Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meminta rakyat melaporkan sebarang insiden serta kandungan berunsur perkauman (race), agama (religion) dan institusi diraja (royalty) atau '3R' dalam media sosial kepada pihaknya melalui talian aplikasi WhatsApp 016-2206262.
Selain aplikasi itu, rakyat juga boleh melaporkan menerusi emel kepada mediasosial@mcmc.gov.my.
Bagi membuat aduan yang lengkap, SKMM meminta pengadu membuat screenshot dan menyertakan pautan URL yang berkaitan dengan kandungan 3R, nombor telefon individu (kalau dalam WhatsApp) bagi memudahkan dan mempercepatkan tindakan diambil.
Pengerusi SKMM, Al-Ishsal menasihatkan pengguna media sosial berfikir terlebih dahulu sebelum memuat naik sebarang kenyataan atau ulasan mengenai perkara-perkara sensitif di media sosial
"Jangan sesekali 'tweet', kongsi dan membuat ulasan yang boleh menyinggungkan perasaan pelbagai kaum di negara ini.
"Jadilah rakyat Malaysia yang matang dalam menilai dan membuat pendirian apabila berhadapan dengan ancaman yang boleh memecah belah perpaduan demi kemakmuran bersama," katanya.
Sumber: Utusan Online
from The Reporter https://ift.tt/30f7AKW
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/31PtnJx
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment