Lucu bagi sesetengah orang, tetapi tidak bagi tuan empunya badan dan apatah lagi keluarga kedua-dua belah pihak apabila tindakan seorang guru memuat naik kisah dua murid ini sehingga tersebar di media sosial.
Terdahulu, seorang guru berkongsi kisah dua murid yang dianggapnya lucu di mana murid perempuan enggan datang ke sekolah selama 10 hari kerana diejek oleh rakan sekelasnya.
"Pagi tadi saya masuk kelas ganti, saya tanya murid perempuan ini sebab dia tak datang ke sekolah selama 10 hari dan ada tak sesiapa yang membulinya di sekolah? Dia jawab tak ada.
"Saya tanya lagi, ada tak yang ejek dia dan jawabnya ada. Saya tanya siapa, dia beritahu nama murid lelaki itu dan saya pun memanggil murid terbabit.
"Saya tanya murid perempuan itu apa yang murid lelaki ini ejek dia.
"Dia kata saya BURGER!"
"Saya tahan ketawa lagi. Lepas itu, murid lelaki itu pun beritahu yang budak perempuan itu juga ada mengejeknya. Saya bertanya pada murid perempuan itu, apa yang dia ejek padanya. Dengan selambar dia kata,
"BURGER HANGUS!"
"Adoiiii. Saya terus tergelak besar sebab tak tahan dengan ejekan mereka berdua.
"Sabar sajalah kan. Budak-budak ini kaitkan saiz badan dengan burger. Saya pun suruh mereka berdua bermaafan sesama mereka. Serius kalau saya tengok gambar ini memang akan ketawa sendiri," tulisnya.
Malangnya, ahli keluarga mangsa yang menyedari gambar itu tular di media sosial bertindak menegur perbuatan guru terbabit.
"Saya selaku ahli keluarga murid lelaki agak terkilan dengan posting ini. Saya rasa ini bukan bahan lawak untuk dipertontonkan. Lagi-lagi muka terpampang dalam ini.
"Dia (murid lelaki) sendiri sudah berasa malu dan menangis sampai ke petang. Satu taman okay, yang gelakkan dia sampai dia terpinggir. Bila balik, dia mengadu kepada saya.
"Dia tidak pernah meminta dilahirkan hangus dan gemuk seperti itu dan dia ejek budak itu pun sebab orang mengejek fizikal dan warna kulitnya.
"Jadi saya rasa sebagai seorang guru yang berdedikasi tidak wajar memuat naik posting dengan gambar seperti ini. Tengok berapa ratus komen dan dia sudah menjadi bahan gelak ketawa.
"Yang gelak itu semua juga adalah ibu bapa. Kalau kena pada anak sendiri, sudah tentu anda juga akan naik angin. Budak itu (murid perempuan) orang tak gelak sangat sebab kulitnya cerah," tulisnya.
Menurut ahli keluarganya, murid berkenaan baru saja kehilangan bapa. Apabila ibunya melihat sendiri posting yang tular itu juga menangis seolah-olah fizikal anaknya dihina.
"Telefon pintar bukan boleh sebarangan buat posting dengan memaparkan wajah seperti ini. Kalau betul dia buat salah, tanya dia nombor telefon ibunya dan panggil datang untuk bersemuka. Bukan dengan cara viralkan seperti ini.
"Bagi cikgu, ini mungkin hal budak-budak tetapi tidak bagi ibunya. Hal seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Bukan semua benda boleh viral. Jaga-jaga dalam posting. Sekian," tulisnya.
Sementara itu netizen di media sosial juga tidak bersetuju dengan tindakan guru berkenaan yang jelas sekali mengaibkan dua murid terbabit.
from The Reporter https://ift.tt/2OTcyb1
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2Msy597
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment