Perkahwinan merupakan satu ikatan penyatuan dua jiwa yang melafazkan taat setia sehingga hujung nyawa. Bahagia atau derita, terletak pada pasangan itu sendiri. Dan memilih pasangan bukan semudah yang disangka. Banyak faktor yang mempengaruhi seseorang itu memilih pasangannya itu sebagai teman hidup.
Seringkali kita terjumpa pasangan yang kelihatan seiras. Mungkin kita rasa itu situasi biasa. Tetapi di dalam konteks Sains ada huraiannya. Apa yang mengejutkan, melalui kajian Robert Zanjonic, lebih tinggi tahap kegembiraan dan kebahagiaan pasangan itu, lebih iras wajah mereka kelihatan.
FAKTA menarik mengapa pasangan kelihatan seiras? Sudah tentu kita kerap kali terjumpa pasangan yang sudah berkahwin kelihatan seiras dan hampir serupa. Kalau tak kenal mungkin ada yang kata mereka kembar atau bersaudara sedangkan mereka sebenarnya tidak. Sains ada jawapannya.
- Kajian yg dikeluarkan pada 2011 mendapati bahawa kita cenderung untuk memilih pasangan yang ada iras muka kita atau iras dengan ibu ayah kita sendiri.
- Teori ‘assortative mating’ pula menyimpulkan kita cenderung memilih orang yang mempunyai ciri fizikal dan strata sosial yang setara
- Pasangan juga cenderung untuk mempunyai tabiat, bahasa badan dan gaya yang sama yang menunjukkan ikatan emosi yang selesa dan saling percaya
- Sistem imun badan juga akan mula menjadi hampir sama setelah lama bersama jadi tak hairanlah jika seorang sakit, yang seorang lagi juga bakal tidak sihat
- Pengalaman hidup menyebabkan mereka melalui turun naik emosi dan cabaran yang sama. Kedutan di muka juga boleh berlaku di tempat yang sama.
- Kajian Robert Zanjonc menunjukkan, lebih tinggi tahap kegembiraan dan kebahagian yang dialami oleh 1-1 pasangan, lebih iras mereka akan kelihatan
Sweet, kan? Sungguh, bahagia boleh dilihat, dirasa dan dikongsi. Jadi anda mahu #pilihsihat? Pilihlah untuk bahagia.
Sumber: Dr Rostam
from The Reporter https://ift.tt/2O0sBp7
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/343OoSn
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment