loading...

Friday, 2 August 2019

Lelaki parah ditetak kerana tegur rakan serumah malas cuci pinggan selepas makan


Hanya kerana menegur rakan serumah malas mencuci pinggan selepas makan, seorang lelaki parah ditetak di bahagian kepala. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 3 pagi Selasa lalu di rumah pekerja Cenderawasih, Lahad Datu, Sabah, mangsa berusia 29 tahun yang cedera sempat melarikan diri ke rumah penyelianya yang terletak kira-kira 500 meter dari lokasi. 

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, sebelum kejadian itu mangsa sedang tidur di dalam bilik dan didatangi suspek berusia 25 tahun mengetuk pintu. 

Sebaik dibuka, suspek terus menyerang mangsa menggunakan parang sambil menolaknya sehingga terjatuh ke lantai. 

Kedua-duanya bergelut dan mangsa berjaya merampas parang daripada suspek, namun disebabkan itu dia cedera di kepala, bahu kiri dan calar di pipi kiri. 

Suspek kemudian keluar dari bilik mangsa dan datang semula dengan membawa parang lain yang diambil dari dapur, lalu mengejar mangsa yang ketika itu melarikan diri ke rumah penyelianya. 

Mangsa dibawa ke sebuah klinik di Cenderawasih sebelum dihantar ke Hospital Lahad Datu dan membuat laporan polis. 

Bertindak di atas laporan itu, polis telah menahan suspek pada hari yang sama di rumah pekerja ladang. 

Polis turut merampas dua parang yang digunakan dalam kejadian itu. 

"Siasatan awal kejadian berpunca daripada teguran mangsa terhadap suspek yang enggan basuh pinggan selepas makan dan mangsa menganggap suspek mungkin berdendam disebabkan itu. 

"Sebelum ini, mereka tidak pernah bergaduh. Pada jam 6 petang sebelum kejadian, mangsa ada melihat suspek seperti kemurungan dan bertanya jika dia ada masalah, namun dia hanya mendiamkan diri," katanya. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro


from The Reporter https://ift.tt/2ZDhpSZ
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2KgclNy
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...