loading...

Thursday, 31 October 2019

'Saya menangis bila dapat tahu punca kematiannya..' - Tekanan melampau dari mertua & ipar duai, suami mati bunuh diri


Kudrat lelaki ini, bekerja siang dan malam untuk membahagiakan isteri dan anak-anak dan juga untuk keselesaan mereka sekeluarga. Demi kasih sayangnya pada isteri, rumah dibeli untuk dihadiahkan pada isterinya. Tetapi, bila keluarga ipar duai mula campur tangan, segalanya jadi berantakan. 

Kisah yang dikongsikan oleh wanita ini meruntun hati netizen. Seorang lelaki mengalami tekanan apabila tidak mampu untuk melunaskan pembayaran bulanan rumah. Bukan setakat itu sahaja, segala bebanan kewangan ditanggungnya termasuk perbelanjaan keluarga mertua. Apa yang mengejutkan, tekanan tersebut menyebabkannya menggantung dirinya sehingga mati.

FIRST, saya tak ajar orang jadi kurang ajar dengan mertua dan ipar duai. Second, I dont give a d*mn kalau orang pikir saya ni ajak orang lain bukak aib. My attention adalah bermula dari sejarah ini (bukan screenshot di bawah ni).

Lepas saya gred, saya terus ditawarkan kerja dengan sebuah syarikat perbankan di ibu negara. Tugas saya jaga akaun-akaun pinjaman perumahan islamic dan buat reschedule sekiranya mereka tak mampu untuk bayar bulan-bulan mengikut perjanjian asal. Sama ada kurangkan installment atau panjangkan tenure (which is ini offer yang mengarut).

Seorang lelaki hamba Allah ni duduk di Kedah dan saya terima panggilan dari beliau setelah saya tinggalkan contact number kepada keluarga mertuanya. Mereka duduk serumah. Mula-mula panggilan agak tegang, dia maki hamun saya sebab dia tuduh memalukan dia dengan menelefon mertua dia.

Tapi saya tetap ikut rules bank dengan tidak mendedahkan apa-apa maklumat kepada third parties dan kalau dia komplen, saya boleh didakwa dan selamanya blacklist untuk kerja dengan mana-mana company. Sepanjang makian dia pada saya, saya berdiam. Sebab saya tahu mesti ada isu dia sesama mertua.

Kemudian dia diam. Lebih kurang 5 minit, saya panggil dia dengan nada bersahaja "Encik okey?" Then he cried out loud macam orang giler! Sampaikan dia bercakap sambil menangis tapi saya tak faham apa dia cakap sebab sedu tu lebih kuat dari butir bicara dia. 

Kemudian saya tenangkan dia, saya minta maaf kerana tinggalkan nombor telefon pada ayah mertua dia, namun untuk memalukan, itu bukanlah motif saya selaku pegawai bertugas. Hanya kerana saya dah cuba telefon dia banyak kali, tapi tak berangkat dan rumah dia menunggu masa untuk auction (dilelong). Kemudian selama seminggu saya follow up kes dia, bantu dia untuk kurangkan bayaran bulanan dengan keadaan dia menanggung segalanya untuk isi rumah termasuk tiga orang anak yang masih kecil.

Dia masih bekerja di company swasta, gaji bersih sebulan RM3,200. Kalau kita orang takde masalah, kita fikir jumlah itu banyak, tapi kita tak tahu periuk nasi orang. Kita tak tahu apa isu dalaman dia sampaikan rumah sendiri tak terbayar. 

Isu dia, mertua kuat masuk campur hal rumah tangga, plus ipar duai parasit! Dia teramat sayang isteri dia, sampaikan rela berpindah ke rumah mertua sebab tak nak isteri dia hari-hari serabut bila mak dia call bagitahu ayah dia tak sihat. Takde siapa jaga. Kebetulan isteri dia anak sulung, maka dia izinkan isteri untuk pindah walaupun dia tak setuju sebab dia lelaki. Ada tiga orang ipar duduk serumah dalam rumah mertua dia. Dua dah berkahwin dan beranak-pinak, seorang kutu berahak kaki cautut. 

3, 4 bulan berlalu, ipar yang duduk serumah tadi minta nak duduk rumah lelaki ni dengan kadar sewaan RM300 sebulan, sedangkan installment rumah RM720 sebulan. Jadi baki, lelaki ini tokokkan sebab tak nak sangkut payment dengan bank. 

Satu bulan je bayar sewa. Selepas tu ipar dia terus diam buat tak tahu. Acapkali bank call, lelaki ni serabut sebab tak ada payment masuk dalam account dia sebanyak RM300 (kadar sewa si ipar yang perlu bayar). Sampai bergaduh, halau keluar, panggil polis, tapi bila mertua masuk campur, segalanya jadi berantakan. Lelaki ini dituduh tak berguna, berkira dan hampir-hampir dia bercerai dengan isteri disebabkan isu ini.

Macam mana saya tahu semua cerita ni? Customer tak boleh b*llsh*t saya. Saya tak boleh terima cerita tanpa bukti. Kalau dia nak saya tolong dia, dia jangan memandai-mandai dengan saya. Segala report polis, WhatsApp makian cacian ipar duai termasuk mertua dia, dia forward pada saya. Kesian. Kesian giler saya tengok dia sebab living kos rumah mertua pun dia 100% dia support termasuk kereta dia dipakai ipar duai suka hati macam mak bapa mereka punya.

Dia tak mampu lepaskan isteri sebab anak-anak masih kecil. Bila ajak isteri keluar, bermula drama mertua sakitlah dan sebagainya. So bila saya call mertua dia, dia naik angin sebab dia memang severe tension dengan mertua dan ipar duai. 

Sebulan saya fight kes dia, buat paper work untuk bantu dia tapi tak lulus sebab rumah tu baru setahun lebih beli. Bayaran pokok pun tak gerak lagi. Sebulan juga saya tak tidur malam memikirkan macam mana saya nak bantu dia. Dia hampir setiap hari call saya, tanya status permohonan pengurangan bayaran bulanan rumah dia. 

Sampai saya dapat arahan dari big boss, rumah dia kalau nak lepas dari auction, dia kena settle habis termasuk kos-kos legal berjumlah RM7,000 lebih. Saya perlu profesional tanpa perlu percampuran emosi dalam isu ni. Kerja saya tolong dia, if tak berjaya, totally out of my control. 

The day saya call dia, dia banyak berdiam. Saya terangkan dengan jelas tapi saya tak dapat respond dari dia. Yang saya boleh baca masa tu, saya tahu dia terduduk. Difahamkan kereta dia pun dah ditarik. 

Hati saya dup dap dup dap. Saya memang menanti dia call saya dan membawa khabar baik. Tapi tiga hari kemudian saya menggigil pegang gangang telefon bila isteri dia call cakap dia dah meninggal. Saya minta isteri dia fax pada saya surat kematian untuk bantu selesaikan insurans.

Alangkah terkejut dan saya menangis bila dalam surat kematian, bila tengok kolum punca kematian ditulis, "Hang.” Gantung diri. Beliau bunuh diri. 

Saya follow up kes ni pada isteri dia dan saya cakap pihak insurans consider punca kematian invalid untuk claim insurans.

Next days, pak mertua arwah call, tanya boleh tak rumah tu tukar nama atas nama anak jantan dia, saya tutuh habis-habis orang tua itu dengan cara paling sopan. 

"Ambil rumah orang pakcik tak boleh main ambil gitu macam main pondok-pondok, bank pun ada undang-undang. Kalau isteri arwah minta rumah itu pun belum tentu dapat melainkan pergi refinancing semula. Ini arwah suruh bayar RM300 pun tak mampu, apatah lagi nak bayar RM700 lebih sebulan. Jangan nak cari jalan senang je ye." 

Dari kisah ni, kita tak tahu level mana tertekannya si arwah sampai dia menggantung diri. Kita tak berada di tempat dia, tak boleh simply letak sebarang pertuduhan especially bab agama. Arwah sayang sangat isteri dia sebab dia cakap dia nak hadiahkan rumah itu untuk isteri dia. Bila dia dah tiada, ada la tempat untuk anak-anak dan isteri berteduh. 

Dan awak yang ada isu dengan mertua dan ipar duai, not worthy melukakan hati dan jiwa sendiri. If you can't stand anymore, lari! Lari dari situasi. Isu dengan mertua dan ipar duai ibarat ditelan mati emak diluah mati bapa. But first come first, bebaskan diri dari tekanan dulu, then cari solutions. 

Bumi ini luas, jangan pilih cara menekan jiwa.  #justshare



from The Reporter https://ift.tt/330CVTb
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2qUYkyS
via IFTTT

'Tak takut la b*do, k*te korang takde ke?' - Ini respon budak basikal lajak bila polis suruh lapor aktiviti haram diorang


Pihak polis baru saja meminta kerjasama orang awam untuk melaporkan sebarang kegiatan geng basikal lajak. Namun, respon dari salah seorang penggemar aktiviti itu amat mengejutkan. 

Remaja yang masih bersekolah dan menggunakan nama @nish.steady di Instagram atau nama sebenar Danish Irfan mengakui tidak gentar dengan amaran itu, seolah-olah mencabar pihak polis mengambil tindakan terhadapnya. 

"Tak takut la b*do. Oklah tu kami main lajak pade kami main ade dara orang sedapkan. K*te korang takde ke?" tulisnya di Instagram. 


Tragedi demi tragedi berlaku melibatkan geng basikal lajak, namun golongan ini seakan-akan tidak serik dan berkeras menegakkan aktiviti mereka tidak menyalahi undang-undang mahupun mengganggu orang lain.

Tidakkah mereka sedar perbuatan mereka itu bukan sahaja membahayakan diri, tetapi juga membahayakan pengguna jalan raya lain? 

Teguran sudah diberi, tetapi itulah respon dari geng basikal lajak. Maka, sewajarnya pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap remaja yang terlibat dengan aktiviti yang tidak berfaedah ini. 

"Kau kalau nak guna ayat backup biar pakai otak bro. Kitorang risaukan korang. Kau tak tengok ke yang dah berapa ramai mati, eksiden, masuk hospital sebab main basikal lajak ni? Tak kesian ke pada mak dan ayah? 

"Tak kisah ke kat orang sekeliling? Jalan tar tu bukan korang je gunakan. Kalau korang tak eksiden pun, orang lain boleh eksiden sebab nak mengelak korang. 

"Macam yang terjadi pada aku minggu lepas, nyaris terlanggar budakbudak duk main lajak kat tengah jalan sampai tak ada ruang aku nak lalu. Jangan fikirkan diri sendiri je bro, fikirkan orang lain juga," kata netizen. 

LAPORAN BERKAITAN


from The Reporter https://ift.tt/325VtjD
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2qbNAM6
via IFTTT

(Video) 'Pegang dia! Habis motor owang' - Lelaki berseluar dalam buat onar dalam bank


Pengawal Keselamatan dan beberapa orang awam terpaksa bergelut menahan lelaki berseluar dalam dipercayai berada di bawah penbgaruh dadah yang membuat onar dalam kejadian di hadapan sebuah bank.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 2.30 petang semalam di Bandar Chukai, suspek sebelum itu mengganggu orang awam yang berada di dalam bank sebelum cuba 'melarikan' motosikal milik pengawal keselamatan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, pengawal keselamatan kemudian meminta suspek keluar dari premis itu.

Suspek kemudian keluar dan cuba melarikan motosikal milik pengawal keselamatan itu, dan mendakwa kenderaan itu adalah hartanya menyebabkan mereka bergelut sebelum berjaya ditahan dan diserahkan kepada polis Unit Kereta Peronda (MPV).

Ujian air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine. Suspek tidak mempunyai sebarang rekod perubatan sakit mental.


Suspek direman dan disiasat mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.



from The Reporter https://ift.tt/2r4q3gV
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/34gKaqn
via IFTTT

Facebook, Instagram haramkan emoji terung, buah peach titisan air kerana kerap disalahgunakan untuk gambarkan keinginan seksual


Facebook dan Instagram mengharamkan tiga emoji termasuk titisan air kerana dianggap seringkali disalahgunakan untuk menggambarkan keinginan seksual mereka. 

Emoji tersebut adalah terung, buah peach dan juga titisan air di mana garis panduan terbaharu melarang emoji tersebut digunakan di dua platformnya itu kerana ia menggambarkan aktiviti dan bahagian tubuh yang disamakan dengan ikon tersebut. 

Difaham, emoji terung selalu digambarkan sebagai alat sulit lelaki, buah peach pula menggambarkan punggung dan titisan air pula menggambarkan seseorang itu sedang 'merecik'. 

Bagaimanapun, netizen mengkritik peraturan baru itu yang dianggap tidak adil kerana ada beberapa lagi emoji yang lain juga selalu dikaitkan dengan aktiviti seksual juga patut diharamkan. 

Sumber: Mirror


from The Reporter https://ift.tt/2JHclaa
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2JEQmkd
via IFTTT

Nampak kelibat Geng Basikal Lajak? Segera laporkan kepada polis


Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan basikal lajak di negeri ini diminta menyalurkannya kepada pihak berkuasa.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Terengganu, ACP Noor Halim Nordin berkata walaupun setakat ini Terengganu belum mempunyai kes melibatkan kegiatan basikal lajak tetapi pihak polis tetap memandang serius gejala itu yang menjadi trend dalam kalangan remaja masa kini.

“Ini kerana perbuatan itu bukan saja memberi risiko kepada penunggangnya, malah kepada pengguna jalan raya lain," katanya kepada pemberita selepas Op Deepavali lewat malam tadi.

Noor Halim berkata orang ramai yang melihat aktiviti basikal lajak di jalan raya boleh mengambil video atau gambar menggunakan telefon pintar dan menyalurkan maklumat itu kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Katanya, sekiranya pihak polis mengesan aktiviti tersebut, remaja yang terlibat boleh ditahan dan dibawa ke balai polis manakala ibu bapa mereka akan turut dipanggil.

Sumber: Bernama


from The Reporter https://ift.tt/2plXoU2
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2C1Z6wk
via IFTTT

'Syaitan yang suruh aku buat!' - Budak tadika yang sedang tidur, maut dikelar penagih dadah


Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun maut ditikam dan lehernya dikelar oleh suspek yang menceroboh sebuah tadika sebelum menjerit, "Syaitan yang suruh aku buat!". 

Suspek yang dikenali sebagai Denis Pozdeev, 36, menceroboh bangunan itu yang terletak di Naryan Mar, Rusia. Pengawal keselamatan yang sedang bertugas pada hari kejadian tidak menahan suspek yang masuk ke dalam tadika itu di kala murid-murid sedang tidur tengah hari. 

Pozdeev terus menyerang mangsa yang sedang tidur dengan mengelar leher mangsa menggunakan pisau. 

Beberapa minit kemudian, mangsa meninggal dunia di pangkuan gurunya. Pengawal keselamatan berjaya menahan suspek dan diserahkan kepada pihak polis. 

Mangsa dikenali sebagai Kirill Savenkov, 6, merupakan murid tahun akhir tadika itu sebelum memulakan persekolahan di sekolah rendah. 

Bapa mangsa, Konstantin berkata, pihak tadika menghubungi isterinya, Yelena, dan memaklumkan mengenai tragedi itu. 

Ketika disoal siasat, Pozdeev berkata, dia terdengar suara di dalam kepalanya yang mendorong dia melakukan jenayah itu.

Suspek yang didapati berada dibawah pengaruh alkohol atau dadah, tidak mengenali mangsa dan menjelaskan dia tidak sengaja masuk ke tadika itu kerana sedang berhalusinasi. 

Namun, pemeriksaan polis pada kediamannya menemui sekeping kertas yang mengandungi maklumat mengenai tadika berkenaan, antaranya mengenai waktu operasi dan jumlah kanak-kanak di dalamnya. 

Sumber: Daily Mail


from The Reporter https://ift.tt/2PC7HOy
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/36mjJkX
via IFTTT

(Video) 'Driver gila!' - Penunggang motosikal dirempuh kereta dipandu laju dari belakang


Viral di media sosial klip video dashcam seorang penunggang motosikal terselamat dari kemalangan yang hampir meragut nyawanya. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 8.43 malam Sabtu lalu di sebatang jalan yang menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, kelihatan seorang penunggang motosikal sedang memotong kenderaan di hadapannya di lorong kiri. 

Secara tiba-tiba datang sebuah kereta yang dipandu dengan laju di lorong kiri memasuki lorong tengah lalu merempuh penunggang motosikal terbabit menyebabkan mangsa terseret jauh. 

Kemalangan itu menyebabkan kereta itu hilang kawalan dan terbalik serta terseret lebih 100 meter di depan. 

Video juga menunjukkan penunggang motosikal itu selamat dan segera beralih ke tepi jalan untuk mengelakkan dari dilanggar kenderaan lain. 


Tidak diketahui nasib kedua-dua mangsa, namun kejadian itu membuatkan netizen tergamam kerana kemalangan seperti itu kebiasaannya boleh meyebabkan kehilangan nyawa. 

Netizen juga mendoakan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan serius. 

Para pengguna jalan raya dinasihatkan memandu dengan cermat dan mematuhi had laju yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Jangan disebabkan kecuaian anda, orang lain menjadi mangsa. 



from The Reporter https://ift.tt/2WwSiQF
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2BVCPQX
via IFTTT

'Ibu, bangunlah ibu' - Anak menangis tanpa henti, ibunya mati dilanggar lari ketika menyapu jalan


Seorang wanita yang bekerja sebagai petugas pembersihan maut selepas dilanggar lari di Jalan Metro Tanjung Bunga, Kecamatan Mariso, Kota Makassar, Indonesia. 

Kejadian yang menimpa mangsa, Lina, 37, berlaku pada 9 Ogos lalu dan gambar anaknya, Bowo, menangis meratapi jasad ibunya yang terbaring kaku di hospital viral di media sosial. 

Difahamkan, Lina bertugas menyapu jalan di Pantai Losari setiap hari dan ketika sedang menyapu di tepi jalan, dia dilanggar sebuah kereta. Mangsa cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Siloam Makassar. 

Siasatan polis mendapati, ketika mangsa sedang menyapu jalan, datang sebuah kereta Honda Brio dengan kelajuan 50-60 km/j melanggar mangsa sehingga terpelanting. 

"Pemandu kereta itu dipercayai mahu memotong kereta di hadapan dan tidak menyedari mangsa yang sedang menyapu lalu melanggarnya. Pemandu itu juga disyaki memandu dalam keadaan mengantuk," kata sumber polis. 

Pemandu terbabit, Abdullah Arman, 22, yang merupakan mahasiswa ditahan selepas kejadian itu bersama dengan beberapa bahan bukti dan didakwa di mahkamah. 

Apa yang menyedihkan, anak lelaki mangsa yang berusia empat tahun menangis tak berhenti-henti melihat ibunya yang terbujur kaku. Kehilangan mangsa amat dirasainya kerana dia selalu menemani ibunya bekerja setiap hari. 



"Mangsa langgar lari ini bertugas sebagai petugas pembersihan di Pantai Losari dan selalu ditemani anak lelakinya yang masih kecil sambil duduk menunggu ibunya bekerja. 

"Pemergian mangsa meninggal dua orang anaknya yang masih kecil," kata sumber dari Facebook. 


Kejadian itu membuatkan netizen berasa simpati dengan nasib anak-anak mangsa yang kini menjadi yatim paitu. 

Sumber: Tagar


from The Reporter https://ift.tt/2qTdmVQ
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2BWRwTB
via IFTTT

Isteri lari dari rumah kerana suami tak masak telur rebus untuknya setiap hari


Seorang wanita bertindak melarikan diri dari rumah dengan teman lelakinya kerana tidak berpuas hati suaminya gagal menyediakan telur rebus untuknya setiap hari. 

Menurut sumber polis, wanita berkenaan yang menetap di Campierganj, sebelum ini melarikan diri dengan kekasihnya sebelum kembali ke rumah selepas empat bulan kemudian. 

Si isteri memberitahu polis dia bertindak demikian kerana suaminya tidak mampu menyediakan telur rebus dan itu membuatkan dia berasa terkilan.

Pasangan itu bergaduh pada Sabtu lalu mengenai isu yang sama dan sekali lagi, si isteri melarikan diri dari rumah. Teman lelakinya juga tidak ditemui di rumahnya, yang dipercayai kedua-duanya telah melarikan diri bersama-sama. 

Si suami yang bekerja sebagai pekerja buruh berkata, dia tidak mampu membeli telur setiap hari kerana hanya menerima gaji harian. 

Dia juga mendakwa, lelaki perampas itu mengetahui kelemahannya dan mengambil kesempatan dengan membeli telur untuk isterinya setiap hari. 



from The Reporter https://ift.tt/32160N8
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2N4TzLT
via IFTTT

5 ekor anjing jalanan ditembak mati lelaki ini kerana dendam haiwan itu pernah mahu menggigit anaknya


Ahad, 27 Oktober lalu, lima bangkai anjing jalanan ditemui mati dipercayai dibunuh dengan sengaja di kawasan berhampiran Jalan Anggerik Mokara 31/57 Kota Kemuning.

Lima bangkai anjing itu ditemui oleh seorang wanita tempatan ketika mahu memberi makan kepada kira-kira 15 ekor anjing berkenaan. Tiga daripadanya ditemui terbaring mati di atas lantai dan penutup longkang kawasan tersebut. Manakala dua lagi ditemui mati di Food Court Jalan Anggerik Mokara. 

Siasatan awal mendapati, berlaku pendarahan di bahagian telinga dan hidung haiwan itu dan kawasan kejadian pula jauh dari taman perumahan. 

Bangkai-bangkai haiwan itu kemudian dihantar ke Hospital UPM untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Susulan kes itu, hasil maklumat orang awam dan penelitian video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran, suspek lelaki berusia 40 tahun ditahan sepasukan anggota Bahagian D9 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada jam 11.40 malam di Saujana Putra, semalam.

Polis turut menemui selaras senapang angin jenis Sig Sauer P226 bersama dengan lima butir peluru di dalam kereta Proton Saga milik suspek. 

Suspek mengaku menembak lima ekor anjing tersebut sehingga mati kerana dendam di mana sebelum ini anjing-anjing itu katanya pernah hendak menggigit kaki anaknya berusia 7 dan 12 tahun. 

Suspek direman selama tiga hari untuk siasatan lanjut. 



from The Reporter https://ift.tt/322soFy
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2BXu3Sz
via IFTTT

'Ada orang ketuk pintu mama...' - Dalam iklan nampak cantik, tapi bila sampai, scary...


Tertarik dengan iklan yang disiarkan di aplikasi Agoda. Namun apabila keluarga ini sampai ke hotel yang ditempah untuk percutian mereka, alangkah terkejut apabila mendapati keadaan hotel itu jauh berbeza dengan yang diiklankan. 

SEMALAM pergi tidur di hotel yang ditempah secara online. Dalam gambar nampak cantik ,tetapi bila sampai sana, rasa pucat muka tengok bangunan. Di waktu malam, terdengar orang menyanyi di bilik air. Sebab mengantuk buat tak cara sangat. 

Masa nak solat subuh, suami kata "Kita nak pindah ke hotel lain tak? Atau nak tinggal di sini lagi?" Hari ni murah je, RM50.00 je. Booking semalam RM141.00, memang tak lah nak duduk kat sini lagi. Perasaan takut bila duduk di sini.


Dah nak pagi baru husband cerita bila dia jenguk ke tingkat bawah, ada ternampak muka orang yang tengah tengok dia. Tapi tak pasti sebab bila tengok kat bawah piring Astro, Mungkin cahaya lampu malap nampak macam muka orang. Saya terus teringat orang menyanyi di bilik air semalam. 

Di waktu petang, suami tinggalkan kitorang. Dia pergi beli makanan lama sangat. Dah dekat maghrib baru dia balik. Call berjuta kali tak dijawab, tetapi suami kata saya call dia dua kali saja. Kita yang tengah takut, takkan nak call dua kali je? Mulalah drama menangis teringat kat husband, takut jadi apa-apa. Takut duduk dengan anak sendirian bila husband tak ada. 


Pastu budak-budak dok buka pintu banyak kali. Dia kata, "Ada orang ketuk mama". Bila diorang buka, tak ada orang. Saya tak dengar pintu diketuk sebab sibuk dok call suami sampai menangis. Silap juga menangis di tempat macam ni. Sudahlah dekat waktu maghrib, sampai lupa nak baca Al-Quran. Patut time macam ni ambil Al-Quran dan baca. Bila suami sampai bilik, barulah kelam kabut nak solat. 


Masa mula-mula sampai sini dah rasa pelik tengok bangunan macam tak ada orang nak duduk. Tetapi bila tengok banyak kereta di kawasan ni, tak nak buat muka sebab tengok anak-anak gembira dan nak jaga hati suami, bimbang dia kecil hati pula. Bilik pun dah bayar online. 

Sebenarnya bila tengok tempat ini dalam iklan di Agoda, cantik. Tetapi bila sampai, terkejut sangat. Di luar jangkaan. Laluan masuk berbau busuk, bau hancing, kotor. Bila pagi, husband tunjuk kat bawah bilik tu ada pokok menjalar. Mana ada orang duduk kat situ. 


Keadaan dalam bilik hotel ni okey, bersih. Cuma di bahagian luar agar menakutkan. Bukan apa, rasa macam tertipu je tengok dalam iklan cantik. Pengalaman kan, nasib baik anak tak kena apa-apa. Tak tahulah kalau ada orang lain pernah kena ke tak di tempat ni. 



from The Reporter https://ift.tt/34gfipW
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/31XHKLz
via IFTTT

'Mummy... Mummy...' - Anak menangis panggil ibunya yang sudah tiada


"Mummy... Mummy..." panggil si anak pada ibunya yang sudah terbaring kaki di jalan raya. 

Motosikal yang dinaiki pasangan itu bersama anak kecil mereka terbabit dalam kemalangan berpunca dari kecuaian pengguna jalan raya lain di mana si bapa cedera parah dan isterinya maut serta-merta di tempat kejadian.

Menurut Shamsuddin Ismail, kejadian itu berlaku semalam dan ketika itu dia sedang menghadiri mesyuarat di pejabatnya terkejut mendengar dentuman kuat di luar. 

"Kejadian berlaku di depan office Damen USJ yang meragut satu nyawa malam ini akibat kecuaian pemandu lain, manakala tiga yang lain cedera parah dibawa ke hospital.

"Ya Allah, apalah nasib anak kecil ini. Dalam sekelip mata dia kehilangan ibu yang tersayang akibat kecuaian orang lain. 

"Ayahnya pula cedera parah, ibunya dah terbujur kaku tidak bernyawa lagi.



"Kesemuanya penunggang dan pembonceng motosikal sebelum itu berhenti di persimpangan lampu isyarat sebelum dirempuh sebuah kereta. 

"Sayu hati ini mendengar suara anak kecil itu memanggil-manggil ibunya "mummy.. mummy..". Belum puas rasanya anak kecil ini untuk menagih kasih sayang dari ibunya. 

"Semoga anak kecil itu tabah menghadapi hari-hari berikutnya tanpa orang yang tersayang," katanya. 



from The Reporter https://ift.tt/2WyXjs7
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/34kOm8G
via IFTTT

Wednesday, 30 October 2019

'Suami aku curang dengan janda anak satu...' - Tindakan si isteri yang seterusnya buat netizen puas hati 100%


SALAM KRT. Saja nak luah ni. Suami aku curang dengan janda anak satu. Aku cuma tahu bila perempuan itu sendiri berani call dan WhatsApp aku untuk izinkan suami nikah lagi.

So aku tanya suami, dia cakap ye dia nak nikah. Aku cakap, bagi aku masa tiga hari untuk bersedia. 

Tiga hari selepas itu, aku berjumpa dengan perempuan itu bersama-sama dengan suami. Duduk semeja di restoran mahal. Kalau tiga orang makan mau dekat RM200 kot aku rasa. 

Suami aku ingat nak suai kenal agaknya. Sengih bukan main, amboi-amboi, gatal miang kau ye jantan, bukan main lagi. 

Aku order air, order makan bagi depa perabih dulu, biar kenyang terbelahak busung perut geram aku aih. Habis makan, aku susun pingan letak ke tepi. Aku tanya perempuan tu. 

"Sungguh ka ampa nak nikah dengan suami kami?" 

Dia angguk-angguk senyum simpul naahaiii. Amboi suka hang nak ambil laki kami. Aku bawa keluar slip gaji suami aku, dok terang dah kat sana gaji berapa, potong itu ini tinggal RM800. 

Aku bawa keluar pula geran kereta atas nama aku, surat rumah atas nama aku, motosikal pun atas nama aku aih. Suami aku tak ada harta apa pun. 

Aku cakap, "Agak-agak ampa gaji RM800 ampa dapat apa? Takpayah nak kata boleh ja hidup sebab dah cinta, dah sayang, muhong aih. 

"Tu pampers anak hang sapa nak beli? Nak suruh kami beli dak lah, memang kami bagi penerajang dua-dua. Bulan-bulan nak bagi ampa nafkah berapa gaji dia pun lepas ke tekak dia saja. Bagi kami takat RM100-RM200. Itupun minta semula. 

"Tapi kot ampa redha dapat RM10 ja setiap bulan, ikutlah. La ni ampa duk dua nah, fikir baik-baik dulu nak kahwin lagi ka tak mau nih kami baru buka pasal zahir, batin kami tak bagitau lagi. Kot dua minit ka tahan. Sebulan sekali ja mampu, tu ampa tak tau lagi. 

"Fikir elok-elok nah. Ni yang kami makan, ampa bayar. Nak balik ampa cari Grab pasal kat luaq tu kereta kami punya. Ampa biasakan dari sekarang naik Grab ka, jalan kaki ka, merangkak ka nah. Semoga berjaya."

Puas hati aku tengok suami aku dengan perempuan tu dari sengih merenyam jadi muka dua-dua macam ayam tercekik jagung seketoi. 

Aku balik tidur, esok bangun-bangun suami aku cakap dah tak jadi nikah. Dia minta maaf, teriaklah dia minta ampun nyawa tobat sampai masuk syurgakata dia. Baru ada akai. 

Perempuan itu pun duk WhatsApp cakap tak sanggup nak nikah. Dia tahu dia salah, minta maaf. Puihh la hang.

Aku cakap kat suami aku, kalau lepas ni tak sedar diri lagi, aku framekan slip gaji dia tampal kat ruang tamu, dapur, toilet. Silap-silap aku buat profile picture Facebook, WhatsApp semua baru padan muka hang. 



from The Reporter https://ift.tt/2Nwrxrw
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/332eHYD
via IFTTT

Ibu pukul anak sampai mati kerana kotorkan lampin


Seorang ibu didakwa membunuh anak lelakinya sendiri selepas dipukul hanya kerana mengotorkan lampinnya. 

Trinity Pittman, 23, pada Sabtu lalu selepas membawa anaknya, Conner Perry, ke hospital pada Jumaat lalu dan mendakwa mangsa terjatuh dari trampoline. 

Namun, kakitangan perubatan di Hospital Piedmont Newnan di Georgia berasa curiga kerana kecederaan yang dialami mangsa tidak konsisten dengan pengakuan ibunya. 

Rongga abdomen mangsa dipenuhi dengan darah dan paru-parunya juga dikesan mempunyai bendalir ketika diperiksa.

Selain itu, rahang mangsa juga patah, lebam di muka dan beberapa giginya hilang serta pendarahan di otak. 

Lewat petang Jumaat, mangsa dirujuk ke Children's Healthcare Atlanta di mana dia disahkan meninggal dunia pada jam 11 malam kerana kecederaan yang dialami. 

Trinity kemudian ditahan dan mengaku memukul mangsa beberapa kali kerana mengotorkan lampin. 

Ketika dipukul, mangsa terjatuh dan kepalanya terhentak di lantai lalu tidak sedarkan diri. 

Trinity kemudian pergi bekerja dan meninggalkan mangsa bersama anak sulungnya berusia 4 tahun di bawah jagaan teman lelakinya, Jeremy Davis, 24. 

Trinity juga berbohong kepada Jeremy kononnya mangsa terjatuh dari trampoline. 

Jeremy kemudian menghubungi Trinity dan memaklumkan mangsa bangun muntah-muntah serta mengalami masalah pernafasan. 

Laporan bedah siasat mendedahkan, mangsa juga mempunyai kesan kecederaan lama. 

Trinity dihadapkan ke mahkamah pada Ahad lalu dan tidak dibenarkan ikat jamin. Sementara anak sulungnya diserahkan kepada saudara mara untuk dijaga buat sementara waktu. 

Sumber: Mirror


from The Reporter https://ift.tt/2N0QAE3
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2N0Sm8b
via IFTTT
loading...