loading...

Saturday, 17 August 2019

Ibu tunggal curi 2 pek pati ayam dipenjara 2 bulan


Seorang ibu tunggal dilaporkan mencuri dua pek pati ayam di sebuah pasar raya bersama dengan bayinya berusia satu tahun. 

Menurut See Hua Daily, kejadian itu berlaku pada 4 Ogos lalu dan disedari oleh pihak pasar raya selepas mereka memeriksa rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) pada keesokan harinya. 

Ekoran itu, pihak pasar raya mengambil keputusan untuk membuat laporan polis terhadap suspek. 

Dua hari kemudian, polis telah menahan suspek di kediamannya. 

Selepas mengaku berbuat demikian, suspek menangis dan merayu agar diringankan hukuman kerana dia telah bercerai dan terpaksa menjaga bayinya seorang diri. 

Hakim menjatuhkan hukuman penjara sehari dan juga denda RM1,000. 

Namun tertuduh tidak mampu membayar jumlah denda itu kerana masalah kewangan. Hakim memerintahkan tertuduh dipenjara selama dua bulan. 

Difahamkan, dua pek pati ayam yang dicuri dari pasar raya itu bernilai RM183,96. Meskipun jumlah tersebut penting, tetapi tertuduh perlu membayar harga yang lebih tinggi kerana telah melakukan kesalahan mencuri. 



from The Reporter https://ift.tt/2KQf0hx
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2YXBPcI
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...