Seorang pengantin perempuan terkejut apabila seluar dalamnya ditanggalkan olah saudara mara suaminya selepas selesai majlis perkahwinan, bagi tujuan memeriksa sama ada dia masih dara atau sebaliknya.
Dalam kejadian yang berlaku di Bandar Urgench, wilayah Khorezm, Uzbekistan, ahli keluarga itu memberikan alasan mereka berbuat demikian kerana merasakan gadis itu sudah tiada dara sebelum berkahwin.
Video kejadian yang viral di media sosial itu menunjukkan mangsa dikerumuni oleh saudara mara suaminya dan video itu dirakam oleh pembantu rumah keluarga pengantin lelaki.
Difahamkan, majlis perkahwinan pasangan itu dibuat mengikut budaya tradisional Uzbek. Awal majlis, semuanya berjalan dengan lancar. Tetapi selepas selesai majlis, tiba-tiba keluarga pengantin lelaki menuduh gadis itu sudah hilang dara dan mahu memeriksa kemaluannya.
Mangsa dibaringkan di katil dan seluar dalamnya ditanggal oleh ahli keluarga suaminya yang kebanyakannya perempuan. Mangsa berang dan sempat melawan, tetapi tidak berdaya dan akhirnya membiarkan sahaja seluar dalamnya dilucutkan.
Mangsa hanya mampu menutup wajahnya dengan kedua telapak tangan dan menangis. Ahli keluarga pengantin lelaki turut melemparkan kata-kata yang menuduh dia tidak menjaga dara sebelum berkahwin. Tiada seorang pun yang mahu mempertahankannya termasuk suaminya sendiri.
Setelah 'pemeriksaan' itu selesai, mangsa memakai seluar dalamnya dan duduk sambil menangis dan menahan kesakitan.
Menurut bapa tiri mangsa, si pengantin lelaki itu sebenarnya telah memperkosa anaknya tetapi hanya diketahui oleh keluarga mereka selepas majlis perkahwinan itu.
Keluarga pengantin lelaki juga meminta dari mereka untuk membayar kos majlis pernikahan sebanyak RM19,600. Sedangkan jumlah itu adalah terlalu besar bagi keluarga pengantin perempuan dan mereka juga sedang tersepit dengan masalah kewangan.
Apabila keluarga mangsa tidak mahu menuruti permintaan itu, keluarga pengantin lelaki memuat naik video di media sosial dan menyindir mereka secara terbuka.
Keluarga mangsa telah membuat laporan polis atas dakwaan difitnah, anak mereka diaibkan sehingga menyebabkan maruah mereka sekeluarga terjejas.
Bertindak di atas laporan itu, polis telah menahan individu-individu yang terlibat dalam kejadian itu untuk siasatan lanjut.
Netizen di media sosial juga mengecam tindakan pihak keluarga pengantin lelaki. Ada yang menuduh mereka sengaja memeras keluarga mangsa dan tindakan mereka mahu memeriksa dara seseorang perempuan selepas berkahwin adalah tidak masuk akal. - Agensi
from The Reporter https://ift.tt/3ox13av
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3mS560o
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment