Seorang wanita di Chicago, Amerika Syarikat memuat naik gambar dari video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada 19 Oktober 2019, yang menunjukkan anak lelakinya sedang tidur di katil 'ditemani' sosok misteri.
Pada malam kejadian, Maritza baru sahaja menidurkan anaknya, manakala suaminya bertugas di syif malam.
Malam itu kelihatan normal seperti biasa sehingga Maritza tergerak hati untuk memeriksa CCTV di bilik anaknya dan menyedari ada wajah bayi lain yang berada di sebelah anaknya.
"Pada awalnya saya sangka ia hanyalah ilusi optik. Saya cuba mengabaikannya tetapi terasa semakin menyeramkan," katanya.
Sambil tertanya-tanya mengenai wajah misteri itu, Maritza menghantar gambar 'penampakan' itu kepada ibu, kakak dan suaminya. Tetapi tiada jawapan yang memuaskan.
Si suami menganggap, gambar itu hanyalah air liur anak mereka.
Walaupun diselubungi rasa khuatir dan takut, Maritza memberanikan dirinya pergi ke bilik anaknya. Dengan perlahan-lahan dia masuk ke bilik dan tidak mahu pergerakannya membuatkan anaknya terbangun. Tetapi tiada sebarang perkara aneh yang berlaku di bilik itu.
Maritza kemudian memuat naik gambar itu ke group Facebook ibu-ibu dan bertanya adakah mereka dapat melihat wajah bayi lain yang menemani anaknya itu.
Tidak mahu menunggu respon dari pengikut group berkenaan, Maritza kemudian melelapkan mata sehingga keesokkan paginya, posting itu viral meluaskan di platform tersebut.
Ada yang mendakwa mereka dapat melihat wajah bayi lain yang sedang tersenyum di samping anak pengadu yang sedang tidur.
Sekali lagi Maritza pergi ke bilik anaknya dan kali ini dia berjaya mendapat jawapan kepada persoalannya itu.
"Saya tarik cadar dan ternampak ada wajah bayi besar yang sedang tengok saya," katanya.
Rupa-rupanya, wajah bayi misteri itu hanyalah sekeping kertas iklan yang dikepilkan bersama tilam tersebut.
Difahamkan, sejak katil itu dibeli, kertas tersebut tidak pernah ditanggalkan.
Ramai netizen yang rasa terhibur dengan insiden itu dan sehingga kini, posting Maritza itu dikongsi lebih 318,000 kali di media sosial.
Sumber: Tribun
from The Reporter https://ift.tt/2QvB7y5
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/35ceZgj
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment