loading...

Tuesday, 10 September 2019

Polis beri amaran kepada artis berhenti promosi ubah usai Ysuku atau berdepan tindakan undang-undang


Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Azisman Alias memberi amaran kepada semua pihak TERMASUK ARTIS agar menghentikan aktiviti mempromosi kegiatan lumba dan ubah suai motosikal secara haram. 

Beliau berkata, perbuatan itu dilihat semakin berleluasa dan cenderung menggalakkan kegiatan yang tidak sihat di kalangan remaja. 

Polis memandang serius hal itu terutamanya membabitkan motosikal jenis Yamaha Y15ZR (YSUKU). 

"Saya sendiri ada terdengar mengenai kumpulan dan artis yang mempunyai laman sosial sendiri bagi menyiarkan video mengenai modifikasi haram yang dilakukan terutama ke atas Ysuku itu. 

"Kita sedang memantau aktiviti kumpulan motosikal sebegini dan akan mengambil tindakan pada bila-bila masa sahaja jika mempunuai maklumat dan bukti mencukupi," katanya. 

Beliau menegaskan, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak termasuk golongan artis yang menyalahi undang-undang. 

Polis menerusi Unit Khas Skuad 42 telah diarahkan untuk menyiasat dan mengumpul bukti bagi menangkap mereka yang terbabit dalam promosi haram itu. 

"Memang diakui bahawa mereka ini sudah berani melanggar peraturan yang ditetapkan malah mempromosikan aktiviti tidak sihat. 

"Kita faham ia bagi tujuan menambah pendapatan melalui bayaran iklan dan sebagainya, namun jangan terlalu obses sehingga membelakangi undang-undang," katanya. 

Sumber: Harian Metro


from The Reporter https://ift.tt/2ZPRc7P
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2ZV2WVu
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...