loading...

Monday 7 January 2019

'Saya tak tahu menahu menjadi kesalahan menampal papan tanda berkenaan' - Pemilik restoran


Minggu lalu, seorang pekerja sebuah restoran mamak di Seksyen 25 Shah Alam ditampar kerana menegur tiga pelanggannya yang mengabaikan larangan merokok di dalam premis makanan yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru-baru ini. 

Ekoran dari kejadian itu, pemilik restoran terbabit membuat laporan polis untuk tindakan lanjut. 

Bagaimanapun, salinan laporan polis itu turut dimuat naik ke media sosial yang membawa kepada pendedahan bahawa restoran itu bukan dimiliki oleh peniaga beragama Islam. Perkara itu mencetuskan tanda tanya di kalangan netizen dan pelanggan yang pernah menikmati makanan di restoran tersebut. 


Berdasarkan gambar viral, papan tanda perniagaan restoran itu turut menggunakan tulisan jawi. Di bahagian dalam premis juga terdapat ayat Al-Quran yang digantung di dinding. 

Bimbang dengan status premis tersebut yang menggelirukan pengguna beragama Islam, netizen membuat aduan kepada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). 

Bertindak di atas aduan orang awam, JAIS bersama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melakukan serbuan ke atas premis tersebut.

Siasatan dalam sijil pendaftaran syarikat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati premis itu dimiliki dua individu. Seorang beragama Islam dan seorang lagi bukan beragama Islam. 

Pemeriksaan ke atas semua pekerjanya juga mendapati, hanya dua pekerja sahaja beragama Islam, manakala selebihnya beragama Hindu. 


Bekalan bahan mentah seperti daging kambing juga diperolehi dari pembekal yang tidak memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) sah. Selain itu, tahap kebersihan premis tersebut juga tidak memuaskan. 

Paling meragukan premis itu menggantung bungkusan kain berwarna kuning di sebelah ayat Al-Quran  yang dipercayai sebagai tangkal.

Akibatnya, pemilik restoran itu akan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 kerana menghina Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina. 

JAIS juga mengarahkan pemiliknya hadir ke ibu pejabat JAIS untuk memberi keterangan. 

Pemilik restoran, T Krisnasamy berkata, pihaknya akur denga arahan JAIS dan menjelaskan dia serta rakan kongsinya tidak mengetahui mengenai peraturan atau syarat mengenai perkara itu sebelum ini. 

"Memang sebelum ini saya tak tahu menahu menjadi kesalahan menampal papan tanda berkenaan.


"Saya juga sebelum ini tetap menitikberatkan soal kebersihan termasuk menyediakan ruang solat bersih untuk pelanggan beragama Islam," katanya. 

Sementara itu di media sosial, netizen memuji tindakan pantas pihak JAIS dan KPDNHEP yang bertindak selepas mendapat aduan dari orang awam. 

Difahamkan, premis itu kini lengang dan tidak menerima banyak pelanggan semenjak perkara itu viral di media sosial. 



from The Reporter http://bit.ly/2SIbHf5
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2CVFT0u
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...