loading...

Thursday 6 April 2017

KISAH AMANAH DAN KEJUJURAN DUA POSMEN YANG LUAR BIASA!

 

10 OGOS 1982

Seperti biasa, Norlisman Abu, seorang posmen sedang menunggang motorsikalnya sambil membawa sejumlah surat biasa dan SURAT BERDAFTAR.

Malang menimpa apabila motornya terbabas ketika cuba mengelak sebuah kereta yg melanggar traffic light.

Akibatnya Norlisman parah kerana terhumban di tepi jalan.

Namun atas prinsip amanah, walau dalam keadaan berlumuran darah dan terhoyong-hayang, dia tetap bangun dan berjalan mendapatkan surat-surat itu serta memeluknya dgn erat.

Walaupun polis yg tiba di situ memujuknya untuk mengambil surat itu, Norlisman hanya memberi surat biasa, tetapi tidak dengan SURAT BERDAFTAR.

Akhirnya dia dibawa ke hospital dgn SURAT-SURAT BERDAFTAR itu sekali.

Di hospital juga begitu. Norlisman tetap enggan menyerahkan surat-surat tersebut sehinggalah wakil Pos datang mengambilnya di wad beliau dirawat.

Keputusan yang dibuat itu telah menyelamatkan surat-surat berdaftar tersebut sehingga semuanya selamat diserahkan kepada penerima beberapa hari selepas kejadian walaupun dalam keadaan dgn dipenuhi darah kering.

Beliau diberitahu disebabkan surat-surat itu berdarah, ramai penerima terkejut dan ada juga yang marah. Tetapi selepas mereka tahu apa berlaku melalui akhbar, ada yang datang melawatnya di hospital.

Apa yg menarik dalam kes ini, waktu dia memeluk surat itu dlm keadaan berlumuran darah, ada jurugambar sempat mengambil gambarnya.

Esoknya kesemua akhbar di negara ini menyiarkan foto berkenaan hingga menarik perhatian Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr Mahathir. Dr M kemudian mengarahkan menteri melawat dan memberi penghormatan pada beliau di HKL.

 

SEPTEMBER 2016

Mohd Nazli Mohd Idris, 32, sudah lima tahun bekerja dengan Pos Laju Bukit Mertajam Pulau Pinang.

Namun tragedi menimpa apabila beliau terlibat dalam kemalangan di Simpang Ampat, Pulau Pinang hingga menyebabkan Mohd Nazli cedera di siku, pinggang, lutut, bahu dan belakang badan.

“Masa kejadian itu saya lihat di cermin sisi kereta berkenaan yang dipandu laju dan memotong kenderaan di belakang, tiba-tiba merempuh motosikal saya.

“Akibat perlanggaran itu, saya terjatuh dan terseret 2 meter serta barangan yang saya bawa dalam tong pos itu tercampak ke tengah jalan.

“Saya duduk di tepi jalan, bersandar pada motosikal dan rasa seperti nak pitam. Saya gagahkan diri kutip semua barangan itu kerana ia sememangnya barangan penting melibatkan kad kredit,” katanya pada Harian Metro.

Bapa kepada tiga orang anak itu berkata, dia perlu menjaga barangan itu kerana ia sudah diamanahkan kepadanya.

“Saya takut ada ‘penyangak’ ambil barang dan bukan membantu saya ketika kemalangan serta bimbang saya akan dipersalahkan sekiranya barangan pelanggan hilang.

“Saya sebenarnya bernasib baik kerana kerana tong yang diletakkan di belakang motosikal itu mengurangkan impak kemalangan tetapi tong berkenaan terbuka sehingga barangan tercampak keluar,” katanya

Sifat amanah Norlisman dan Mohd Nazli ternyata LUAR BIASA. Tak ramai yg tahu kisah ini atau mungkin dah lupa.

Aku yang tahu dan ingat rasa bertanggungjawab untuk menukilkannya kembali agar ia tidak pudar ditelan masa…merekalah ‘unsung heroes’ yang kita perlu kenang jasa dan pengorbanan mereka walaupun KEDUA-DUANYA cuma penghantar surat!

SALUTE!



from Syahril A. Kadir http://ift.tt/2nIrGsX
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2nhpcGJ
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...