Susulan viral video sekumpulan pelajar lelaki 'membelasah' kerusi di sebuah sekolah agama di Kota Bharu, polis telah mengenal pasti empat suspek terbabit.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd Suhaimi Ali berkata, pihak sekolah membuat laporan polis pada petang semalam selepas mendapati video itu viral di media sosial.
Empat suspek terbabit akan dipanggil polis untuk memberi keterangan.
Siasatan awal mendapati, kejadian itu berlaku pada jam 12 tengah hari di dalam sebuah kelas di sekolah tersebut.
Sebanyak lapan kerusi plastik dirosakkan dan pihak sekolah dianggar mengalami kerugian sebanyak RM70.
Kes disiasat mengikut Sekyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat terhadap harta awam.
Sumber: Harian Metro
LAPORAN BERKAITAN
from The Reporter https://ift.tt/2QEARgm
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2KNYCib
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment