyik pegang rotan. Lebih kurang nak kata ayah aku merotan pelajar untuk suka-suka. Padahal tahun ini dia tak pegang pun rotan. Tak ada perhimpunan, dia selalu pegang rotan sewmasa perhimpunan sahaja. 


Ayah  selalu duduk di office dia di astaka padang tu, pergi blok akademik kalau nak makan atau nak pergi office atau mesyuarat, itu sahaja. 


Melencong habis nak salahkan ayah aku. Kalau ye pun dia ada pegang rotan,dia hanya akan sentuh pelajar lelaki sahaja, tak sentuh pelajar perempuan. 


Ayah aku ajar kelas lain selepas dia ajar kelas itu dan tak ada apa-apa pun isu, elok saja saja. Selepas kes itu, ada cikgu tunjuk nama budak (yang buat report). Ayah langsung tak kenal dia mahupun kewujudan kerana ayah tak pernah pandang perempuan. Memang tak layan. 



Setakat ini, polis telah mengambil keterangan dari pelajar berusia 16 tahun itu, guru lelaki, dan beberapa saksi yang terbabit dalam insiden itu. 


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga sedang menyiasat dakwaan pelajar berkenaan. Menterinya, Datuk Dr Radzi Jidin menegaskan, KPM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas guru berkenaan sekiranya siasatan membuktikan dakwaan itu benar. 


"Kementerian mengambil serius tentang perkara ini dan siasatan mendalam sedang dilakukan, selain ia juga sudah menjadi kes polis. Jika terbukti ada kes, maka tindakan sewajarnya dan tegas akan diambil," katanya. 


Sumber: Twitter Timothy, Harian Metro 



from The Reporter https://ift.tt/3ntw1kh
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3xvrJh1
via IFTTT

'Tak puas hati awek kena sailang' - 10 remaja termasuk mangsa & remaja perempuan ditahan


Seramai 10 remaja termasuk remaja perempuan berusia 13 hingga 18 tahun yang terbabit dalam pergaduhan berebut teman wanita yang videonya viral di media sosial hari ini, ditahan untuk membantu siasatan. 


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, kejadian itu berlaku pada jam 1 petang, Selasa lalu di sebuah gerai kosong bersebelahan dengan Stadium Mini Bola Sepak, Kampung Gajah. 


BACA: (Video) 'Aku hilang sabar dengan kamu ni!' - Remaja dibelasah kerana dipercayai cuba merampas awek rakannya sendiri


Siasatan awal mendapati, punca kejadian disebabkan mangsa menunggang motosikal sambil dibonceng oleh remaja perempuan berusia 14 tahun yang merupakan kekasih kepada salah seorang suspek berusia 13 tahun. 


Perkara itu menyebabkan rakan suspek cemburu dan marah lalu mengambil tindakan sendiri dengan membelasah mangsa.


"Tiada kesan kecederaan atau kesan lebam pada badan mangsa. Mangsa menyatakan tidak dipukul mengunakan apa-apa objek semasa kejadian. 


"Tujuh pakaian yang dipakai suspek berdasarkan rakaman video terbabit serta telefon bimbit yang digunakan untuk merakam kejadian itu telah dirampas," katanya. 


Kesemua suspek termasuk mangsa ditahna untuk siasatan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan. 


Sumber: Sinar Harian



from The Reporter https://ift.tt/2QGBOqG
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3vuUg4D
via IFTTT

'Ambillah kedai saya', 'Saya rela masuk penjara' - 2 peniaga tak mampu bayar kompaun RM50,000, terkilan dikompaun tanpa budi bicara


Lagi peniaga dikenakan kompaun RM50,000 oleh pihak berkuasa yang membabitkan peniaga colek dan peniaga kedai runcit yang mendakwa mereka dikenakan kompaun tanpa budi bicara. 


Mohd Azizi Mohd Nor, 42, yang berniaga colek di Kampung Chekok Tengah, Kota Bharu, Kelantan, mengakui dia terkejut apabila didatangi beberapa anggota polis pada jam 11.20 malam, Ahad lalu. 


Menurutnya, anggota polis berkenaan tidak bertanyakan maklumat lanjut kepada mereka dan terus menulis kompaun dengan jumlah RM50,000 atas kesalahan beroperasi melebihi had masa yang ditetapkan dalam tempoh PKP. 


"Saya terkejut sampai hilang kata-kata melihat jumlah yang kami perlu bayar. Sedangkan nak mendapatkan RM100 setiap malam dengan berniaga colek pun agak sukar kerana berniaga kecil-kecilan di kawasan kampung," katanya. 


Difahamkan, pada waktu itu, Mohd Azizi telah menutup kedainya pada jam 10 malam dan sebahagian lampu juga telah ditutup. Yang tinggal hanyalah lampu di bahagian dapur kerana dia dan isterinya sedang mengemas. Dalam masa yang sama, dia sedang menggoreng keropok untuk lima anaknya yang masih belum tidur. 


"Saya agak kecewa kerana ini kali pertama saya dikenakan kompaun tetapi sudha dikenakan RM50,000. Saya bekerja sebagai mekanik selain membantu isteri berniaga mi celup pada hari biasa. Cuma setiap kali Ramadan sejak empat tahun lalu, kami berniaga colek di waktu malam.


"Sejak dikenakan kompaun itu, saya dan isteri buntu dan tak mampu tidur malam memikirkan nasib yang menimpa kami. Saya juga berharap ada pihak yang tampil membantu. 


"Jangan katakan RM50,000, jika dikurangkan RM10,000 pun saya tidak mampu dan disebabkan tidak mampu serta tiada pilihan lain, saya lebih memilih untuk masuk penjara," katanya. 


Sementara itu, Mansah Marjurin, 47, yang mengusahakan kedai runcit di Jalan Cempaka di Kota Bharu turut menerima nasib yang sama. 


"Kedai saya dah tutup, saya ada bukti CCTV. Hanya lampu sahaja menyala kerana masih ada anak saudara saya di dalam untuk mengemas. Semua pagar utama sudah ditutup.


"Saya sangat terkejut apabila didatangi empat pegawai polis dan terus menyaman saya sebanyak RM50,000 dan terus beredar apabila siap menyaman tanpa budi bicara," kata bapa kepada tiga anak itu yang telah berniaga kedai runcit selama sembilan tahun. 


Sama seperti Mohd Azizi, Mansah juga tidak mampu membayar kompaun tidak masuk akal itu kerana masih banyak menanggung hutang yang tertunggak. 


"Ambillah kedai saya, memang saya tidak mampu untuk bayar RM50,000. Saya juga menanggung tunggakan rumah tujuh bulan sebanyak RM650 sebulan dan sebuah kereta yang ditarik oleh pihak bank," katanya. 


Walaupun begitu, Mansah akan cuba membuat rayuan di Pejabat Kesihatan Daerah dan juga berharap ada pihak yang dapat membantunya dalam hal itu. 


Sumber: Harian Metro, MalaysiaKini



from The Reporter https://ift.tt/2R0qINc
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3gL1PzV
via IFTTT

'Bagi orang yang tak cerdik ni, buka & baca balik arahan MKN' - KPN dedah ada pegawai kerajaan & menteri tak puas hati SJR didirikan di Putrajaya


Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador mendedahkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain berdepan dengan kecaman orang awam, pihaknya juga berdepan dengan kecaman dari 'orang dalam' berhubung pelaksanaan Sekatan Jalan Raya (SJR). 


Abdul Hamid berkata, 'orang dalam' itu sepatutnya faham bahawa SJR itu diadakan atas arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengekang penularan Covid-19. 


"Yang saya sedih tu, dalam mesyuarat dibangkitkan 'mengapa PDRM mendirikan sekatan jalan di Putrajaya'. Apa kena mengena Putrajaya dengan mendirikan sekatan jalan? 


"...sepatutnya faham tentang perlunya SJR didirikan atas arahan MKN. Masih ramai yang tak cerdik mengecam tanpa usul periksa. 


"Jadi bagi orang yang tak cerdik ini, saya ingatkan, buka dan baca balik arahan-arahan MKN sebelum nak kutuk PDRM," katanya memetik laporan dari MalaysiaKini. 


Dalam pada itu, Abdul Hamid berkata, polis mungkin akan membekukan cuti semua pegawainya untuk mengawal pergerakan orang ramai. Walaupun PKP tidak diisytiharkan (hari raya nanti), polis akan melaksanakna tindakan mengetatkan penguatkuasaan. 


Oleh yang demikian, Abdul Hamid memberi peringatan kepada orang ramai untuk tidak mengecam PDRM yang akan mengadakan SJR sepanjang musim perayaan kelak, sehingga menyebabkan kesesakan beribu kilometer jauhnya.


"Kalau ada pegawai-pegawai kerajaan sendiri yang tak faham, yang tak cerdik ini, datang berjumpa dengan saya. Saya nak ajar mereka kenapa kita buat macam tu (SJR). Jangan pandai-pandai nak mengadu saja, nak kritik saja. 


"Saya, kalau dari orang ramai ini (orang awam), saya faham. Tetapi kalau datang dari dalam, menteri sendiri.. saya minta mereka sendiri fahamlah. 


"Hari-hari bermesyuarat, balik-balik (bangkit) kisah kesesakan. Nak jadi juara, nak membela orang ramai. Lepas tu salahkan kami (PDRM)," katanya. 


Sumber: MalaysiaKini



from The Reporter https://ift.tt/3aJ186c
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3tZL5bY
via IFTTT

Tuesday, 27 April 2021

(Video) 'Lorong ni port orang gila seks ke?' - Gadis nyaris jadi mangsa lelaki gila seks di Lorong Limau Manis, Kota Bharu, Kelantan


Kamera litar tertutup di Lorong Limau Manis, Kota Bharu, Kelantan, sekali lagi berjaya merakam perbuatan seorang lelaki yang cuba melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita. 


Dalam kejadian yang berlaku pada pagi 27 April 2021, video berdurasi empat minit itu menunjukkan suspek berbasikal berulang alik di lorong tersebut untuk mencari mangsanya. 


Setelah mendapati kehadiran seorang wanita di dalam kereta yang diparkirkan di tepi jalan, suspek mula mendekati kereta tersebut. 


Mangsa pada awalnya menyangka suspek meminta duit, lalu dihulurkan wang kertas RM1. Suspek mengambil wang tersebut dan sesekali cuba membuka zip seluarnya membuatkan mangsa terkejut. 


Namun suspek membatalkan niatnya berikutan ada beberapa buah kereta yang memasuki lorong tersebut dan meneruskan kayuhannya ke depan.


Di kesempatan itu, mangsa segera keluar dari kereta dan pada waktu yang sama suspek terus datang mengejar dari belakang. Mangsa yang ketakutan segera melarikan diri. 


Mujur ada pemandu berhampiran ternampak kejadian itu terus menjerkah, "Ooi! Nok buat gapo tuh?!" membuatkan suspek terus melakukan pusingan U dan beredar dari lokasi kejadian. 



Golongan wanita dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan memastikan keadaan sekeliling selamat dari sebarang ancaman penjenayah yang hanya menunggu masa untuk mendapatkan mangsanya. 


Sumber: Facebook Yu KH



from The Reporter https://ift.tt/2S17d7C
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2Pu6f2R
via IFTTT
loading...