Anak yang tidak berdosa ini menjadi mangsa kebencian ibu kandungnya sendiri hanya kerana kesilapan yang dilakukannya sendiri buat suatu ketika dulu.
Sudah cuba untuk menerima, tetapi hatinya tetap tertutup dan saban hari kebencian itu semakin bertambah. Sudah pasti perasaan si anak terganggu, kasih yang diberi ibu tidak sama seperti yang diterima oleh adiknya yang berlainan bapa.
SALAM admin, hai semua warga Kisah Rumah Tangga. Saya nak meluahkan apa yang saya lalui.
Saya pernah mengandungkan anak luar nikah. Mula-mula saya mengandung, ayah dapat tahu dan dia pukul saya hampir separuh mati.
Sekarang anak itu dah berusia lima tahun dan saya pun sudah berkahwin dengan orang lain, bukan dengan lelaki yang menghamilkan saya dulu.
Sekarang pun saya dah ada anak dengan suami ini, yang berusia dua tahun dan kini sedang mengandungkan anak yang kedua.
Masalahnya, saya masih tidak dapat menerima anak (luar nikah) itu dengan ikhlas. Saya sentiasa melayani anak itu dengan penuh kebencian. Saya masih tidak boleh nak sayangkan dia seperti mana saya sayangkan anak saya dengan suami.
Bapa kepada anak itu pernah datang dan nak bertanggungjawab kepadanya. Tetapi suami saya marah sebab suami yang jaga saya semasa saya mengandungkan anak itu. Bapa anak itu hanya mahu bertanggungjawab, beri duit, beli barang keperluan anak itu. Tetapi suami saya tetap tidak mengizinkan.
Jujur saya katakan, suami lebih sayangkan anak itu berbanding saya. Saya bencikan anak itu, saya tidak peduli pun dengan anak itu.
Saya selalu berdoa agar pintu hati saya terbuka untuk menerima anak itu. Namun, setiap hari saya memandang muka anak itu, semakin bertambah pula kebencian saya kepada dia.
Saya mohon kepada KRT semua bagi saya jalan untuk menghadapi semua ini. Jangan kecam saya.
Ramai yang sebak membaca luahan ini, sebak kerana mengenangkan nasib si anak yang menjadi mangsa keadaan. Sudahlah berstatus anak luar nikah, dipinggirkan pula dari kasih sayang ibunya. Apabila ada ayah yang mahu datang bertanggungjawab memberi nafkah dan kasih sayang, ditolak pula.
Apa lagi yang ada untuk dia? Si ibu sepatutnya berhenti dari terus menolak dirinya dari menerima anak yang tidak berdosa itu. Jangan suatu hari kelak, anak yang dibenci itulah yang akan menjaganya di kala dia terlantar sakit di atas katil.
Semoga menjadi pengajaran buat semua.
Sumber: Kisah Rumah Tangga
from The Reporter https://ift.tt/2OWOnt9
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2OwGziH
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment