loading...

Wednesday, 27 November 2019

'Termenung panjang si ayah kena ganti LCD iPhone 6 anak' - kata pemilik kedai handphone tetapi anak pakcik itu tampil menafikannya


Viral di media sosial semalam gambar seorang lelaki berusia yang terpaksa menghantar telefon pintar milik anaknya untuk dibaiki. 

Menurut individu yang menyebarkan gambar itu berkata, lelaki tua itu telah dimarahi oleh anaknya hanya kerana terjatuhkan iPhone 6 dan meminta bapanya menggantikan LCD peranti itu. 

"Cerita malam tadi. Pakcik ni terjatuhkan iPhone 6 anak dia. Habis mengamuk dan marah-marah anak kat si ayah, minta ganti LCD iPhone. Anak perempuan pula tu. 

"Termenung panjang si ayah kena ganti LCD handphone anak. Si ayah bawa duit tak cukup. Tak sanggup aku nak ambil duit. Aku charge harga LCD jela. Nak menangis pun ada, teringat ayah sendiri. 

"Wahai si anak, bila ayah kau tak ada di dalam dunia ini barulah kau akan rasa menyesal gamaknya," tulis individu terbabit di Facebooknya. 


Ramai netizen yang bersimpati dan tidak kurang juga yang menyelar tindakan si anak yang dianggap biadab dan kurang ajar. 

Bagaimanapun, tampil seorang wanita yang mendakwa dirinya anak saudara kepada lelaki itu, menafikan semua dakwaan yang tidak berasas itu. 

"Weh! Seriously! Ini pakcik aku okey. Baik orangnya. Anak-anak dia pun baik. Bini dia (makcik aku) tak boleh nak jalan sangat sebab sakit. Anak-anak dia yang jaga siang malam. Makan pakai, anak dia yang sediakan. 

"Dari mana datangnya anak dia kurang ajar? Ada bukti ke tak ni? Main aci cakap jer. Kau dah pergunakan muka orang tak bersalah kot. 

"Zaman fitnah merata-rata. Baik betulkan statement sebelum anak dia ambil tindakan lanjut. Dan buat pengetahuan semua, anak dia tak pakai iPhone 6 pun," kata Nor Sakinah. 


Susulan penyebaran gambar itu bersama dengan cerita yang tidak sahih tersebut, anak kepada lelaki itu tampil membuat laporan polis di Balai Polis Petaling Jaya pada jam 10.13 malam tadi.

Berdasarkan laporan itu, pengadu memaklumkan dia mengetahui gambar bapanya viral di media sosial setelah dimaklumkan oleh saudaranya. 

"Perkara tersebut telah viral di laman sosial Facebook. Cerita tersebut mengatakan ayah saya telah pergi ke sebuah kedai baiki telefon di PJS 5/28 Petaling Jaya untuk tukar screen LCD dan mengatakan ayah saya telah menjatuhkan sebuah telefon milik anak dan telah dimarahi oleh anak perempuannya. 

"Untuk makluman, ayah saya memang pergi ke kedai tersebut untuk baiki telefon tetapi cerita yang diviralkan itu tidak benar kerana saya tiada apa-apa pun kaitan dengan telefon tersebut. 

"Cerita ini telah viral di Facebook oleh pemilik kedai tersebut. Saya tidak berpuas hati dengan tindakannya yang telah viralkan perkara yang tidak benar ini, yang juga telah menjatuhkan nama baik saya serta keluarga saya," katanya berharap pihak polis dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap lelaki terbabit. 


Dari Facebook Kehcikk Manja, anak kepada lelaki itu pula mendedahkan cerita sebenarnya yang berlaku. 

"Cerita sebenarnya, abah cuma cerita macam mana phone terjatuh dan dia tak nak phone itu rosak lagi teruk dan dia tak nak anaknya bermasam muka dengan adik-beradik hanya disebabkan telefon. 

"Bukannya sebab kami kurang ajar dengan abah. Abah juga tak pernah ajar untuk anak-anak dia kurang ajar. Abah juga kesal dengan hambah Allah yang dah viralkan cerita itu. 


"Kami juga dah jumpa si pelaku dan berharap hentikanlah cerita-cerita ini. Saya akan minta Muhammad Fazli membuat permohonan maaf secara terbuka," katanya.

Difahamkan, Muhammad Fazli telah memohon maaf kepada keluarga berkenaan dan menjelaskan dia hanya menceritakan semula apa yang diceritakan oleh ayah pengadu. Tonton video permohonan maaf di SINI.

Sumber: Nor Sakinah


from The Reporter https://ift.tt/2L2jLW1
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2QURlAW
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...