loading...

Sunday 6 December 2020

'Saya nak dia mati perlahan-lahan' - Ibu dera & suntik cecair peluntur dalam badan bayinya berusia 18 bulan


Seorang ibu mengaku mendera bayi perempuannya dengan menggunakan pisau cukur dan menyuntik cecair peluntur ke dalam badannya. 


Ezgi Korucu didakwa mendera mangsa berusia 18 bulan di kediamannya di Daerah Avcilar, utara barat Istanbul, Turki. Wanita berusia 28 tahun itu ditahan pada Februari 2019 selepas doktor menyedari mangsa telah didera.


Ketika disoal pendakwa raya, Ezgi menjawab, "saya tidak menyayanginya dan saya mahu dia mati secara perlahan-lahan. Jadi saya mengambil keputusan untuk mendera dia. Saya cederakan dia dengan menggunakan pisau cukur di bahagian kepala, kaki, tangan, dada dan kelopak mata. 


"Saya suntik cecair pencuci dan peluntur ke dalam badannya menggunakan picagari. Semua penderaan ini saya mula lakukan ketika dia berusia satu bulan. 


"Ada siasatan dibuat terhadap saya, tetapi saya menafikan semua dakwaan itu. Saya menyeksa dia ketika keluarga saya sedang tidur atau tidak berada di sekitar," katanya. 


Pendakwa Raya meminta mahkamah menjatuhkan hukuman 20 tahun penjara atas pertuduhan cuba membunuh mangsa dengan melakukan penderaan yang tidak tercapai dek akal. 


Mahkamah diberitahu Ezgi ada menulis surat kepada keluarganya semasa berada di penjara. Salah satu suratnya dituju kepada anak perempuannya yang berkata, "Ibu minta maaf pada awak dan adik beradik. Tolong maafkan ibu, ibu bukanlah ibu yang jahat".


Ezgi juga menulis surat kepada suaminya, Eray Korucu, berkata, "Terima kasih kerana tidak memalukan saya di depan anak-anak saya. Kita dah 13 tahun bersama..."


Peguamnya menjelaskan, Ezgi takut untuk memberitahu hal sebenar dan apa yang berlaku itu berpunca dari penderaan yang dialaminya dalam perkahwinan.


"Anak guaman saya mahu masuk ke penjara untuk menjauhkan diri dari kehidupannya dan itulah sebab mengapa dia sengaja berbohong. Wanita ini pernah membesarkan dua anaknya sebelum ini dan jika tuduhan itu benar, dia juga akan menyakiti anak-anaknya yang lain," katanya. 


Ezgi terus direman dan perbicaraan akan diteruskan. 


Sumber: Mirror 



from The Reporter https://ift.tt/33MNprS
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/39PoGXM
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...