Kerajaan Negeri Pahang di bawah kepimpinan parti Barisan Nasional dilaporkan akan mengenakan kutipan cukai kerajaan tempatan bagi perkhidmatan penginapan seperti bilik atau katil pada tahun hadapan.
Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan Negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin berkata, kadar cukai itu hanya akan dikenakan kepada pelancong yang mengunjungi negeri Pahang sahaja.
Pengenalan cukai bilik atau katil itu dilaksanakan bagi mengikuti langkah yang dibuat oleh kerajaan Melaka dan Pulau Pinang. Bagaimanapun kadar yang akan dikenakan masih dalam perbincangan.
Mohd Sharkar turut menjelaskan bahawa jumlah tersebut tidak terlalu tinggi dan berkemungkinan sekitar hanya RM2, RM3 atau RM5.
Beliau berkata, sebanyak 8.3 juta pelancong melawat Bentong pada tahun lepas dan Pahang menjadi destinasi pelacongan yang popular. Tambahnya lagi, Bentong mempunyai bilangan tertinggi kerana ramai pelancong yang suka berkunjung ke Genting Highland, Bukit Tinggi dan Janda Baik. Data diperoleh itu melibatkan pelancongan yang bermalam sama ada di hotel atau inap desa.
Bagaimanapun, beliau percaya jumlah itu mungkin bertambah sekiranya mengambil kira pengunjung yang tidak menginap.
Mohd Sharkar juga menjelaskan bahawa Pahang adalah destinasi pelancongan yang dipilih disebabkan kedudukan atau laluan masuk yang mudah.
Sumber: World of Buzz, Sinar Harian
from The Reporter https://ift.tt/35ghA91
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2rYJ2K1
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment