loading...

Friday, 30 June 2017

'Dia terima saya walaupun saya tiada kerja tetap, tiada harta...'


You deserve it, sayang. Walaupun belum lagi mendapat kereta impian awak, tetapi kita selangkah lagi menghampirinya. 

Di usia isteri 18 tahun, saya 22 tahun, dia menerima saya sebagai suaminya yang tiada apa-apa. Dia bijak dan pandai berdikari. Walaupun hidupnya senang dari kecil, anak orang berada, namun dia sedikit pun tidak malu berganding dengan aku. 

Dah berdiri, tetapi sanggup duduk balik. Kemudian beri semangat untuk aku berdiri. Terima aku yang tiada kerja tetap, tiada harta, hanya ada sebiji motosikal, kereta kancil yang ada pun adalah milik ayah punya. Bila saya jatuh, dihina, ditipu, dia akan kata, "stay strong sayang, our day will come.". 

Dari awal perkahwinan, dia tidak pernah mengeluh nak baju, kasut, beg baru. Kalau saya nak belikan pun, dia akan kata "Takpelah, takde yang berkenan.". Senang cerita dia tak akan nak beli baru. Selagi kasut itu tak rabak, beg tak rosak, baju tak lusuh. Akhirnya perangai dia masih begitu sehingga ke hari ini walaupun sekarang saya dah lebih dari mampu. Terbawa-bawa agaknya. 

Sudah sembilan tahun berkenalan, dah dekat empat tahun perkahwinan. Hadiah ini mungkin tidak seberapa jika hendak dibandingkan dengan jasamu wahai isteri. Memang tidak semestinya beri hadiah untuk menghargai isteri. Namun saya tetap usaha untuk menjadi ayah dan suami yang baik dalam setiap sudut. 

Dia yang banyak memberi semangat dan mendorong saya. Dalam waktu yang singkat, kami berusaha sedaya upaya sebab kejayaan dan duit tak datang bergolek.

Waktu itu saya perlu menanggung isteri dan perlu membantu ibu bapa, adik beradik yang lain. Dari sale cukup-cukup makan, sekarang alhamdulillah. Dari buat berdua suami istrei, sekarang dah ada leibh 600 ahli gudang Hero ejen seluruh Malaysia. 

Tak kisahlah orang nak kata apa, yang penting saya bagi pada isteri, bukan pada orang lain pun. Sekurang-kurangnya kami berusaha dengan hasil sendiri. Mula-mula kahwin dulu, simpanan tak banyak sebab masing-masing muda. Jadi sikit-sikit kami kumpul duit modal berniaga. Tiada nak meminta duit dari orang tua. Ada orang sebelum kahwin, dapatkan kerja yang bagus, kumpul duit dulu, beli rumah dulu supaya kahwin nanti selesa sikit. 

Post saya ini untuk dijadikan sebagai aspirasi kepada suami yang seperti saya, yang tiada apa-apa pada mulanya. Yang penting, jangan ada isteri tak redha dan tak ikhlas di depan mahupun di dalam hati. Nanti rezeki suami semakin sempit.

Contoh yang paling mudah, suami tak dapat belikan tudung baru, isteri jangan buat muka. Suami lupa singgah belikan sesuatu, isteri jangan diam sepanjang perjalanan dalam kereta.

Tahun pertama dan kedua perkahwinan memang akan terasa sangat berat dan susah. InshaAllah akan ada jalan, sama-sama cuba berusaha untuk tingkatkan diri. Kalau dapat suami yang pemalas, isteri tolong nasihat dan tunjuk contoh. Rezeki dan ujian setiap orang adalah berbeza. Saling ikhlaskan hati, tolak ansur dan beri semangat.

Sumber: Meor Azlan


from The Reporter http://ift.tt/2utXPZh
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2u8VJyB
via IFTTT

Anak lelaki langsung tak fikir bantu keluarga, alasan dia ada keluarga sendiri


Pasti ramai yang melalui situasi ini dan adakalanya rasa seperti tidak adil, sedangkan ia merupakan tanggungjawab adik beradik yang perlu digalas bersama-sama. Ibu bapa sepatutnya bersikap adil dalam melayani anak-anak, bukannya memanjakan seorang anak, kemudian yang lain dibebankan dengan pelbagai tanggungjawab. 

Nak cakap, mesti ramai golongan ibu yang tidak boleh menerima. Tetapi itulah kenyataan walaupun bukan semuanya begitu. 

Tetapi kebanyakan tengok ibu bapa, anak lelaki selalu dimanjakan dengan alasan 'dia lelaki'. Masa muda, lelaki boleh keluar dengan kawan-kawan, balik lambat sehingga ke waktu malam. Alasan, 'dia kan lelaki'. 

Setiap kali hari raya, anak perempuan yang tak tidur malam tolong mak. Anak lelaki pula sibuk dengan kawan bermain bunga api. 

Masuk usia remaja, anak lelaki langsung tak ada fikir nak membantu keluarga. Sebaliknya anak perempuan yang kena bekerja, menjaga adik beradik, kena jaga rumah. 

Bila dah kahwin, anak perempuan yang kena beri duit belanja setiap bulan kepada ibu bapa. Yang anak lelaki? Bila ibu bapa call, barulah nak beri duit belanja. Alasannya, dia ada keluarga sendiri. Habis tu, yang anak perempuan ini tak ada keluarga dia sendiri ke? 

Harap generasi kita janganlah beri layanan kepada anak lelaki berbeza dengan anak perempuan. Pukullah mereka, tetapkan had masa untuk mereka pulang ke rumah, untuk belajar. Ajar mereka mencari kerja, bukannya asal bergaduh saja, salahkan orang lain. 

Bila anak-anak yang lain suruh ibu bapa tegur anak lelaki, ibu bapa pula kata, "Dia tu bukannya boleh kena tegur, nanti merajuk.". Ketahian apakah ini? 


Itulah situasi yang banyak berlaku hari ini. Hati anak lelaki dijaga, tetapi hati anak-anak perempuan sentiasa dilukai. Padahal, anak-anak perempuan yang lebih banyak fikirkan keluarga berbanding anak lelaki yang suka berseronok dan langsung tak fikirkan keluarganya. 

Nota: Nama penulis asal belum dapat didedahkan. Bimbang netizen yang tidak bersetuju akan menyerang penulisnya pula. 


from The Reporter http://ift.tt/2sr0OFh
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2u8DCZu
via IFTTT

Badan bayi melecur 50% terkena air rebusan ketupat


AYER KEROH, MELAKA - Seorang bayi lelaki melecur lebih 50 peratus selepas badannya terkena air rebusan ketupat secara tidak sengaja, lapor Harian Metro. 

Dalam kejadian petang Sabtu lalu di rumahnya di Ayer Keroh, mangsa, Muhammad Aniq Mohd Sharudin, 10 bulan, dikatakan berada dalam kerusi jalan bayi (baby walker) sebelum mencapai periuk rebusan ketupat. 

Periuk itu kemudian terbalik dan air rebusannya tertumpah pada badan mangsa yang melecur 50 peratus. 

Mangsa segera dihantar kedua ibubapanya ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan. 

Mangsa yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil, namun masih belum sedarkan diri kerana berada di bawah pengaruh ubat. 

Sementara itu di media sosial, ibu saudara mangsa meminta netizen berhenti menyalahkan adik dan suaminya kerana kejadian yang berlaku itu diluar jangkaan mereka. 

"Ini anak kepada adik saya. Benda nak jadi, jangan salahkan ibu bapa mangsa. Kami sekeluarga masih trauma dan menyesal setiap kali melawat Aniq di hospital. 

"Perasaan kami tidak dapat digambarkan. Siang dan malam ibu dan ayah dia menunggu. Qada dan qadar terima dengan redha. 

"Alhamdulillah anak buah dah stabil dan doakan agar dia kuat. Jadikan sebagai iktibar dan semoga kejadian ini tidak berlaku pada keluarga anda," tulis Cik Wana. 


from The Reporter http://ift.tt/2sux6dP
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2txX5FR
via IFTTT

Selepas sembur benda ni, satu keluarga lipas muncul dalam kereta


Sebelum ini ada yang saran gunakan minyak masak terpakai dan seketul majerin untuk menarik perhatian lipas sebelum terperangkap dalam takungan minyak itu. Namun, perkongsian dari Maymen Mahali ini pula menggunakan racun serangga jenama Fumakilla Vape yang mungkin anda boleh cuba buat dalam kereta masing-masing.

Sebelum ini ada terbaca post tentang orang sembur racun Fumakilla Vape di dalam tandas sampai cicak pun jatuh tersungkur. Jadi, dari post itu aku dapat idea. 

Semalam balik dari open house, aku gigih pergi mencari benda ini. Aku pun semburlah sekali dalam kereta. Selepas itu masuk rumah dan tidur dengan harapan agar serangga dalam kereta itu bisa mampus. 



Pagi ini pergi periksa keadaan dalam kereta. Selalu kalau masuk kereta, adalah empat atau lima ekor lipas yang akan menunjukkan dirinya. Tapi tak sangka pula kali ini begitu ramai keluarga lipas ini muncul. 

Malam ini aku nak sembur lagi benda ini dengan harapan terhapuslah saki baki keluarga lipas ini. 

Ini adalah iklan Fumakilla Vape yang tidak berbayar. Harap maklum. Hahaha!


from The Reporter http://ift.tt/2sXEEsY
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2s8ywex
via IFTTT

Thursday, 29 June 2017

'Jika cucu-cucu saya, dah lama kena tangan' - Chef Wan


Bila datang beraya di rumah orang, ibu bapa perlulah mengawal dan menjaga kelakuan anak mereka agar tidak menimbulkan sebarang masalah sehingga mengundang rasa tidak senang tuan rumah. 

Baru-baru ini Chef Wan meluahkan rasa tidak puas hatinya mengenai sikap sesetengah ibu bapa yang hanya membiarkan anak-anak mereka berkelakuan seperti itu. Pernah dia terpaksa menegur anak-anak tetamunya dengan cara baik. Bagaimanapun katanya, ada ibu bapa yang tidak senang dengan tindakannya itu. 

"Setiap hari raya, saya pasti ada masalah dengan kuah rendang atau kuah kacang yang meninggalkan kesan kotoran di kerusi meja makan.  My bro kata, ada anak tetamu yang jatuhkan kuah makanan di atas kerusi. 

"Setiap tahun, macam-macam tetamu yang menziarahi rumah kami yang anak-anak kecil mereka bermain meramas kuih-kuih dan taburkan di atas lantai. Tetapi Ibu bapa mereka kisah pun tidak. 

"Sudah tentu saya akan menegur mereka seperti mana saya menegur sesetengah tetamu yang mengambil kek dan biskut, kemudian tinggalkan di pinggan tanpa memakannya. Saya tegur mereka dan kata, jika tak nak makan, jangan membazir makanan seperti itu. Teguran ini bukan sahaja untuk orang dewasa, tetapi untuk kanak-kanak juga. Sebab ramai lagi yang nak menjamunya. 

"Ibu pernah tegur tindakan saya menegur anak-anak tetamu kerana bimbang tetamu kecil hati. Saya beritahu ibu bahawa tetamu yang berperangai seperti itu perlu ditegur. Jika tidak, ia akan menjadi tabiat yang kemudian akan dibawa dan dilakukan pula di rumah orang lain. 

"Bukan jenis saya untuk melihat saja perbuatan seperti itu dan bercakap di belakang mereka mengenai perbuatan mereka yang saya tidak suka. Saya lebih suka tegur depan-depan secara baik. Saya rela tidak ada tetamu seperti itu yang tidak belajar bagaimana menghormati rumah orang. Segala adab nak masuk ke rumah orang, mereka mesti pelihara dengan baik. 

"Saya juga pantang bila ada tetamu yang datang ke rumah suka meraba itu dan ini. Ada yang selalu bertanya berapa harga itu dan ini. Bila ada yang tanya berapa harga nilai rumah atau harga almari antik itu dan ini, pasti saya bahasakan, 'nak tolong bayarkan hutang ke, sibuk menanya itu dan ini harga berapa?'," tulisnya di Instagram,

Bukan itu sahaja, ada juga tetamu yang menggunakan tandas di rumahnya tidak mengepam tandas selepas digunakan dan kencing berterabur. 

Bagaimanapun, Chef Wan bukanlah melabelkan semua tetamunya begitu. Hanya segelintir sahaja yang berperangai seperti itu. 

"Macam-macam manusia yang tak ambil kisah. Yang anak lari sana sini seperti dirasuk pelesit pun ada. Langsung tak makan saman. Bila dah kena jerit dengan saya beberapa tahun lalu, langsung tak datang lagi. Mana tidaknya, ibu bapa boleh pandang macam tunggul saja. 

"Jika cucu-cucu saya, dah lama kena tangan seperti arwah ayah saya lakukan sewaktu kami kecil dahulu. Ibu cubit adik-adik sampai lebam.

"Pelik bila kita jadi ibu bapa tak boleh lentur anak-anak sejak kecil lagi," tulisnya. 


from The Reporter http://ift.tt/2tvwaKU
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2trYYmN
via IFTTT

'Masalahnya, saya jatuh cinta semula dengan ex walaupun dia isteri orang'


Tiada penyakit, mencari penyakit. Biarpun luahan tidak bernama, namun netizen mengecam tindakan lelaki ini yang dianggap tidak bersyukur dengan apa yang ada. 

Mana tidaknya, perkahwinannya yang sedia ada telah dikurniakan empat cahaya mata. Namun hatinya masih tidak setia dan berpaling tadah apabila terjumpa semula bekas teman wanitanya. 

"Saya seorang suami dan bapa kepada empat orang anak. Masalah saya, saya jatuh cinta semula dengan ex saya yang asalnya kami telah bersetuju untuk menjadi abang adik (angkat). Tetapi hati saya tak boleh melupakan dia biarpun sudah puas mencuba. 

"Dia juga telah menjadi isteri orang dan saya tak salahkan dia. Dia tidak menganggu rumah tangga saya pun. Malah dia cukup menyampah jika terserempak dengan saya. Annoying katanya. 

"Tetapi semakin dia melarikan diri, semakin hati ini makin kuat menyayangi dia. Dia istimewa. 

"Lagi seminggu mahu merisik, dia putuskan hubungan apabila mendapat tahu yang saya adalah suami orang. Tetapi lelaki boleh kahwin empat, bukan? Macam manalah saya mahu mendapatkan dia semula?" katanya di laman Facebook Kisah Rumah Tangga

Dalam masa yang sama, lelaki itu meminta netizen tidak mengecamnya. Meskipun dia sudah beristeri dan punyai empat orang anak, terdetik di hatinya untuk membawa lari saja bekas teman wanitanya itu. 

Sementara itu, netizen tidak dapat menahan diri dari mengecam perbuatan lelaki terbabit dan menganggapnya kekurangan akal sehingga lalai dan bertuhankan nafsu. 

"Adududu cik abang oi. Bawa-bawalah bertaubat. Dia tu bini orang. Kau jangan sampai bini kau pula yang annoying dengan kau. Tak sedar diri, mati lagi baiklah. Menyakitkan hati anak bini saja tau," kata Ummi Zahira Amani. 

"Dah dia bini orang, jadah apa kau nak pergi merisik, babi?" kata Olivia Hedwig. 

"Cuba bayangkan kalau ada lelaki yang tergila-gilakan isteri kau. Tak ke naya?" kata Siti Nur Hazwani. 


from The Reporter http://ift.tt/2upbpgu
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2upfe59
via IFTTT

'Kau siapa nak masuk campur hal rumah tangga aku? Dahlah tak pakai tudung!'


SEPANG, SELANGOR - "Hal rumah tangga jangan dibawa ke tempat awam, malu orang tengok" demikian kata netizen selepas membaca perkongsian dari Suri Kempe yang dimuat naik jam 6.49 petang semalam.

Dalam kejadian yang berlaku di KLIA, Suri dan rakannya ternampak seorang lelaki sedang mengasari isterinya. Niat Suri mahu membantu menenangkan keadaan, namun dia pula dimarahi lelaki terbabit. 

So this happened as Zuly and I tried to catch the train back from KLIA today. We walked down the escalators and as we came down the final one towards to end of the hallway, I saw some guy pushing and shoving who I presumed to either be his girlfriend or wife repeatedly. She managed to escape his grasp and he was about to go after her:

Me: "Eh, tolong jangan nak belasah-belasah girlfriend."

As*hole: "Eh, itu isteri saya!" (as if that made it all ok!)

Me: "Ha, kalau isteri lagilah jangan pukul macam gitu. Dah kenapa?"

As*hole: "Apa masalah sekarang ni?" (trying to get in my face and puffing his chest)

Meanwhile, his friend who is standing behind several pieces of luggage on the side keeps telling me to not to get involved.

Me: "Eh, kalau dia nak pukul bini dia macam ni, bukan saja masalah saya, tetapi masalah semua orang kat sini. Boleh aje saya report."

As*hole: "Report? Report ah!!! Bitch! Jangan nak masuk campur hal saya."

Wife comes along and tries to apologize for her husband's behavior. After she assured me she was okay, suddenly the asshole yells,

"Kau ni siapa nak masuk campur hal aku? Dahlah tak pakai tudung!!"

I was walking away at this point, but when he yelled that out I turned around, and yelled back. 

"Hey! Lelaki melayu dayus, dahlah pukul bini and mulut macam sial. Ada hati nak kutuk saya tak pakai tudung? Inilah masalahnya kalau dah bodoh!" and I turn and walk away. 

Of course, the stupid name calling doesn't stop and I can hear him cussing in the background. When I finally remembered that it would make sense to take a picture of him, I was already behind the turnstile. But whenever I pointed the phone towards him, he would attempt to hide behind someone. And flick me off on the side.

Sementara itu di media sosial, netizen memuji tindakan Suri yang cuba melindungi wanita berkenaan dari terus dikasari lelaki dayus itu. 

"Itulah yang sepatutnya dilakukan oleh orang awam apabila ternampak kejadian seperti ini walaupun ramai yang akan bersikap seperti lelaki dayus itu, tak nak campur urusan rumah tangga orang lain.

"Lelaki yang jerit tak pakai tudung tu memang tak ada modal lain. Otak singkat, perangai hodoh," kata Rohana. 


from The Reporter http://ift.tt/2tq9YS3
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2tqha0J
via IFTTT

Lelaki 'serang' balai polis dengan pisau, namun anggota polis ini berjaya menenangkannya


BANGKOK, THAILAND - Seorang lelaki yang terdesak, memasuki sebuah balai polis di Bangkok dengan membawa sebilah pisau yang besar di tangannya. 

Anggota polis, Anirut Malee, yang berada di balai pada ketika itu tenang dan tidak menggunakan pistolnya untuk menangani situasi itu. Sebaliknya, Anirut memilih untuk duduk di meja berhampiran dan mula bercakap dengan lelaki terbabit. 

Dalam masa yang sama, Anirut dengan tenang cuba meminta lelaki terbabit yang masih menghunus pisau ke arahnya untuk menyerahkan pisau itu. Tanpa disangka, lelaki itu menuruti arahan Anirut dan serta-merta menyerahkan senjata tersebut. 

Setelah pisau itu diserahkan, Anirut perlahan-lahan menghampiri lelaki itu dan memberikan pelukan kepada lelaki berusia lingkungan 45 tahun itu yang menangis teresak-esak.

Selepas berjaya memeluk dan menenangkannya, Anirut segera melemparkan pisau itu arah kanan. Lelaki itu berulang kali memohon maaf kepada semua anggota polis yang berada di balai berkenaan. 

Melihat lelaki itu berada dalam keadaan tertekan, Anirut sekali lagi cuba menenangkan dan memberinya sebotol air mineral. 

"Dia sebelum ini pernah menjadi ahli muzik, tetapi kini dia baru saja bekerja sebagai pengawal keselamatan selama tiga hari dan belum mendapat gaji harinya. 

"Punca sebenar kejadian ini ialah gitar kesayangan dia telah dicuri, menyebabkan dia sangat tertekan lalu mengambil tindakan tersebut. 

"Saya dengar luahannya dan bersimpati dengan apa yang berlaku terhadap dirinya. Dan saya juga berkata saya ada gitar dan akan diberikan kepada dia selain mencadangkan kami patut keluar makan bersama selepas ini," kata Anirut. 

Lelaki yang tidak dinamakan itu kemudian dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan mental. 

Difahamkan, tiada sebarang dakwaan yang akan dikenakan terhadap lelaki terbabit. 


Video yang dimuat naik oleh Newsner.com itu pada jam 9.26 malam semalam telah ditonton 53 juta kali, 771 ribu likes dan dikongsi sebanyak 1,193,042 kali oleh pengguna Facebook. 


from The Reporter http://ift.tt/2tpbof8
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2t4pKzh
via IFTTT

Wednesday, 28 June 2017

'Patutlah duit gaji selalu habis, rupanya main betina' - 3 tahun ditipu suami


Salam admin. Hari ini saya nak kongsi dengan wanita di luar sana. Jadi wanita harus kuat, jangan terus diperbodohkan. Sudah tiga tahun saya berkahwin dan dikurniakan dua orang anak. Sepanjang tiga tahun itu suami curang terhadap saya, pergunakan saya dan memperbodohkan saya. 

Untuk suami, terima kasih. Kau mengajar aku mengenal manusia. Kau ajar aku yang mana benar, yang mana dusta. Kat-kata kau kahwin aku cuma satu dusta. Mulut kau penuh dosa dan begitu juga dengna seluruh anggota badanmu.

Untuk jari yang telah kau patahkan, untuk hati yang telah kau remukkan, untuk harta dan duit yang telah kau curi, untuk segala sakit yang kau berikan, untuk segala caci dan maki, tidak pernah dapat aku maafkan. Biar Allah SWT lebih mengetahuinya. 

Untuk Zaza perosak rumah tangga, jadilah perempuan bermaruah. Waktu dulu ya, suami aku tipu kau cakap dia bujang. Tetapi sekarang hakikatnya bila kau dah tahu, kau yang terhegeh-hegeh mencari suami aku. Kau terhegeh-hegeh mengadai maruah. 

Sebab sayang? Kenapa dia ajak kau kahwin tetapi kau tak nak? Sebab kau pun cuma minta duit, kan? Aku bagi pun dia kahwin dengan kau, tak pernah aku halang. Dari terus bermaksiat.  Tetapi lepaskan aku dengan cara baik sebab aku tak nak bermadu dengan wanita tarafnya seperti kau. 

Keluarga saya menerima dia tanpa sebarang hantaran. Ikhlas berharap anak diberi sepenuh kasih sayang. Tanpa apa yang diberikan? Kecurangan, keseorangan, penipuan, patah mematah. 







Saya sudah letih berkahwin dengan suami kaki penipu. Dah tak terdaya nak memperbetulkan keadaan kerana jika benar, harus ada usaha dari dua pihak. Tetapi bila ada syaitan mengoda (perempuan tak tahu malu), memang kelautlah jawabnya. Lebih baik hidup sendiri dari bertemankan air mata. Bersuami tetapi seringkali bersendirian. 

Ketika saya kahwin, suami saya tiada apa-apa. Saya bantu dia untuk bangkit bersama-sama. Saya beri kenderaan memudahkan dia pergi bekerja. Di saat dia memerlukan duit, saya berikan. Tetapi hakikatnya dia buat saya seperti bank dengan alasan nak duit minyak, duit makan.

Rupa-rupanya main betina. Betina pun cuma minta duit. Ya betul, suami cakap pada mulanya kau perempuan bayaran. Sekarang terbukti, kau minta duit, kau bagi badan. I am pity a bitch like you. Menagih kasih perosak rumah tangga orang. 

Untuk pengetahuan, duit gaji suami seringkali habis dengan alasan diberi kepada keluarga (keluarga suami susah). Saya tidak pernah marah tetapi apa yang membuatkan saya kecewa ialah, selepas saya korbankan tetapi saya dapat cuma penipuan dan layanan seperti hamba. 

Doakan semoga perjalanan saya lebih sempurna bersama anak-anak. Saya tidak mahu hidup dalam kemaksiatan suami dan perempuan yang tidak tahu malu itu. Saya bagi suami kahwin, cuma saya tidak mahu bermadu. Saya minta diceraikan dengan cara baik.

Setiap kali itu cakap dia kahwin cuma satu? Tetapi melayan isterinya seperti hamba. Saya memang dah tak ada hati buat suami. Cuma selama ini bertahan untuk anak-anak. Tetapi hari demi hari saya rasa tiada guna. Dia bukannya ada masa untuk anak-anak. Saya lebih selesa untuk hidup sendiri. 

Untuk wanita yang dianiaya, jangan terus biarkan diri anda dianiaya oleh suami. Kalau sayang, tiada curang. Kalau nak berubah, sudah lama berbuat demikian. Tiga tahun saya dianiaya, sudah cukuplah. Saya letih dan saya juga mahu hidup gembira.

Sumber: Kisah Rumah Tangga


from The Reporter http://ift.tt/2sjA3Te
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2sTuXvy
via IFTTT

'Demi anak-anak, saya nekad tempuh perjalanan lebih 6 jam ke Temerloh' - Norle


TAIPING, PERAK - "Jika tiada Norbaya sekeluarga ketika itu, saya tidak tahu bagaimana untuk kami tiga beranak berdepan dengan dugaan yang menimpa," demikian kata Norle Azura Muhamad, 33, yang video dan gambarnya membonceng dua anak kecilnya itu viral di media sosial semalam, lapor Harian Metro

Norle berkata, pertemuan mereka bersama Norbaya Ahmad, 34, semalam ketika dia bersama anak perempuan dan lelakinya masing-masing berusia 2 dan 7 tahun dalam perjalanan pulang dari rumah adik perempuannya di Kuantan selepas beraya di rumah ibunya di Temerloh, Pahang. 

"Saya ditegur oleh Norbaya dengan panggilan 'Abang' ketika melalui lebuh raya berhampiran R&R Gambang kira-kira jam 6 petang. Saya terkejut apabila orang panggil 'Abang', saya ingatkan mereka tersalah orang. 

"Namun apabila beberapa kali disuruh berhenti, saya ikutkan saja kerana mungkin ada perkara yang mereka hendak beritahu," katanya memetik laporan dari Harian Metro semalam. 

Norbaya sekeluarga menyatakan hasrat untuk menghulurkan bantuan dengan menumpangkan kedua-dua anaknya sehingga ke R&R Genting Sempah. 

"Saya terkejut apabila mereka ingin menghulurkan bantuan dan pada masa yang sama saya malu kerana tidak mahu menyusahkan sesiapa. Namun apabila dipujuk beberapa kali oleh Norbaya, akhirnya kami sepakat untuk bertemu di R&R Genting Sempah," katanya. 

Menurut Norle, bantuan yang dihulurkan oleh Norbaya itu bagaikan tepat pada masanya kerana motosikal yang ditungganginya itu kehabisan minyak selain tayarnya tiba-tiba pancit ketika melalui jalan berhampiran Lanchang. 

"Saya terpaksa masuk ke pekan Karak untuk mencari bengkel dan Alhamdulillah urusan dipermudahkan untuk saya meneruskan lagi perjalanan ke Genting Sempah. 

"Ketika itu hanya tuhan saja yang tahu betapa bersyukurnya saya. Jika tiada Norbaya sekeluarga, saya pun tidak tahu bagaimana untuk berdepan dengan kesusahan itu bersama anak-anak," katanya yang selamat tiba di rumahnya di Taiping kira-kira jam 10 malam kelmarin. 

Ditanya mengenai tindakannya membawa dua orang anaknya itu menunggang motosikal, Norle menjelaskan itu sahaja yang dia mampu lakukan demi menunaikan hasrat anak-anaknya beraya di Temerloh. 

"Saya pada awalnya tidak bercadang untuk beraya di rumah ibu. Tetapi bila melihat riak wajah anak-anak yang kelihatan sugul di pagi raya membuatkan saya sebak. 

"Dengan berbekalkan motosikal Yamaha 135 LC, saya nekad menempuh perjalanan lebih enam jam ke Temerloh," katanya. 

Gambar Norbaya (dua dari kiri) bersama Norle dan dua anaknya | Foto - Harian Metro
Sementara itu, Norbaya berkata, tindakannya membantu Norle dan dua anaknya itu berlaku secara tidak sengaja apabila dia melihat anak perempuan Norle yang berada dalam kegelisahan di depan motosikal. Malah tindakannya meminta Norle untuk berhenti di R&R Gambang itu juga dilakukan secara spontan. 

"Saya panggil 'Abang' kerana saya menyangka dia adalah lelaki. Namun sebaik saja dia membuka topi keledar, rupanya wanita. 

"Terus ketika itu hati saya menjadi sebak kerana saya juga ibu kepada dua orang anak, malah bakal menambah seorang lagi tidak lama lagi. Melihat anak-anak kecil ini, saya menjadi cepat sedih dan sayu," katanya. 


from The Reporter http://ift.tt/2tZWj1m
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2tmEvzU
via IFTTT

Bengang bekas isteri tak pulang beraya, bapa ugut bunuh 2 anak perempuannya

FOTO - IHSAN PDRM & HARIAN METRO
KOTA KINABALU, SABAH - Seorang lelaki mengamuk dan mengugut mahu membunuh dua anak perempuannya berusia empat serta lima tahun, hanya kerana bekas isterinya tidak pulang beraya bersama, lapor Harian Metro

Dalam kejadian jam 5 petang semalam di rumahnya di Kampung Suang Parai, Menggatal, suspek berusia 30 tahun bertindak mengurung dua anaknya dan mengacu pedang di leher dua beradik itu. 

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra berkata, polis menerima laporan dariapda sepupu suspek yang melaporkan lelaki itu mengurung dua anaknya di sebuah bilik di tingkat atas rumah. 

"Suspek dipujuk sepupunya tetapi gagal sebelum terhidu bau asap dari bilik suspek dan ternampak lelaki itu sedang membakar sesuatu di dalam bilik. 

"Pengadu juga ternampak suspek mengacukan pedang samurai ke leher mangsa sambil menjerit agar orang lain tidak masuk campur urusannya," katanya.

Polis cuba memujuk suspek untuk menyerah diri dan tidak mencederakan anak-anaknya. Beberapa minit kemudian, suspek membawa anak-anaknya keluar dan menyerahkan dua beradik itu kepada seorang ahli keluarga. 

"Kanak-kanak terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan. Manakala suspek ditahan dan senjata seperti samurai dan pisau pemotong sayur dirampas. 

"Hasil saringan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah. Siasatan awal mendapati suspek mengamuk disebabkan kecewa apabila bekas isterinya yang kini berada di Johor tidak pulang menyambut hari raya bersama dengannya." katanya. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana melakukan cubaan membiunuh. 


from The Reporter http://ift.tt/2smkHZ6
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2toMqgI
via IFTTT

Harapkan penerbangan selamat, wanita baling duit syilling dalam enjin pesawat


PUDONG, CHINA - Berharap penerbangannya selamat, seorang wanita warga tua membaling beberapa keping duit syilling ke dalam enjin kapal terbangnya menyebabkan penerbangan pesawat itu terpaksa ditunda, lapor Shanghaiist

Semasa memasuki kapal terbang, penumpang China Southern Airlines yang dijadualkan berlepas dari Shanghai ke Guanzhou ternampak seorang wanita warga tua bernama Qiu membaling duit syilling ke enjin pesawat, lalu segera melaporkan perkara itu kepada polis lapangan terbang. 

Beberapa penumpang yang menceritakan semula kejadian itu di laman Weibo berkata, wanita warga tua itu berbuat demikian atas alasan berharap agar penerbangan pesawatnya ke destinasi selamat. 

Wanita terbabit yang merupakan pengganut agama Buddha telah ditahan untuk disiasat. 

Pekerja lapangan terbang terpaksa menghabiskan masa selama empat jam untuk memeriksa dan mencari duit syilling dalam enjin pesawat tersebut. Hasilnya, mereka menemui lapan keping duit syilling di sekitar enjin dan hanya sekeping duit syilling sahaja yang termasuk ke dalam enjin pesawat. 


Menurut juruterbang pesawat berkenaan, meskipun hanya sekeping duit syilling yang termasuk dalam enjin, ia boleh mengakibatkan bencana besar jika duit syilling itu tidak dikeluarkan. 

Ekoran kejadian itu, penerbangan yang sepatutnya berlepas jam 12.40 tengah hari ke Guangzhou itu terpaksa ditunda dan berlepas selepas lima jam kemudian.


from The Reporter http://ift.tt/2t06nHF
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2tnj3eP
via IFTTT

Cekal dan tabahnya hati si ibu tunggal


Kasih seorang ibu di hari raya

Demi membawa dua orang anaknya pulang ke kampung, wanita ini sanggup dan gigih membonceng dua orang anaknya dari Kuantan ke Taiping. 

Gambar yang dimuat naik oleh Norbaya Ahmad, itu viral di media sosial dan netizen tidak putus-putus mendoakan agar tiga beranak itu selamat tiba ke destinasi. 


"Terserempak dengan seorang ibu tunggal yang gigih membonceng dua orang anaknya yang berusia tiga tahun dan tujuh tahun dari Kuantan ke Taiping. 

"Sebagai seorang ibu, sebak melihat keadaan si anak kecil ini yang terpaksa memegang tali helmet dari ditiup angin semata-mata untuk pulang beraya. 


"Kami hanya sempat menumpangkan anak-anak Puan Norli dari Gambang ke Genting Sempah kerana kami menghala ke Shah Alam dan beliau dan anak-anaknya akan meneruskan perjalanan ke Taiping melalui Genting. 

"Semoga perjalanan beliau selamat sampai dan jika ada yang terserempak dengan beliau, bolehlah tumpangkan anak-anak kecil ini," tulisnya jam 6.45 petang semalam. 

Difahamkan Puan Norli dan anak-anaknya telah selamat tiba di destinasi. 


from The Reporter http://ift.tt/2tjsgnK
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2uh6Ww9
via IFTTT
loading...