loading...

Monday 18 November 2019

Cemburu, lelaki gay tumbuk & tampar muka kekasihnya


Seorang lelaki yang bertugas sebagai pegawai kerajaan ditumbuk oleh kekasihnya yang juga lelaki dan merupakan penjawat awam (kerani am) hanya kerana cemburu dengan mangsa keluar dengan lelaki lain.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 11.30 malam di kawasan parkir Jalan Tun Sradon, Balik Pulau, Sabtu lalu, dua lelaki itu yang berusia 29 tahun pada awalnya berbincang mengenai hubungan mereka selepas suspek mengetahui mangsa keluar dengan lelaki lain pada petang hari yang sama. 

Namun, suspek yang gagal mengawal diri terus menumbuk dan menampar muka mangsa. 

Mangsa kemudian membuat laporan polis pada keesokan harinya kerana bimbang dengan keselamatan diri. 

Timbalan Ketua Polis Barat Daya, Deputi Superintendan Jafri Md Zain berkata, siasatan mendapati kedua-dua lelaki itu bekerja di bangunan sama tetapi berlainan unit, telah menjalinkan hubungan sejak dua tahun lalu. 

Mangsa mendakwa dia kerap dipukul oleh suspek bila tidak dapat memberi wang kepada suspek yang meminta wang itu sebagai balasan suspek membantu mangsa menguruskan kehidupan seharian seperti menyediakan rumah, bersiar-siar dan urusan peribadi lain. 

Hubungan dua lelaki itu juga telah diketahui oleh pihak jabatan dan kini dalam proses ditukar ke jabatan lain.

Polis telah mengambil keterangan dari suspek dan mangsa, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. 

Sumber: Harian Metro


from The Reporter https://ift.tt/33376rT
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2qu5wlR
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...