loading...

Monday 7 January 2019

'Silap orang kau nak samun' - Penyamun parah dibelasah altet wanita UFC


Malang nasib, cubaan seorang lelaki menyamun telefon bimbit milik seorang wanita menemui kegagalan apabila dia dibelasah teruk oleh atlet wanita Ultimate Fighting Championship (UFC).

Dalam kejadian pada malam Sabtu lalu di Rio de Janeiro, Poly Viana mendakwa suspek juga menggunakan senjata tajam untuk mengugutnya. 

"Apabila dia ternampak saya menyedari kehadirannya, dia duduk di sebelah saya dan bertanyakan saya. Selepas menjawabnya, saya nampak dia enggan beredar. 

"Dia kemudian berkata, 'Berikan saya telefon itu. Jangan cuba melawan sebab saya bersenjata', dan dia acukan tangannya (kononnya pistol), tapi saya menyedari ia terlalu lembut.


"Jadi, saya berdiri dan terus menghayunkan dua penumbuk dan tendangan kepada dia yang kemudian terjatuh. Saya terus menangkap dia dengan 'mengunci' lehernya dari belakang.

"Saya duduk di belakangnya dan menunggu kedatangan polis di lokasi kejadian," katanya. 

Sumber: Daily Mail


from The Reporter http://bit.ly/2LUEIS7
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2H2UfjU
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...