loading...

Thursday, 28 February 2019

'Aku masih di KLIA, nak balik hadap muka anak bini pun rasa nak nangis' - Pemandu Grab kesal dianiaya penumpang dan Grab Center


Hanya kerana laporan yang tidak munasabah dari penumpang, pemandu Grab ini terpaksa berputih mata apabila dia disekat dari terus menjalankan perkhidmatan Grab secara sambilan. 

Menurut Nur Ariff Makhar yang berkongsikan mengenai perkara itu melalui Facebooknya berkata, pihak Grab telah mengambil tindakan terhadapnya tanpa melakukan siasatan, sejurus selepas penumpang wanita itu membuat aduan mengenai perkhidmatannya. 

AKU buat Grab secara part time. Tapi dah macam full time. Sehari dekat 12 jam juga dalam kereta. Semalam aku pickup satu perempuan Melayu, dari PJ ke Setapak Mall, RM22 by cash. 

Dah sampai, perempuan itu tertidur dalam kereta. Dari gaya dia tidur itu, aku boleh agak dia mabuk. Then aku kejutkan dia, tanpa sentuhan apa-apa. Aku tinggikan suara sikit sebab lain macam, susah nak bangun. 

Dia bangun, macam nak tumbang. Then terus keluar dari kereta terhoyong hayang dan belum bayar lagi. Ini bukan bayar guna Grab Pay, tetapi bayar cash. 

So aku kejarlah dia, gelabahlah aku. Ini macam-macam benda nak kena settle ni. RM22 bagi aku besar. Kalau nak call center, payment lepas tiga hari. So tiga hari nak beli susu anak aku pakai daun semalu ke?

Aku kejar dia sampai ke lif. Selepas itu dia maki hamun aku sambil bagi RM30 dan katanya "Keep the change". Selepas itu dia maki aku lagi suruh blah. Ada seorang brother, agaknya penduduk di situ bertanya, "Apa hal bro?" 

Aku jelaskan aku pemandu Grab dan dia tak bayar lagi. Keadaan memang kecoh sebab dia menjerit-jerit. Dah macam aku pula yang buat salah. Tetapi orang boleh agak yang perempuan itu salah. Aku tak lawan apa-apa pun, cuma diam saja. 

Kalau kau pernah buat Grab, pickup orang mabuk, ini perkara biasa. Kami cuma mencari rezeki halal. 

Jadi ceritanya, kemuncak hari ini. Aku dari Bukit Mahkota, jam 8 malam dah sampai KLIA. Nak login apps tak lepas. Dah uninstall dan install semula pun tak lepas. Call Grab Driver Center, katanya ada orang report yang aku berkelakuan tidak sopan dengan rider. Macam itu saja. 

Kalau nak login semula, kena pergi menghadiri kelas selama sejam di PJ. Tak ada siasat apa-apa, terus kena suspend. 

Aku tak tahu nombor telefon dan maklumat perempuan itu. Kalau ada, memang aku buat report polis sebab buat jenayah syariah, memasukkan todi dalam badan. Nak gaduh? Kita gaduh habis-habis, perang pun tak apa. Spesis perempuan Melayu kaki todi ini memang patut ditumbuk tepat kat muka. Kalau non muslim, aku tak kisah. Ini muslim. 

Kalau ada sesiapa yang terbaca tentang kes ini, manalah tahu perempuan itu tulis di Facebook ke tentang aku, maklumkan. Pickup dari PJ ke Setapak Mall jam tiga pagi kalau tak silap. 

Aku nak cari dia dan nak balas maki hamun berbakul-bakul yang dia bagi aku tu. Nak gaduh biar gaduh habis-habis. 

Memang ramai driver Grab mengeluh. Grab buat kami macam lembu. Aku tak pernah ambil port pun. Tapi hari ini aku dah terkena. Esok pergi PJ, hadiri kelas sejam. 

Wahai babi, nak mabuk itu you punya hal. You muslim ke, non muslim ke, that is not my freaking bussines. Tapi janganlah menyusahkan orang. Aku pun ada tangan dan kaki sebagai senjata. Oh ya, memang aku gelarkan semua kaki todi ini babi.

Aku masih berada di KLIA. Nak balik hadap muka anak bini pun rasa nak menangis. Sedih dan marah. 

Susulan kejadian itu, Ariff telah membuat laporan polis di Balai Polis Kajang semalam dan  berharap pihak Grab membenarkan dia meneruskan perkhidmatannya sebagai pemandu Grab. 





from The Reporter https://ift.tt/2H8QpEr
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2UdxDzl
via IFTTT

Budak 11 tahun bunuh diri selepas dipengaruhi 'Momo Challenge'


Pihak berkuasa Filipina memberi araman kepada ibu bapa agar memantau penggunaan internet anak masing-masing selepas terdapat laporan di mana terdapat 'online challenge' yang mendorong kanak-kanak membunuh diri di negara itu. 

Kes yang pertama kali berlaku di Filipina, mangsa Chlyv Jasper 'CJ' Santos, 11 tahun, dilaporkan membunuh diri di sekolahnya di Bandar Quezon. 

Menurut ibunya, Paula Bautista berkata, dia percaya anaknya membunuh diri selepas dipengaruhi 'Momo Challenge'. 

"Saya akan akur kepada tuan saya dan saya akan bunuh mereka," kata mangsa ketika berada di unit rawatan rapi (ICU). 

Selepas mangsa meninggal dunia, ibu mendapat tahu bahawa CJ mempunyai rakan sekelas yang sanggup mencederakan dirinya, selain menemui mesej perbualan di antara mereka mengenai permainan membunuh diri. 

Menurut Paula lagi, dia turut memeriksa sejarah pelayaran internet CJ yang pernah membuat pencarian mengenai 'Momo Challenge'. 


Berdasarkan laporan kes yang melibatkan 'Momo Challenge', ia sepatutnya hanya sekadar trend di internet untuk mempengaruhi kanak-kanak dan remaja bagi melakukan beberapa aktiviti berbahaya, termasuk serangan ganas dan bunuh diri. 

Walaupun permainan itu telah banyak kali dikaitkan dengan kes bunuh diri di kalangan remaja di Argentina, Perancis dan Belgium, masih tiada bukti kukuh yang mengaitkan 'Momo'. 

Sumber: Next Shark


from The Reporter https://ift.tt/2VrpreT
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2H8MI1t
via IFTTT

Remaja patah tangan dibelasah rakan kerana lapor kegiatan mereka bawa rokok ke asrama


Seorang pelajar tingkatan dua patah tangan selepas dipukul beberapa remaja lain berusia 19 tahun dalam kejadian di Asrama Sentosa, Jalan Sentul, jam 6.30 petang, Rabu. 

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, mangsa dipercayai dipukul oleh suspek yang tidak berpuas hati dengan tindakannya memaklumkan kepada penyelia mengenai kegiatan suspek membawa rokok ke asrama. 

"Mangsa dikatakan memaklumkan kepada penyelia asrama mengenai kegiatan suspek yang membawa rokok ke asrama. 

"Terdapat beberapa pelatih di asrama itu yang memukul mangsa dan telah dikenal pasti oleh polis, namun tiada tangkapan dibuat setakat ini," katanya. 

Akibat dari kejadian itu, mangsa berusia 14 tahun itu mengalami patah tangan kanan dan kini sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL). 

Kes disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. 



from The Reporter https://ift.tt/2HcK0YV
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2XnWthQ
via IFTTT

Kakak biarkan dirinya terbakar untuk selamatkan adiknya


Kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan adik lelakinya dalam kebakaran yang berlaku di Hunan, China, pada 22 Februari lalu. 

Lapor portal berita Shi Xun Wan, kebakaran itu berlaku pada jam 3 pagi ketika keluarga itu sedang tidur. 

Si bapa terbangun dari tidur selepas terdengar anak-anaknya menangis meminta tolong, lalu segera pergi memeriksa keadaan mereka. 

"Ketika saya membuka pintu, api sudah marak. Tangga sudah terbakar, laluan untuk keluar di tingkat dua juga penuh dengan asap dan sangat panas. 

"Jadi saya segera menyuruh isteri saya pergi ke tingkap menjerit meminta tolong," kata si bapa. 


Dalam masa yang sama, si bapa menyedari suara anaknya semakin tidak kedengaran, lalu berlari ke bilik untuk menyelamatkan dua beradik itu. 

"Bilik itu sangat panas dan penuh dengan asap. Apabila saya berjalan ke katil, anak lelaki saya dibungkus dengan selimut sambil dipeluk oleh kakaknya. Kedua-dua mereka sudah tidak sedarkan diri," katanya. 


Dia kemudian segera mengambil anaknya dan berlari keluar dari bilik sebelum mendapatkan isterinya. Mereka terpaksa menunggu dan bertahan di tingkap sementara menunggu pihak bomba datang menyelamatkan mereka. 

Dua beradik itu kemudian dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan. 

Mangsa yang berusia lima tahun tidak mengalami kecederaan yang serius kerana dilindungi oleh selimut yang dipakaikan oleh kakaknya. Malangnya, kanak-kanak perempuan itu melecur tahap ketiga dengan 55 peratus kulitnya terbakar. 



Keadaannya yang kritikal itu menyebabkan dia terpaksa menjalani 30 kali pembedahan untuk menyelamatkan nyawanya. 

Namun, mangsa disahkan meninggal dunia pada 27 Februari. Manakala adiknya berada dalam keadaan stabil. 



from The Reporter https://ift.tt/2T2Cc2Z
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2H72idN
via IFTTT

'Dah takdir Ilahi, kebetulan wakil rakyat PH yang meninggal, salah ke?' - Satim mohon maaf atas kenyataan sensitif


Susulan dikecam pelbagai pihak selepas mengeluarkan kenyataan yang dianggap kurang sensitif dan diberi tempoh dua hari untuk meminta maaf oleh keluarga bekas ADUN terbabit, Ketua UMNO Bahagian Puchong, Datuk Mohamed Satim Diman tampil memohon maaf, namun menegaskan kenyataannya telah disalah tafsirkan. 

Satim tetap mempertahankan isi kandungan ceramahnya pada malam itu dan mendakwa kenyataan itu tidak ditujukan kepada mana-mana pihak. 

Selain itu katanya, pihak luar termasuk ahli keluarga bekas ADUN terbabit hanya memahami isi tersurat, bukannya maksud tersirat dalam kenyataan itu sehingga menyebabkan ia disalah tafsir. 

"Saya cakap ia takdir Ilahi, jadi ambillah iktibar. Cuba dengar betul-betul video saya. Dah takdir Ilahi dan kebetulan wakil rakyat PH yang meninggal dan hikmahnya bila jadi macam ini, PAS dan UMNO boleh bergabung, tak bergaduh serta ada kerjasama. Salah ke? 

"Saya tak niat nak tuju pada sesiapa tetapi kalau ia menjadi satu perkara sensitif, saya merendah diri dan minta maaf," katanya. 

Terdahulu, Satim dalam ceramahnya di Semenyih mengaitkan kematian wakil rakyat PH sebagai petanda dari Allah agar rakyat memilih parti yang tepat.

Sumber: Sinar Harian

BERITA BERKAITAN:


from The Reporter https://ift.tt/2ECWcQE
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2EpdJdQ
via IFTTT

Majikan tumbuk hidung pembantu rumah sampai patah hanya kerana mangsa terlewat bangun


Majikan wanita didakwa mendera pembantu rumahnya yang merupakan warga Indonesia semenjak mangsa baru bekerja dengannya dua bulan lalu, menyebab mangsa mengalami kecederaan termasuk patah hidung, lapor Asia One

Jenny Chan Yun Hui, 41, juga memukul kepala mangsa dengan mangkuk sehingga berdarah dan menumbuk muka mangsa beberapa kali sehignga mata kirinya lebam dan pengelihatannya terjejas. 

Chan mengakui bersalah di mahkamah atas tiga pertuduhan itu. 

Mangsa, Rasi, 27, mula bekerja di kondominium Chan Jalan Tanjong Rhu, Singapura, Februari 2016. 

Mangsa dikerahkan bangun jam 6 pagi setiap hari, sedangkan dia tidak cukup rehat dan selalu mengantuk ketika menjalankan tugas. Melihat keadaan Rasi begitu, Chan menjadi berang dan mula menderanya sejak April 2018. 

Dalam satu kejadian, Chan tidak berpuas hati dengan mangsa yang tidak menyelesaikan tugasan paginya lalu diberi 'hadiah' penumbuk. 

Chan juga memukul belakang kepala Rasi dengan mangkuk plastik dan berdarah. Selepas itu, dia menyimbah air pada luka mangsa dengan air mandian. 

Selain itu, Rasi pernah ditumbuk bertubi-tubi di bahagian hidung/muka kerana berang dengan mangsa yang bangun lewat. 

Chan menumbuk muka Rasi tanpa sebarang belas kasihan biarpun Rasi berkata dia ketika itu mengalami masalah pernafasan. Mangsa kemudian disahkan patah tulang hidungnya. 

Sebelum ini Rasi pernah menyuarakan hasratnya untuk berhenti bekerja. Tetapi Chan pula mengugutnya, sekiarnya Rasi lari, dia akan memaklumkan perkara itu kepada polis dan berdepan dengan hukuman penjara 20 tahun.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Awam Kelly berkata, tertuduh menumbuk mata mangsa beberapa kali hingga kedua-dua mata mangsa bengkak dan tidak dapat melihat. 

Atas nasihat pembantu rumah yang lain, Rasi keluar dari rumah dan pergi ke Kedutaan Indonesia untuk meminta bantuan. 

Mahkamah dimaklumkan Chan mempunyai sejarah perubatan yang berkaitan dengan mental dan ekoran kejadian itu, Chan bakal berdepan dengan hukuman penjara selama 15 tahun dan juga denda. 


from The Reporter https://ift.tt/2HbIR3s
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2IHenci
via IFTTT

Wednesday, 27 February 2019

Suami curang, ibu bunuh dan bakar mayat anaknya berusia 14 bulan


Seorang ibu muda ditahan kerana membunuh dan membakar anak perempuannya berusia 14 bulan hanya kerana mahu membalas dendam terhadap teman lelakinya yang curang. 

Kejadian itu dilaporkan berlaku di Manazo, Peru, di mana Marco Antonio Ticona Chiccalla, 23, mendakwa suspek, Lucero Oscava Burgos, 21, telah membunuh anaknya. 

Namun, suspek mendakwa anaknya terjatuh dari katil dan meninggal dunia sebelum mayatnya ditanam berdekatan dengan Sungai Hatun Mayu. 

Pendakwaraya Guadalupe Ramirez Mittani mengarahkan polis untuk melakukan siasatan di lokasi kejadian, malangnya mereka gagal menemui mayat mangsa. 

Polis menyoal siasat suspek sekali lagi yang akhirnya mengaku telah melemaskan mangsa dengan selimut sebelum membakar dan membuang mayatnya ke dalam silo gandum (ruang penyimpanan gandum). 

Suspek berbuat demikian kerana teman lelakinya curang dengan rakan sepejabatnya. 

Susulan pengakuan suspek, polis mengeledah silo gandum yang dikatakan itu dan menemui mayat mangsa dibungkus dalam selimut dan dalam keadaan terbakar. 

Mayat mangsa dibedah siasat untuk mengenal pasti punca kematiannya, sementara ibunya ditahan reman untuk siasatan lanjut. 

Sumber: Mirror


from The Reporter https://ift.tt/2Nz1waC
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2T1Gpnz
via IFTTT

'Guna Brokoli jadi hand flower pun boleh, hahaha!' - Netizen


Kelainan yang ditampilkan oleh pasangan pengantin baharu ini membuatkan netizen berasa terhibur berikutan pengantin perempuan memilih sayur brokoli sebagai hand flower pada hari majlis pernikahannya. 

Gambar dikongsi jurufoto Raja Nazrin sejak tengah semalam, diretweet lebih 4,172 kali. 

"Baru-baru ini aku dapat customer yang paling sempoi. Kome tengok hand flower dia, pakai brokoli je.
  


"Lepas tu letak manik. Look how cute it's. Nampak simple tapi rare! Silap-silap lepas habis kenduri terus buat masak paprik. Hahaha! 

"Bukan itu je, korang tengok pengantin lelaki punya butang baju melayu, pakai Lego! Memang sempoi bakhang. Hahaha!" - Raja Nazrin


Reaksi netizen:


Sumber: Twitter @rajanazrin_


from The Reporter https://ift.tt/2XvYM2i
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2BXb4rt
via IFTTT

'Are you wearing 34b or 36b? Nakal tak?' - Netizen terkejut baca screenshot perbualan nakal ini, FB artis ni kena hack ke?


"Mohon pupus artis spesis begini!" tweet @EyntanElysia pada jam 4.17 petang Rabu yang merujuk kepada screenshot perbualannya dengan seorang pelakon lelaki. 

Berdasarkan screenshot itu, difahamkan Eyntan bermesej dengan pelakon tersebut yang bertanya mengenai saiz pakaian dalam yang dipakainya. 



Memandangkan screenshot itu viral, tampil beberapa individu mengaku pernah menerima mesej 'nakal' dari artis terbabit. 



Bagaimanapun, ada segelintir netizen bersangka baik, berkemungkinan akaun Instagram pelakon berkenaan telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Netizen juga meninggalkan komen di Instagram artis itu yang bertanyakan apakah benar dakwaan itu. Tetapi sehingga kini dia masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan penafian.



from The Reporter https://ift.tt/2SwqEQu
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2tExLwd
via IFTTT

(Video) Ibu terleka sesaat, anak digilis kereta


Sekumpulan pejalan kaki segera menghulur bantuan kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang secara tidak sengaja dilanggar kereta dalam kejadian di Fujian, minggu lalu, lapor Next Shark

Mangsa terselamat dari kejadian itu selepas orang awam bersama-sama membantu mengangkat kenderaan jenis SUV itu yang menimpa badan mangsa. 

Berdasarkan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bertarikh 18 Februari lalu, mangsa dilihat sedang berjalan dengan keluarganya di tengah jalan.

Si ibu segera memimpin anaknya keluar dari laluan SUV itu yang disangkanya mahu meneruskan perjalanan ke depan. Sebaik merasakan anaknya berada di laluan selamat, si ibu leka berbual dengan seorang wanita di sebelah kanannya. 

Tanpa disangka, kereta SUV itu membelok ke kanan dan tidak menyedari posisi mangsa lalu melanggar dan menggilisnya sebelum berhenti selepas terdengar jeritan si ibu. 


Orang awam yang melihat kejadian itu segera datang membantu mengangkat kenderaan itu bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah tayar. 

Mangsa dibawa ke hospital dan disahkan hanya mengalami kecederaan ringan dan calar sahaja. 


from The Reporter https://ift.tt/2IUB5xN
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2VorqAE
via IFTTT

2 bulan batuk berdarah, rupanya ada lintah gergasi berkampung di tekak


Selepas menanggung derita batuk berdarah dan tekak gatal selama dua bulan, lelaki berusia 60 tahun ini akhirnya dimaklumkan tekaknya dihuni oleh seekor lintah gergasi. 

Sebelum ini, Li cuba mencari rawatan bagi merawat masalah kesihatannya itu, tetapi pegawai perubatan tidak dapat mengesan puncanya. 

Bagaimanapun misteri itu akhirnya terjawab selepas doktor menjalankan endoskopi terhadap Li dan menemui seekor lintah berukuran 4 inci di dalam tekaknya. 

Doktor Zhang Dadong, pakar di Hospital Perubatan Tradisional Cina Daerah Xingwen, menemui lintah tersebut yang sedang membesar di tekak pesakit berkenaan. 




Proses mengeluarkan lintah itu agak sukar sehingga Dr Dadong terpaksa meminta bantuan rakan sekerjanya. Dengan menggunakan sedatif aerosol, mereka akhirnya berjaya mengeluarkan lintah itu. 

Difahamkan, Li tinggal di kawasan pendalaman dan dipercayai terminum air mentah yang mengandungi telur lintah yang kemudian membiak di tekaknya dengan menghisap darah mangsa. 

Dr. Dadong berkata, penduduk di kawasan pendalaman seharusnya memasak air sebelum diminum bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang. 

Sumber: Next Shark


from The Reporter https://ift.tt/2Ti6BcV
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2NvVAPI
via IFTTT

Wakil rakyat PH mati satu persatu, petanda dari Allah kepada rakyat - Mohamed Satim


Ketua UMNO Bahagian Puchong, Mohamed Satim Diman menyifatkan kematian wakil-wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) sejak PRU14 yang lalu adalah petanda amaran daripada Allah agar rakyat Malaysia memilih parti yang tepat. 

Mohamed yang memberi ceramah dalam Ceramah Umum BN di pusat daerah mengundi Bandar Tasik Kesuma, Semenyih, malam tadi berkata, 

"... Yang hairannya, yang meninggal tu siapa? Wakil rakyat mana? Wakil rakyat PH, bukan wakil rakyat BN. 

"Jadi di situ sebenarnya Dia (Allah) memberikan amaran yang pertama, BN kalah di Sungai Kandis. Tak apalah, pasal belum nampak. Lepas tu ke Seri Setia pun kalah juga, tak apa. 

"Allah kata agak-agaknya orang Islam di Malaysia ni tak faham lagi ke? Dia meninggalkan (mematikan) dekat Balakong. Pun tak faham lagi. 

"Kau tak faham tak apa, aku bagi dekat Semenyih. Kalau itu tak faham (lagi), tak tahulah apa nak kata. Agaknya dunia dah nak kiamat kot," katanya lagi. 

Dalam ceramah itu juga, Mohamed membandingkan umur calon PH Muhammad Aiman Zainali dengan calon BN Zakaria Hanafi, dengan Nabi Muhammad SAW dilantik menjadi nabi. 

"Allah ambil Nabi Muhammad jadi nabi umur berapa tahun? 40 tahun. Umur yang matang. 

"PRU yang lepas, kalau tak ambil yang umur 93 tahun, yang Melayu mudah lupa tu, tak menang pun. (Mereka) cari orang berpengalaman, maksudnya orang yang mata," katanya. 

Sementara itu, netizen menyelar kenyataan Mohamed yang jelas sekali mempersendakan ketentuan Allah untuk meraih undi di PRK Semenyih. 




Sumber: MalaysiaKini


from The Reporter https://ift.tt/2EgwlNk
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2tH91U8
via IFTTT
loading...