loading...

Tuesday, 3 September 2019

Remaja disahkan buta kerana makan kerepek, kentang goreng etc, setiap hari



Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun disahkan buta kerana kekurangan vitamin dalam diet makanannya.

Difahamkan, remaja yang berasal dari Bristol itu hanya memakan kentang goreng, kerepek kentang dan daging terproses tanpa pernah makan buah atau sayuran selama 10 tahun. 

Selain itu, dia menjadikan kentang goreng, kerepek kentang, sosej goreng dan sandwic ham sebagai makanan hariannya.

Gaya pemakanannya itu menyebabkan dia mengalami kekurangan beberapa vitamin utama termasuk B12, zat besi dan Vitamin D. 

Lebih teruk lagi, penglihatannya turut terjejas secara perlahan-lahan (Neuropati optik Pemakanan) dalam tempoh tiga tahun, bermula pada usia 14 tahun. Malah dia terpaksa berhenti dari kolej.

Meskipun remaja itu memilik ketinggian dan berat badan normal, tetapi akibat kekurangan nutrisi, saraf di belakang matanya rosak kekal dan menyebabkan dia buta. 

"Semasa kecil, saya suka keluar rumah dan bermain bola sepak bersama kawan-kawan. Tetapi kini saya terlalu takut untuk keluar rumah," katanya yang kini lebih banyak mengasingkan dirinya dari dunia luar. 

Remaja itu berkata, doktor sepatutnya dapat membantu dengan menasihatkan dia untuk mengambil diet pemakanan yang betul. Tetapi dia mendakwa doktor hanya mula bertanya tentang keadaannya apabila keadaan sudah menjadi teruk. 

Sementara itu ibu remaja berkenaan, terpaksa berhenti kerja untuk menjaga anak lelakinya itu. 

Sumber: Daily Mail


from The Reporter https://ift.tt/2NJ6RhU
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2NUpsYa
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...