loading...

Sunday 6 December 2020

'Nguyen, tergamak kau tipu aku' - Lelaki batalkan majlis perkahwinan selepas mengetahui bakal isteri rupanya isteri orang + ada 2 anak


Seorang lelaki terpaksa membatalkan majlis perkahwinannya yang dijadualkan berlangsung tiga hari lagi selepas mengetahui bakal isterinya itu merupakan isteri orang dan mempunyai dua anak. 


Lelaki malang itu dikenali sebagai Duc H, berasal dari Bac Yen, Lang Son, Vietnam, manakala bakal isterinya bernama Nguyen Thi Thu H dari Vu Lang dan majlis perkahwinan mereka sepatutnya berlangsung pada awal Mac 2020. 


Namun tiga hari sebelum majlis, Duc secara mendadak membatalkan majlis tersebut dan makluman pembatalan itu dibuat melalui akaun Facebooknya. 


"Untuk makluman saudara-mara dan sahabat, saya telah membatalkan majlis perkahwinan. Mohon maaf dan minta disampaikan kepada yang lain," tulis Duc yang turut menyertakan gambar pre-wedding dengan bakal isterinya itu. 


Meskipun terkejut dengan pengumuman yang mengejutkan itu, ramai kenalannya memberikan komen-komen meminta dia bertabah menghadapi dugaan itu. 


Berkata kepada media Duc menjelaskan dia membuat keputusan itu selepas mendapati bakal isterinya yang dikenali melalui Facebook itu rupa-rupanya sudah berkahwin dan mempunyai anak.


Menurut Duc, selepas dua bulan menjalinkan hubungan dengan wanita itu, dia berpindah ke kawasan tempat tinggal pasangannya agar lebih dekat dan mudah berhubung. Dalam masa yang sama, Duc sudah beberapa kali meminta kad identitinya, tetapi wanita itu enggan memberi kerjasama. 


Apabila Duc meluahkan hasrat untuk bertemu dengan keluarga dan orang tuanya, wanita itu masih memberikan pelbagai alasan dan meminta Duc bersabar dan berjanji akan membawa Duc bertemu dengan mereka selepas majlis perkahwinan. 


Lebih menyedihkan, ibu bapa wanita itu juga bersekongkol menyembunyi hal sebenar yang anak perempuan mereka itu sudah berkahwin dan mempunyai dua anak. 


Setelah tinggal serumah, Nguyen baginya adalah seorang yang rajin dan lemah lembut. Nguyen pernah bertanya soalan yang membuatkan dia tidak senang duduk. 


"Saya masih ingat dia pernah bertanya jika dia memberitahu rahsianya, adakah saya akan masih mencintainya? Saya jawab dengan kasar dan dia terus berhenti. 


"Sehinggalah satu hari saya memuat naik gambar pre-wedding di Facebook dan seorang lelaki tampil menghubungi keluarganya dan memaklumkan dia adalah suami kepada Nguyen. Ketika itulah saya mengetahui yang wanita itu sudah berkahwin," kata Duc dengan penuh nada kecewa. 


Kisah Duc dan bakal isterinya menjadi perbualan hangat di media sosial. Duc baru-baru ini juga memuat naik status di Facebook mengatakan dirinya masih bujang kerana belum ada calon yang mahu berkahwin dengannya kerana mungkin hatinya masih terluka disebabkan perbuatan Nguyen. 


Kini Duc tinggal bersama ibu bapanya dan menjadi Vlogger sepenuh masa. Dia selalu merakam video rutin hariannya di Facebook. Sementara bekas teman wanitanya itu tidak lagi muncul di media sosial selepas diketahui sudah berkahwin dan mempunyai dua anak. 


Sumber: Eva.vn



from The Reporter https://ift.tt/3lRuGkO
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/39MyLof
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...