loading...

Monday, 9 September 2019

Lelaki takut cicak besar, alasan nak tidur sebilik dengan 2 rakan perempuannya


Seorang lelaki dan dua perempuan termasuk salah seorangnya merupakan isteri orang, ditahan dalam serbuan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) di sebuah chalet di Pulau Perhentian, Besut, Jumaat lalu. 

Dalam operasi cegah maksiat pada jam 3.30 pagi itu, lelaki berusia 20-an itu memberi alasan takut dengan cicak, lalu menumpang tidur di bilik yang disewa dua rakan wanitanya. 

Ketua Penolong Pesuruhjaya (Penguatkuasaan) JHEAT, Nik Zuhaiza Ismail berkata, ketika diserbu, tiga individu bukan muhrim itu didapati tidur dalam satu bilik. 

Siasatan mendapati lelaki terbabit menyewa di bilik lain tetapi dibiarkan kosong dan tidur di bilik dua rakan perempuannya yang terletak bersebelahan. 

Ketika disoal siasat, lelaki itu memberi alasan dia terpaksa kerana takutkan cicak besar di dalam biliknya. 

Sumber: Harian Metro


from The Reporter https://ift.tt/303yPqY
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2ZJdmaX
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...