loading...

Tuesday, 31 December 2019

'Tolong jangan beritahu isteri saya tuan' - Lelaki berstatus suami ditahan berkhalwat dengan janda di malam tahun baru


Seorang janda anak satu ditahan kerana disyaki berkhalwat dengan seorang lelaki di sebuah bilik di Pusat Peranginan Air Panas Ulu Legong, Baling, pagi Rabu. 

Janda berusia 34 tahun itu ditahan dengan lelaki berusia 33 tahun oleh anggota penguatkuasa JAIK pada jam 2.50 pagi dalam operasi cegah maksiat selepas menerima maklumat orang ramai mengenai aktiviti maksiat di kawasan itu. 

Pemeriksaan mendapati, pasangan itu berdua-duaan dalam bilik tersebut dan ketika pintu dibuka, lelaki terbabit hanya bertuala di dalam bilik, manakala janda itu lengkap berpakaian di dalam bilik air. 

Janda itu memberi alasan dia berehat sebentar di bilik itu selepas mandi di kolam air panas di situ. 

Pasangan itu diberi notis mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Kedah 2014. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali. 

Sementara itu dalam kes berasingan, lelaki berstatus suami dicekup berkhalwat dengan wanita di hotel bajet di Jalan Tambang Badak, Alor Setar malam tadi. 

Lelaki berusia 38 tahun itu dicekup anggota penguatkuasa JAIK bersama janda berusia 31 tahun pada 1 pagi. 

Pasangan itu hanya membuka pintu selepas 30 minit kemudian dan lelaki itu berpakaian lengkap, manakala janda itu bersembunyi di bilik air. 

Pasangan itu memberi alasan takut kerana lelaki itu bimbang perbuatannya itu diketahui oleh isterinya menyebabkan dia mengambil masa yang lama untuk membuka pintu. 

Kes ketiga pula melibatkan seorang wanita berstatus isteri orang berusia 29 tahun ditahan bersama lelaki yang didakwa sepupunya di sebuah rumah tumpangan di Jalan Pegawai pada jam 3 pagi Rabu. 

Wanita itu yang membawa bersama bayinya yang berusia enam bulan, disyaki berkhalwat dengan lelaki itu.

Sumber: Harian Metro


from The Reporter https://ift.tt/2ua4b59
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2rKra61
via IFTTT

(Video) 'Kau buat hidup kitorang macam neraka!' - Anak keluarkan mayat bapa dari keranda dan tampar bertubi-tubi


Seorang lelaki tua di Jiangsu, China baru-baru ini meninggal dunia kerana masalah kesihatan. Di hari pengebumiannya, anak-anaknya datang untuk memberi penghormatan terakhir.

Difahamkan, mendiang sebelum ini meninggalkan isteri dan anak-anaknya hampir 40 tahun semata-mata ingin bersama dengan perempuan lain dan dia tinggal di kampung yang sama dengan isteri pertama. 

Selepas menghabiskan hayatnya dengan kekasihnya, lelaki itu meninggal dunia dan ada kos pengebumian yang perlu ditanggung serta harganya bukan murah. Apa yang dilakukan oleh kekasihnya, dia menghantar bil tersebut kepada anak lelaki itu dan menuntutnya untuk menanggung kesemua kos pengebumian tersebut. 

Tindakan wanita itu membuatkan si anak bengang dan mereka datang pada hari pengebumian, terus membuka penutup keranda dan mengheret mayat lelaki itu keluar, dicampak pula ke lantai. 

Tidak cukup dengan itu, mereka menampar mayat bapa mereka bertubi-tubi bagaikan tiada hari esok kerana dendam lampau di mana mendiang meninggalkan mereka begitu sahaja kerana perempuan lain. 

"Kau buat hidup kitorang macam neraka bila kau hidup! Kau ingat kitorang nak tolong kau selepas kau mati??!!"


Selepas itu, anak-anaknya beredar tanpa memasukkan mayat bapa mereka ke dalam keranda. Kes itu kini dalam siasatan polis. 



from The Reporter https://ift.tt/35hOIN3
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/39tdzB5
via IFTTT

'Nampak tua sangat ke sampai awak panggil saya camtu?' - Customer sentap bila peniaga panggil dia 'puan'


Adab berniaga, peniaga atau pelanggan haruslah saling menjaga pertuturan agar urusan berjalan lancar dan menyenangkan hati kedua-dua pihak. Namun, ada juga pelanggan yang gemar membangkitkan perkara yang tidak sepatutnya dan contohnya seperti kes yang berlaku pada peniaga sushi ini. 

"Memang cara aku begini. Maaf kalau aku terkurang hajar. Aku rasa dah cukup sopan aku jawab," demikian tulis Yesaya Rizza di Facebooknya pada 24 Disember tahun lalu mengenai 'peel' seorang pelanggannya. 

Menurut Yesaya, tidak kira berapa pun umur atau pangkat pelanggannya itu, dia pasti akan membahasakan mereka sebagai puan atau tuan.

"Tak kira umur berapa pun yang mesej aku nak order sushi, aku akan berbahasakan puan/tuan, tak kira umur dan pangkat darjat. 

"Biasa aku pergi bank ke, parking kereta ke, mall ke, masuk kedai beli DVD cetak rompak ke, semua kebiasaannya panggil aku tuan walaupun aku tahu dia lagi tua dari aku. Tak pernah pula aku dengar orang bank panggil aku bro ke apa ke. 

"Jadi, mulai hari ini aku panggil customer aku 'boss' ya?" tulisnya. 


Berdasarkan screenshot perbualan WhatsApp Yesaya bersama Customer Peliknya itu, individu terbabit mempersoalkan mengapa Yesaya membahasakannya sebagai puan.

"...Kenapa awak panggil saya puan ye? Nampak saya macam orang dah kahwin ke?" soalnya. 

Yesaya kemudian memberi penjelasannya, malah memohon maaf sekiranya panggilan itu mendatangkan ketidakselesaan kepada pelanggannya. Tetapi, individu itu masih enggan berhenti dan berterusan mempertikaikan perkara tersebut. 

"Cik, saya bukan puan. Saya ni nampak tua sangat ke? 

"Chef tak boleh panggil orang sesuka hati macam ni. Sepatutnya chef tanya dulu. Lain kali pastikan dulu status customer," tegasnya. 

Sekali lagi Yesaya memohon maaf tetapi dibalas dengan mesej berikut. 

"Whatever, banyak lagi orang buat delivery sushi. Mind your word chef," katanya dengan menyertakan emoji thumbs down dan menganggap Yesaya menghinanya. 








Enggan terus melayan, Yesaya meminta individu itu mengheret perkara itu ke mahkamah sekiranya masih tidak berpuas hati dengannya.

REAKSI NETIZEN 


Sumber: Yesaya Rizza


from The Reporter https://ift.tt/35hKB3z
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/39t85Gv
via IFTTT

'Saya tengah menggigil ketakutan & trauma, dia (operator) suruh saya belek Yellow Pages?' - Mangsa rompakan pertikai fungsi talian 999


Viral di media sosial semalam seorang wanita mendakwa talian kecemasan 999 tidak banyak membantunya ketika dia menghadapi kesusahan. 

Difahamkan, kediaman wanita itu telah dipecah masuk dan beberapa barangan berharga milik keluarganya hilang. Ekoran itu, dia menghubungi talian 999 pada jam 11.05 malam untuk meminta anggota polis datang ke rumahnya. 

"Rumah kami dirompak. Talian 999 langsung tidak berguna. Saya menghubungi talian 999 pada jam 11.05 malam semalam dan operator yang bertugas meminta saya pergi ke balai polis terdekat untuk meminta bantuan. Adakah ini yang dimaksudkan Malaysia Baru?

CALLING 999

Saya: "Cik, rumah kami telah dirompak."

999: "Perompak masih ada di sana?"

Saya: "Tak, mereka dah pergi."

999: "Kalau begitu, Puan boleh pergi ke balai polis terdekat untuk membuat laporan polis." 

Saya: "Macam mana nak pergi? Saya tak ada apa-apa, termasuk kunci kereta pun tak ada. Bukan ke polis patut datang ke sini?"

999: "Maaf cik, ini talian kecemasan. Saya tidak dapat sambungkan panggilan ini." 

Saya: "Jadi, apa yang patut saya buat sekarang?"

999: "Hubungi balai polis terdekat."

Saya: "Saya tak ada nombornya. Semua telefon bimbit kami telah diambil. Boleh berikan nombor (balai polis terdekat)?"

999: "Yellow pages atau Google cik."

Saya: "Terima kasih."


"Saya ketika itu masih menggigil ketakutan dan trauma. Saya sedaya upaya cuba menghubungi kawan saya atau saudara mara, tapi (dia) suruh saya belek Yellow Pages?" katanya yang mempersoalkan respon dari operator talian 999 itu. 

Berdasarkan gambar, rumah mangsa berselerakan dari ruang tamu hinggalah ke bilik. 






Bagaimanapun, ada beberapa gambar lain menunjukkan kehadiran beberapa anggota polis tiba di kediamannya untuk melakukan siasatan termasuk anggota forensik yang mengambil cap jari yang disyaki mungkin milik suspek. 

Di ruangan komen, netizen pula mempertikaikan post tersebut yang dianggap tidak memahami fungsi talian 999. 


Semakan mendapati, post itu telah dipadamkan.

Pengajaran untuk semua, simpan nombor telefon pihak berkuasa dan pihak-pihak yang berkepentingan. Selain itu, ambil tahu di mana kedudukan atau lokasi balai polis terdekat untuk memudahkan anda di kemudian hari. 

Sumber: Facebook


from The Reporter https://ift.tt/2u3WLAd
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2SKEH8v
via IFTTT

'Nak keluar ka?' - Disapa lembaga yang menyerupai kakak di rumah banglo 2 tingkat


Sekadar perkongsian untuk bacaan suka-suka. Bagi mereka yang lemah semangat dan mudah terbayangkan perkara yang tidak sepatutnya, anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan bacaan. Risiko tanggung sendiri. Gambar-gambar yang digunakan juga hanyalah sekadar hiasan sahaja. Selamat membaca.

FAMILY aku decide nak bercuti di Terengganu. Then cubalah cari di Google, rumah sewa dengan harga yang berpatutan dan bilangan bilik. Pastu, kami pun jumpalah satu blog sewaan rumah di Terengganu. Abah pun ambil nombor pemilik, pastu mesej melalui WhatsApp. 

Rumah itu disewa dengan harga RM150 semalam. Jadi, kami bayar untuk dua malam. Kami bercuti di situ untuk tiga hari dua malam. Pastu, abah bawalah pergi ke rumah yang pemilik hantar location di WhatsApp. 

Jalan ke rumah sewa itu agak kecil dan nak sampai ke rumah itu pun dalam kuga. Sampai di rumah itu, memang rasa seronoklah juga dengan rumah besar. Aku rasa rumah itu macam banglo, rumah dua tingkat. 

Dah sampai tu aku, abang, kakak dengan abah masuklah ke rumah itu nak tengok macam mana keadaan di dalamnya. 

"Mak kau tak masuk ka?"

So yah, sampai je rumah sewak, mak aku tak masuk. Mak duduk di luar lamalah juga. Dia cakap dia tak sedap hati, macam ada yang tak kena. 

"Tak ada apalah, okey ja. Sejuk pun sejuk sini," kata abang. 

Then aku tengok mak aku pusing satu rumah sambil baca ayat kursi. Time tu aku blur gila. Dah kenapa pusing-pusing satu rumah? Pastu mak masuk rumah. Rumah tu tangga dia bukan tangga yang jenis lurus, tetapi tangga kena pusing, macam dalam tv yang artis berlakon tu. 

Time tu kakak nak mandi. Kakak nak turunlah pergi mandi. Masa dia nak turun tangga, dia rasa macam ada orang main-main sentuh pergelangan kaki dia. Tetapi dia buat tak tau je, dia ingat dia tersangkut dengan apa-apa ke. 

Habis saja dia mandi, then pergi salin pakaian. Dia turun nak join aku tengok TV. Selalunya kan kalau rumah sewa, depa akan letak buku atau majalan apa-apa untuk jadi bahan bacaan. Aku nak ambil buku tu di meja depan kakak. Masa tu aku tengok buku lali kakak macam biru lebam-lebam. Aku pun tegur kot kakak terjatuh di mana-mana ke. 

Dia pun terkejut tengok keadaan kaki dia. Yela, bila masa dia jatuh kan. Elok mandi apa semua. Then kakak tunjuklah kat abang. 

"Alaaa, kak hang manja sangat tu. Adalah tu jatuh mana-mana, bukan nak habaq kat hang kot. Takda apa aih, siapa berani buat adik-adik aku. Aku tonjoi guna siku." 

Abang aku memang suka cakap besar, suka buat dia paling hero. 

Masa tu nak masuk waktu Maghrib. Mak dengan abah puasa sunat Isnin. So tengah bersiaplah hangatkan balik gulai yang dibeli masa dalam perjalanan pergi ke rumah sewa ini untuk berbuka. Dapur masak tu, berdepan dengan tingkap dan sebelah tu pintu belakang. Pintu itu macam pintu besi. 

Masa mak tengah hangatkan gulai, ada 'benda' main cakar-cakar di pintu besi tu. Mak buat tak tahu lagi masa tu. Pastu mak nak masak air, tiba-tiba terdengar orang ketuk tingkat. Mak masih buat tak tahu juga. 

Then masa mak tengah buat air, mak nampak ada sesuatu sedang mengintai dari tingkap tu. Yela, tingkap tu tingkat kaca yang sliding tu. So kita boleh nampak benda kat luar macam tu. Lepas mak rasa tak sedap hati, mak baca ayat kursi dengan 3 qul. 

Mak panggil abang. "Ahmad, tengok kejap belakang ni ada apa-apa tak? Risau ada binatang apa-apa ka, bahaya kalau masuk nanti." 

Abang dengan muka cuak dia jawab, "Eh alaa, suruh abahlah mak. Abang nak buat kerja jap.". Dan-dan ada je sebab dia. Tadi bukan main cakap besar. 

Pastu, yang pergi buka pintu tu abah lah. Abah tengok tak ada apa pun. Pastu abah tutup pintu balik. Then mak macam tak sedap hati. Aku dengar mak ada minta izin macam ni,

"Assalamualaikum, kami nak tumpang tidur di sini sekejap. Kalau betul kau wujud dalam rumah ini, kau bagi je tanda-tanda."

Tiba-tiba mak terdengar bunyi seperti bayi menangis dalam samar-samar. Mak buat tak endah lagi. Then satu masa tu, dah habis berbuka, mak nak masuk bilik nak solat maghrib. 

Dalam rumah itu ada tiga bilik. Kesemua bilik itu kecil-kecil je. Bilik mak besarlah sikit dari kami. Dalam bilik tu just ada katil dan almari jenis kayu yang berat. Masa mak nak hampar sejadah, mula tu ada pasu hiasan yang ada bunga kecil terjatuh di atas sejadah itu. Mak angkat balik, ingat kipas tolak ke apa. Sebab bilik itu memang ada kipas stand yang kuat jugalah anginnya. 

Masa mak tengah solat, duduk antara dua sujud, tiba-tiba almari kayu yang berat gila itu, pintunya terbuka, tertutup, terbuka, tertutup. Pastu mak nak sujud, kau bayangkan almari kayu yang berat itu boleh jatuh ke depan seakan ada orang tolak. Nasib baik masa tu mak aku solat jauh sikit dari almari. Lillahi, benda ini betul-betul berlaku. Almari yang berat itu boleh jatuh. 'Dia' betul-betul bagi tanda. 

Habis mak solat, mak panggil abang dengan abah tolong angkat almari itu. 

"Mak, jom cari rumah lain," kata abang. 

"Eh, ni baru sikit. Abang bukan berani ke?" kata mak. 

Pastu abang cepat-cepat angkat almari itu dengan abah. Pastu terus dia masuk e bilik, kemas barang duduk depan. Mak pun beritahu suruh kemas-kemas cari rumah lain. Aku pun pergilah kemas barang di bilik. Lipat baju dan masukkan ke dalam beg. 

Then kakak ketuk pintu, "Nak keluar ka?". Aku pun jawab, "Ha'ah kak, mak suruh kemas nak cari rumah lain.". Pastu kakak keluar balik. 

Habis aku kemas, nak keluar pergi duduk depan, kakak datang lagi.

"Weh adik, mak suruh kemas nak cari rumah baru," katanya. 

"Yelah, tadi kan kak masuk pastu adik beritahu juga kan?" aku jawab. 

"Masa bila aku tanya kau? Aku baru je nak masuk kemas bilik ni ha," katanya. 

"Eh? Tadi kau kan yang tanya nak keluar dah ke?" pastu aku tercengang seketika, aku fikir balik dan kemudian menggigil. Aku siap-siap, kakak pun cepat-cepat, kami semua tunggu di ruang tamu. 

Pastu kami semua dah siap, kami masuk dalam kereta tu. Abah call owner, kata ada kecemasan dan perlu balik. Duit tu halal la kat dia. Masa nak gerak tu, aku tengok lampu di bilik aku. Tadi kami lari kan tak tutup lampu kan, tapi bila kereta dah gerak, lampu bilik terus tutup. 

Tak tahu siapa yang tutup lampu bilik. Sampai sekarang terngiang-ngiang soalan tu weh, "Dah nak keluar ke?". Ya Allah, aku boleh jadi gila weh! 

So yah, selepas itu kami dapat rumah sewa baru. Rumah yang kami bermalam, yang baru ini okey je. Selamat dari segala benda (gangguan). Tamat. Thanks sebab sudi baca guys. 

Sumber: Miemie


from The Reporter https://ift.tt/35d7iGi
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2srBf8o
via IFTTT

Risau muka sebenar terdedah, wanita ini sanggup makeup tebal walaupun terlantar sakit di hospital


Make up merupakan antara perkara terpenting dalam kehidupan kebanyakan wanita. Ada yang berasa kekurangan apabila tidak memakai make up kerana merasakan hanya make up yang dapat menutup kekurangan di wajah mereka. 

Baru-baru ini gambar seorang wanita di Vietnam viral di Facebook kerana kesanggupan dirinya memakai make up walaupun sedang sakit dan terlantar di hospital. 

Dia langsung tidak kelihatan seperti pesakit yang sedang sakit dengan make upnya yang tebal, malah memakai anting-anting dan kukunya dicat. 

Wanita itu memaklumkan, teman lelakinya sebelum itu ada menghubunginya dan mahu datang melawat. Maka dengan tubuh yang sakit, dia berusaha memakai make up.

"Teman lelaki nak datang melawat saya," katanya. 


Namun bagi netizen, tindakan wanita itu agak berlebihan dan berpendapat dia sepatutnya banyakan berehat dari memakai make up untuk kelihatan sempurna. Tidak kurang juga yang memuji usahanya. 

Sumber: Sosok, Bastille Post


from The Reporter https://ift.tt/2FanPQM
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/39v46Jh
via IFTTT

'Kalau aku tak dapat, perempuan lain pun tak boleh dapat!' - Gadis kerat pishang kekasih


MADHYA PRADESH, INDIA - Gara-gara darjatnya dianggap lebih rendah oleh keluarga teman lelakinya, gadis ini nekad mencederakan lelaki itu yang masih mencintai dia.

Rasa sakit hati semakin menjadi-jadi apabila keluarga itu menyuruh dia meninggalkan anak mereka kerana lelaki itu bakal dijodohkan dengan perempuan lain. 

Tidak sanggup melihat teman lelakinya yang dikasihi bertahun-tahun itu bahagia dengan gadis pilihan keluarga, dia mengambil keputusan untuk memberi kejutan yang luar biasa. 

Suspek berusia 21 tahun itu mengajak mangsa, 23, bermain satu permainan dan matanya ditutup. Di kesempatan itu, suspek memotong alat sulit mangsa dengan menggunakan sabit bagi memastikan mangsa tidak 'tidur' dengan wanita lain. 

Pada awalnya, mangsa cuba menyembunyikan kejadian itu dari keluarganya. Tetapi dek kesakitan yang tidak terkata dan bilik tidurnya juga mempunyai kesan darah, membawa kepada pembongkaran perbuatan suspek itu. 

Mangsa dibawa ke hospital dan masih berusaha menyembunyikan kejadian sebenar di mana dia memaklumkan kepada doktor bahawa dia yang memotong alat sulitnya sendiri.

Ibu bapa mangsa membuat laporan polis dan mangsa akhirnya mengakui bahawa alat sulitnya dipotong oleh teman wanitanya. 

Suspek ditahan polis dan berdepan dengan tindakan undang-undang. 

Sumber: Deccan Chronicle


from The Reporter https://ift.tt/35d1T1K
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2SG2xT5
via IFTTT

Ladyboy tercantik di Thailand berjaya tewaskan wanita tulen dalam pertandingan ratu cantik


Bukan menjadi rahsia lagi, umum tahu negara Thailand mempunyai banyak 'kathoey' atau 'ladyboy' (wanita transgender), malah golongan itu diiktirafkan sebagai gender ketiga. 

Mereka adalah orang yang dilahirkan sebagai lelaki tetapi menukar alat kelaminnya melalui pembedahan. Walaupun begitu, kecantikan mereka berupaya mengugat iman lelaki yang datang ke negara itu. 

Salah seorang ladyboy yang terkenal kerana kecantikannya itu adalah Rinrada Thurapan atau lebih dikenali sebagai Yoshirin, berusia 22 tahun.


Disebabkan kecantikannya itu, dia berjaya memenangi dua pertandingan kecantikan. Tahun 2017, Yoshirin menang dalam acara Miss Tiffany Universe. Setahun kemudian, dia mengikuti pertandingan Miss International Queen dan berjaya tersenarai dalam Runner Up Miss International Queen 2018. 

Selain kariernya itu, Yoshirin juga menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki yang sanggup menerima dia sebagai teman sehidup. 

Kita cinta mereka bermula ketika Bao pergi ke Thailand untuk urusan perniagaan dan bertemu dengan Yoshirin lalu terjatuh cinta pada pandangan pertama. 

Walaupun kelihatan aneh di mata masyarakat, Bao tidak menghiraukan semua itu dan dia tetap berkahwin dengan Yoshirin dan kini hidupnya bahagia. 


"Tubuh Yoshirin sama seperti tubuh wanita normal dan itu tidak akan mempengaruhi kehidupan suami isteri di antara kami," kata Bao. 

Hasil dari kemenangannya menyertai pelbagai pertandingan kecantikan, Yoshirin telah membeli sebuah villa mewah untuk kedua orang tuanya yang dahulunya mereka merupakan keluarga susah.

Yoshirin mengaku dia tertarik menjadi wanita sejak berusia 14 tahun tetapi ditentang oleh kedua orang tuanya. Di usia 18 tahun, Yoshirin melakukan pembedahan menukar alat kelaminnya dan mula menukar dirinya menjadi seperti wanita tulen biarpun ditentang hebat oleh bapanya. 

Lama kelamaan, bapanya terpaksa reda dan menerima kesongsangan anaknya itu. 



Dari sudut agama Islam, lelaki atau perempuan yang berubah menjadi pondan/tomboi adalah haram. Ia termasuk di dalam larangan dalam hadis yang masyhur bahawa Nabi melaknat golongan lelaki yang menyerupai golongan wanita dan golongan wanita yang menyerupai golongan lelaki.

Hukum melakukan pembedahan jantina adalah berdosa besar kerana ia mengubah ciptaan Allah Taala dan mengikut petunjuk syaitan. Doktor yang melakukan pembedahan tersebut juga terlibat dalam dosa besar. 

Firman Allah: 

"Janganlah menolong di atas dosa dan kezaliman." (Surah al-Maidah: 2). 

Mereka juga boleh dihukum takzir oleh kerajaan jika diadukan kes ini kepada pihak bertanggungjawab. 

Sumber: Kankan News


from The Reporter https://ift.tt/39uFocg
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2SCaVTA
via IFTTT

Mayat lelaki ditemui dalam longkang, sukar diangkat kerana terlalu berat, rupa-rupanya...


Sudah menjadi lumrah orang awam akan heboh apabila terjumpa mayat manusia. Tetapi bagaimana jika mayat yang ditemui itu adalah gurauan semata-mata? Sudah tentu orang hanya mampu ketawa saja kerana terasa terperdaya, seperti kes yang viral di Filipina baru-baru ini. 

Seorang lelaki ditemui dalam keadaan tidak bergerak di dalam longkang dan gambar penemuan 'mayat' itu dimuat naik ke Facebook oleh Ronald Bato Dela Rosa Solid Supporters. 

Orang awam percaya lelaki itu telah dibunuh di tempat lain dan mayatnya dicampak ke longkang itu yang penuh dengan sampah, lalu memaklumkan penemuan itu kepada pihak berkuasa. 

Tidak beberapa lama kemudian, pasukan penyelamat tiba di lokasi dan cuba mengangkat mayat itu tetapi mengalami sedikit kesukaran kerana mayat itu berat.



Percubaan kali kedua, dua anggota penyelamat berkenaan terkejut apabila mayat itu secara tiba-tiba mencelik matanya. 

Setelah diperiksa, rupa-rupanya lelaki itu masih hidup dan dipercayai berada dalam keadaan mabuk sehingga terjatuh ke dalam longkang lalu tertidur. 

Sumber: Sosok


from The Reporter https://ift.tt/2MJyi9Z
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/39ssUSj
via IFTTT
loading...