loading...

Tuesday, 4 October 2022

'That looks like such a lazy way to make sambal' - Kritik resepi nasi lemak Khairul Aming, makcik ini ditegur netizen



Sabtu lalu, influencer Khairul Aming, berkongsi resepi nasi lemak yang selalu dimasaknya untuk menjamu rakan serumah. Seperti kebanyakan orang, sudah tentu cara penyediaannya berlainan dan dibuat mengikut cita rasa tekak sendiri.


Di kala ada yang berterima kasih kepada Khairul Aming kerana sudi berkongsi resepi, ada seorang individu yang mengkritik resepi tersebut menyebabkan segelintir pengikut influencer itu membalas kritikan itu.



Menurut individu berkenaan yang hanya dikenali sebagai AY berkata, cara pembuatan sambal yang dilakukan oleh Khairul Aming kelihatan seperti cara yang malas. Malah dia mempersoalkan penggunaan daun limau dalam nasi lemak itu. 


"I love KA, but nasi lemak is actually a dish I know how to make quite well and I prefer my mum's methods to this. That looks like such a lazy way to make sambal. And who puts daun limau in the rice? Daun pandan and that's it. You don't want the fragnants to clash!


"The thing is, any self respecting Malaysian adult should know how to make mainstay dishes on their own. So nasik lemak ni semua belajaq kat mak hangpa la wei. Tak payahlah berkiblatkan tokey sambal. 


"Sebenaqnya dia nak jual periuk ja. Saja dia buat steps mangkuk camni sebagai rage bait, supaya kita semua retweet dan kutuk berjemaah. Dapat laa dia traction yang client mintak. Jadi kita semua dah kena game," katanya. 




Bagaimanapun, kritikan AY itu mengundang banyak reaksi netizen, sehingga ada yang mempertikaikan mengapa perlu mengkritik cara orang lain memasak, sedangkan masing-masing mempunyai cara tersendiri. 


"Method mak kau, method mak kau lah. Cara KA, cara dialah. Masak ni tak ada istilah kena ikut cara ni sebijik-sebijik. Kau ikut sajalah tekak kau, janji sedap. Mesti tak pernah masak cara lain dari lain sikit. Jenis kena ikut resepi sebijik-sebijik," kata Noel. 


"Kawan aku siap masak nasi lemak, dia letak daun pandan, bawang halia dan sedikit halba. Sedap je, habis seperiuk besar nasi. Tak ada kami nak gaduh baling senduk telangkup periuk kuali," kata CJ. 


"Boleh je kot taip elok-elok sebab kata 'I love KA' tapi ini buat thread serupa KA tu songlap duit rakyat berjuta. Berkiblatkan tokey sambal tu lain macam ye ayat AY. AY puny sambal nyet tak laku ke?" kata NM. 


"Kesiannya KA. These days buat video memasak pun boleh kena bash. Semua orang ada cara dan resepi tersendiri. Dia tak paksa pun orang follow resepi dia. Of course dia buat video as content untuk marketing. Kita semua tahu that's part of his income," kata TC. 




Justeru, netizen menasihatkan AY untuk berhati-hati apabila mengkritik sesuatu. Tiada salah untuk mengkritik, tetapi biarlah kritikan yang positif dan tidak mendorong ke arah menjatuhkan seseorang. Jangan disebabkan kritikan yang negatif, emosi seseorang itu terganggu yang akhirnya akan menyebabkan kemurungan di kemudian hari.


Sumber: Twitter Khairul Aming



from The Reporter https://ift.tt/VXQOo1c
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2rxtI4F
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...