Sebanyak 2.3 juta saman tertunggak dengan nilai anggaran RM340 juta direkodkan Polis Johor membabitkan pelbagai kesalahan trafik di negeri ini sejak 2014 hingga kini, lapor Bernama.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata daripada jumlah itu 109,758 saman adalah melibatkan pemandu warga Singapura.
"Setakat ini, hanya 600,000 saman sudah dijelaskan. Antara saman paling banyak adalah memandu laju melebihi had dan kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat," katanya.
Di media sosial, netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan isu tersebut dan mempertikaikan tindakan penguatkuasa Malaysia yang tidak tegas dan sewenang-wenangnya melepaskan warga Singapura yang mempunyai saman, pulang ke negara asal.
"Entah apa yang pihak berkuasa kita buat di sempadan. Kereta plat Singapura ada saman, tetapi dilepaskan macam tak ada apa-apa. Kemudian, keluar kenyataan di media kata ada saman tertunggak dan warga Singapura tak bayar. Dah tu, kenapa tak sekat diorang masa nak balik kalau ada saman?" kata Naei.
"Korang try la drive dari KL ke Johor Bahru. Kat highway berdesup-desup cucuk belakang, siap bagi high beam. Plat mana? 90 peratus Singaporean. Aku memang buat tak tahu jer," kata Rizzasam.
"Petrol kuning pun depa rembat isi full tank. Inikan pula saman? Lepas tu buka media sosial, kutuk-kutuk Malaysia negara ketiga dan negara depa terpaling hebat segala benda," kata Endless.
Bagaimanapun, hal yang berbeza berlaku sekiranya rakyat Malaysia di Singapura menerima saman trafik di mana mereka tidak dibenarkan merentas sempadan pesalah trafik tidak membayar saman tersebut.
"Orang Malaysia kalau kena saman dekat Singapore, selagi tak bayar saman, selagi itulah tak boleh balik Malaysia. Kita pula, selamba je bagi diorang (warga Singapura) lepas balik ke Singapore walau saman berlambak," kata Amirul.
"Dulu lambat pergi kerja, ERP dah on, aku langgar je sebabb tak ada mesin dekat motor tu. Biasa lalu sebelum ERP on. Bila balik, kau scan passport, gate tak b uka. Masa tu kau tunggulah officer datang ambil kucin motor, ambil passport kau. Kau bayar, kau keluar. Tak nak bayar? Jangan keluar," kata Hasbullah.
Sumber: Bernama, Twitter BFM, Netizen
from The Reporter https://ift.tt/hEOlKCi
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/kmF6lza
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment