Salam admin. Saya nak meluah dan mungkin agak panjang.
Malam tadi saya dan suami bergaduh di depan anak-anak. Pada dasarnya hal kecil saja tetapi suami meletup, habis barang-barang rumah patah dan hancur. Sikit lagi kandungan saya yang menunggu masa ini hampir terkena.
Saya hidup bersama dengannya melalui hari-hari yang sukar dan penat. Anak nak masuk yang ke lapan, yang besar, 1, 4, 6, 7, 8, 9 dan 11 tahun.
Di awal pagi, saya kejutkan anak-anak, saya siapkan sarapan. Kemudian, hantar anak ke pengasuh, ke tadika, pra dan ke sekolah. Selepas itu, barulah saya pergi kerja. Saya lakukan semua itu sendiri tanpa dibantu suami. Suami tidur, entah pukul berapa dia nak bangun. Kalau dia nak pergi kerja, dia pergi. Kalau dah malas, tak pergi. Duit gaji dia hanya digunakan untuk diri dia sendiri dan bayar bil telefon serta makan sendiri.
Saya bekerja untuk menyara keluarga. Saya tak minta banyak daripada seorang suami, hanya dia sedar yang dia adalah ketua keluarga, bukan saya.
Pukul 11.30 pagi kena ambil anak di tadika. 12 tengah hari, ambil anak di pra. 1 petang, ambil anak di sekolah rendah. 1.39 petang, ambil anak sulung. Kesemuanya saya letak di tempat kerja sebelum bawa balik ke rumah pada pukul 2 petang.
Balik rumah pula kena siapkan anak-anak ke sekolah agama, makan minum dan pakaian anak-anak semua siapkan sebelum pukul tiga petang. Rehat sekejap, tetapi bukan rehat sangat pun. Masa saya mandi, solat dan kemas rumah sampai pukul 5 petang ambil anak di rumah pengasuh.
Suami? Dia tidur setidur-tidurnya. Bangun bila hampir pukul 7 petang. Sedihnya saya. Sudahlah dia tak menghadap Tuhan, tak berpuasa ikut suka-suka. Kejadian (pergaduhan) berlaku pada pukul 7 petang itulah, selepas perut suami lapar agaknya. Dia nak pergi ke kedai, tetapi motosikal tak dapat keluar dari rumah sebab laluan terhalang disebabkan kereta saya parking tak betul.
Dia mula marah-marah. Saya diam saja, tetapi dalam hati kata, kalau ye pun saya salah, boleh je minta saya alihkan kereta itu. Dia sendiri pun boleh alihkan kereta tu. Tetapi itulah, bila dah hidup bersama tak boleh buat salah sikit, mulalah nak baran bagai. Suami pula kata saya yang tak boleh nak menerima teguran. Tak tahulah mana yang betul, mana yang salah.
Sebelum ini dia marah saya sebab tak sidai dua seluar jenas dia (sebab tak cukup ampaian). Kerja-kerja saya dalam rumah, 1,001 perkara saya buat seorang diri. Sedangkan dia tak ada kerja tetap pun. Basuh pinggan sendiri pun tak.
Semalam kami bergaduh, saya beritahu dia yang saya penat sangat-sangat, anak tak sihat saya kena berjaga sepanjang malam. Tetapi dia kata,
"Itu je lah yang kau tau cakap. Penat, penat dan penat. Ingat kau seorang je yang penat?"
Saya diam, tetapi dalam hati, apa yang dia penat sangat? Malam-malam berjaga pun duk main game dan tengok benda entah apa-apa. Siang hari tak kerja, nak tidur berapa lama tak ada siapa kacau. Anak-anak dan hal-hal rumah semua saya uruskan sendiri. Malam-malam saya imamkan solat maghrib dan isyak, ajak anak mengaji dan tengokkan kerja sekolah anak-anak. Berjaga malam sebab anak sakit dan tak sihat pun saya juga. Baby merengek sebab selesema nak mengempeng saja. Sudahlah saya bekerja dan mengandung,
Malam tadi baru saya perasan adik tak sihat. Dia bertahu saya dan saya diam sebab kami bergaduh. Diam saya itu membuatkan dia marah dan mengamuk. Mulalah tangan dia capai dan pecahkan barang-barang. Anak-anak ketakutan, bertempiaran lari. Baby menangis tak berhenti-henti. Suami pegang badan dan tenyeh mulut saya.
"Anak demam, kau paham tak?! Kau nak aku buat apa?!"
Untuk pengetahuan, suami saya tak tahu apa yang perlu dibuat bila anak demam. Tak tahu nak bancuh susu, tak tahu bila nak tukar lampin. Tak tahu pun anak bangun malam masa mana. Bunyi macam pelik sebab anak dah nak masuk anak kelapan, tetapi apabila tak ambil tahu, inilah yang terjadi.
Kalau dulu saya masih boleh bersabar dan gagah melalui semua ini. Sekarang umur dah nak capai 40 tahun. Semalam anak saya demam kuat, bertambah takut dengan amukan bapanya pula.
Saya cuma inginkan hidup tanpa bebanan. Saya letih nak uruskan kehidupan diri dan anak-anak, habiskan perbelanjaan untuk keluarga dan dalam masa yang sama kena layan suami yang kuat minta dilayan.
Di rumah ketika waktu bulan puasa, sayalah tukang basuh pinggan kuali bagai di waktu siang. Saya dah habis ikhtiar merajuk, bergaduh dan berbincang. Bukan nak minta dia buat itu ini, cukuplah sekadar tidak membebankan saya dengan kerja-kerja rumah. Pakaian dan gelas dia guna pun saya kena kutip. Selipar dan kasut dia pun saya yang kena susun. Kalau tak jumpa baju atau seluar dia, memang saya kena semburlah.
Saya halalkan segala tenaga dan wang ringgit saya ke atas keluarga. Tetapi sangat sukar untuk menerima kata-kata kesat dan menyakitkan hati dari suami. Sungguh letih tak terucap. Tak minta untuk terima kasih, cukuplah kalau tidak menyakitkan hati. Batulah saya dan beri kata-kata semangat.
Sumber: Kisah Rumah Tangga
from The Reporter https://ift.tt/2PEljsi
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2C9vE7C
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment