Sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun sehingga 50 peratus bagi pelbagai jenis saman trafik yang layak mendapat pengurangan.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, sebanyak enam kaunter akan disediakan bagi orang ramai membuat semakan dan bayaran saman bermula jam 8 pagi hingga 6 petang pada 3 dan 4 Ogos di Dataran Pahlawan.
Menurut beliau, program itu kebiasaannya akan mendapat sambutan dari orang ramai termasuk pengunjung dari luar Melaka yang mengambil peluang itu untuk membayar saman.
Bagaimanapun, terdapat beberapa jenis saman iaitu saman kemalangan berstatus No Compoundable, saman berstatus waran tahun semasa, saman dalam perbicaraan, saman Op Selamat tahun semasa adalah tidak layak menikmati diskaun tersebut.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/2ysrtSv
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2OvnhMF
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment