Setelah hampir sebulan meringkuk dalam penjara kerana disiasat kerana mengeluarkan kenyataan yang mendakwa kemaluan bekas isterinya berbau ikan masin, pelakon sinetron, Galih Ginanjar akhirnya memohon maaf kepada Fairuz A Rafiq.
Permohonan maaf itu dibuat melalui surat yang ditulis di penjara dan dibacakan oleh isterinya, Barbie Kumalasari di depan petugas media di Balai Polis Metro Jaya, Jakarta Selatan, 30 Julai lalu.
Bagaimanapun, Fairuz enggan menerima permohonan maaf itu, malah bertambah geram dengan kenyataan bekas suaminya itu.
"Selama ini aku dizalimi, maruah dipijak-pijak, harga diri aku sebagai perempuan dipermainkan dan selama ini aku hanya mendiamkan diri," katanya.
Fairuz juga mempersoalkan mengapa permohonan maaf itu tidak dibuat lebih awal, selain mempertikaikan keikhlasan Galih memohon maaf kerana isi kandungan suratnya didakwa cuba mempromosikan lagu yang bakal dilancarkan selepas dia bebas dari penjara nanti.
"Astaghfirullah, baru sedar bahawa surat itu isi kandungannya bukan fokus nak meminta maaf. Terima kasih teman-teman yang memaklumkan kepada saya," tulisnya di Instagram.
Galih sebelum ini didakwa mengeluarkan kenyataan tersebut di dalam program wawancara di YouTube.
Ekoran tindakannya itu, Galih ditahan polis.
"Atas kecuaian saya kekhilafan dan kekeliruan hingga mengakibatkan ketidaktenangan Fairuz dalam menjalankan aktiviti seharian di mana pun dia berada.
"Saat ini saya sangat bahagia diberi kekuatan oleh Allah, hingga saya dapat berkarya menulis lagu selama menjalankan ujian di Pusat Tahanan Polis Daerah Metro Jaya.
"InsyaAllah selepas bebas daripada masalah ini, saya akan membuat dan merakam album kompilasi bersama Kaka, vokalis dari KK Band dan isteri saya," antara kata-katanya dalam surat permohonan maaf itu.
Sumber: MalaysiaKini
LAPORAN BERKAITAN
from The Reporter https://ift.tt/2GKjxRk
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2GKX8TN
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment