loading...

Sunday, 3 November 2019

'Kalau tahu perangai ko camni, tak hingin pinjam duit ko! Mengungkit!' - Si peminjam bengang member tuntut hutang selepas 2 tahun


Pandai berhutang, pandailah bayar. Itu adab meminjam wang daripada orang. Namun, kebanyakan si peminjam lebih gemar memperkasamkan hutang itu sehingga si pemberi pinjaman pula yang terpaksa menagih hutang seperti pengemis. 

Sudahlah buat-buat lupa, bila ditagih, diherdik pula orang yang meminta. Berbeza dengan awal ketika si peminjam memberikan kata-kata manis kononnya akan bayar balik tepat pada masanya. Tiba di hari kejadian, lesap sampai berminggu, berbulan, bertahun dan sampai meninggal dunia pun tak bayar lagi. Akibatnya? 


Suatu ketika dulu, lelaki ini meminjam wang dari pengadu sebanyak RM1,000. Pengadu memberi 'syarat', bayarlah hutang itu setelah dia mempunyai kemampuan untuk berbuat demikian. 

Tetapi, hari bertukar hari, bulan bertukar bulan sehinggalah dua tahun berlalu hutang itu masih tidak dibayar. Si pengadu menyangka rakannya itu mempunyai masalah kewangan, namun bila dilihat pada status Facebook bukan main rancak muat naik gambar percutian bersama keluarga di Kashmir. 

Maka si pengadu menghubungi rakannya itu dan cuba meminta hutang RM1,000 itu dilangsaikan. 

"Aku memang betul-betul nak pakai duit..." 



"Hutang takde kena mengena aku pergi holiday kat mana sekalipun!"


"Dalam tempoh 2 tahun takkan tak ada duit?!"


"Kau kena faham, ingat anak aku tak payah sekolah?!" 


"Sebelum Mac depan aku setel semua duit 10 juta kau tu!" 


Begitulah perangai orang yang suka meminjam, tetapi sukar sekali mereka membayar hutang. Sekiranya anda mempunyai kenalan seperti ini, elakkan. Jangan libatkan diri anda dengan masalah seperti ini. 

Biarlah mereka kata anda kedekut, apa yang penting anda tidak perlu berdepan dengan masalah rakan tak guna seperti ini di kemudian hari. 

Sumber: Borneo 8888


from The Reporter https://ift.tt/36vxT3f
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/34qlLhX
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...